16 Ogos 2015 - Berpagian kami di Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh bagi perlestarian perlanskapan halaman tepi kediaman Cik Noor Azwa (bertopi) dengan Pepohon Tamar.
Kediaman tersebut merupakan rumah peninggalan arwah ibu dan bapa Cik Noor Azwa. Oleh itu, beliau berkongsi rasa peristiwa bersejarah ini dengan adik-beradik beliau, bersama-sama menyempurnakan ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA.
Selaku barisan waris pertama (anak) Allahyarham Haji Hashim dan Allahyarhamah Hajjah Habibah, adik-beradik ini menyempurnakan penanaman Pokok Kurma Ajwah (Pokok Kurma pertama yang 'menghuni' halaman kediaman berkenaan) dan Pokok Kurma Madu.
Manakala penanaman Pokok Kurma Mariami pula disempurnakan oleh barisan waris kedua (cucu).
Tahniah dan terima kasih kepada sekalian waris Haji Hashim - Hajjah Habibah atas peristiwa bersejarah 'penghunian' Pepohon Tamar itu.
👍🌴
ST : Cik Noor Azwa turut membuat pemilikan 500 ml Supplimen Organik Pokok Kurma bagi tujuan kesuburan Pepohon Tamar beliau. 👍🌴
No comments:
Post a Comment