Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, August 6, 2015

Revolusi Pisang Kaki

Pokok Pisang Kaki boleh berevolusi. Revolusi dedaunan di rantingan batang. Anak Pokok Pisang Kaki mengeluarkan tunas daripada batangnya. Fenomena biasa bagi anak pokok kayu.
Jika dedaun Pokok Pisang Kaki anda dimamah ulat atau mengerekot dan memburuk sendiri seperti dalam Gambar A, jangan bimbang untuk dicantas licin dedaun tersebut seumpama Gambar B. Hanya tinggal batangnya sahaja. Itupun jika kesemua daunnya menjadi sedemikian. Tinggalkan dedaun elok yang lain.
Pokok Pisang Kaki samada yang dicantas sebahagian mahupun kesemua daunnya, bakal mengeluarkan bintat di sepanjang batangnya. Keadaan berkenaan boleh dirujuk pada Gambar C. Bintat tersebut merupakan platform sementara tunas baru yang bakal mekar seperti dalam Gambar D.
Akhirnya, tunas baru akan membuak sehingga Pokok Pisang Kaki kelihatan subur dan segar bugar seperti pada Gambar E.
Sebenarnya, anda boleh hindari dedaun samada Pokok Pisang Kaki anda mahupun tanaman anda yang lain daripada dimamah ulat atau serangga mahupun diserang kulat melalui penggunaan item tani yang dinamakan Cuka Kayu. Cuka Kayu juga efektif digunapakai jika tanaman anda sedang atau telah ‘disantuni’ ulat dan serangga. Kami pernah kongsikan tentang kefungsian Cuka Kayu pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/…/organik-cuka-kayu.html.
Nota info ini kami titipkan khusus untuk Pokok Pisang Kaki sahaja. Pokok-pokok kayu lain kami tak pernah cuba.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Pisang Kaki di laman Kurma. smile emoticon Nukilan infonya ada dihttp://syfultamar.blogspot.com/2015/06/pisang-kaki-r.html.

No comments: