Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, March 18, 2014

Kurma Beliau Berbunga Lagi :-)

Selepas Asar petang semalam, 17 Mac 2014, kami bergegas ke kebun Tuan Haji Mahayuddin Yassin di Batu Gajah. Ini adalah singgah ziarah kami yang kedua selepas kali pertama pada 15 Februari 2014 juga atas sebab yang sama iaitu Pokok Kurma beliau berbunga. Berbunga-bunga hati kami masing-masing. :-)

Salah seorang delegasi Syful Tamar, Tuan Maznan (kiri) bersama pemilik kebun, Tuan Haji Mahayuddin Yassin menunjukkan bunga kurma yang mekar 


Semasa kunjungan kami yang pertama sebelum ini (sila ke pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/02/kupasan-yang-mengelupas.html), kami sangat hampa disebabkan bunganya sudah kering, hanya tinggal mayang dan saki baki habuk bunga yang mengering. Dengan izin-Nya, kunjungan kali ini sangat menakjubkan..! :-)

Masuk sahaja perkarangan kebun beliau, aroma seakan-akan bau air mani menyambut ketibaan kami. Itulah dia aroma bau bunga kurma jantan. Bau ini hanya bertahan beberapa hari sahaja. Selepas itu tidak lagi berbau sedemikian, 'nuetral'. Bunga kali ini hanya terdapat 2 mayang setakat semalam, berbanding 6 sebelum ini. Satu sudah berkembang mekar, satu lagi masih tersisip rapi di dalam mayang.


Mayang Pertama



 


Mayang Kedua


Kami dan Tuan Haji Mahayuddin sendiri masih ingat lagi semasa kunjungan pertama, soalan daripada beliau, "Bila lagi Pokok Kurma ni nak berbunga balik..?" Kami maklumkan Insha Allah lagi 2-3 bulan. Tapi baru menginjak sebulan, sudah berbunga kembali. Lantaran daripada itu, semalam beliau membuat pengiktirafan sambil tersenyum lebo, "POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kome, terbukti berkualiti tinggi dan sangat menjadi." :-) .Apa-apa pun, semuanya tertakluk kepada kuasa Yang Maha Esa. :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dalam hati ada bunga kurma. :-)

No comments: