Segigih mana sekalipun anda mempraktikkan kaedah penjagaan pepohon tamar
yang dikongsikan secara PERCUMA oleh kami, sehebat mana sekalipun baja
yang digunakan bagi pembajaan pepohon tamar yang kami cadangkan, takkan
sempurna untuk penghasilan pembuahannya sekiranya tidak diiringi dengan
DOA.
DOA maksudnya di sini bukan sekadar berlisan sambil
menadah tangan atau berbicara di dalam hati memohon kebaikan
daripada-Nya, malah lebih meluas skop pengertiannya. Ianya mencakupi :
A. Iltizam dengan penuh optimis yang pokok kurma anda akan mengeluarkan hasil kelak.
B. Sentiasa berbicara dengan rangsangan kata-kata positif dan memberi
belaian lembut terhadap pokok kurma bagi menzahirkan kasih sayang
terhadap pokok kurma anda selaku makhluk Allah yang mendapat tempat di
dalam Al-Quran serta sirah Nabi ini.
C. Berselawatlah tatkala
memandang pokok kurma anda, ketika menyentuhnya dan juga ketika
mempraktikkan kaedah penjagaan serta pembajaan yang dikongsikan.
D. Sayangi pokok kurma anda seadanya kerana status pepohon tamar dan
buahnya yang merupakan penghias syurga serta menjadi antara makanan ruji
para penghuninya kelak.
Syful Tamar sentiasa mendoakan anda
dan diri kami sendiri berada dalam keadaan sihat sejahtera, kaya dan
berjaya, di dunia mahupun akhirat.
Syful Tamar
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
ST : Terima kasih daun kurma, In Sha Allah kita akan bekerjasama. :-)
No comments:
Post a Comment