Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, December 28, 2013

Syful Tamar di KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE Disember 2013


Selesai sudah perkampungan KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE di Mydin Mall Meru Raya pada 20-22 Disember 2013. Delegasi Syful Tamar bersyukur dapat membantu perjalanan karnival yang berlangsung dengan meriah dan gemilang.

Dua perkara yang ditunjangi Syful Tamar pada karnival tersebut. Pertama, Tuan Syful ‘dieksport’ menjadi Pengerusi bagi Projek Dana Amal Sumbangan BERAS sempena KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE. Hasil sumbangan para Dermawan, beliau berjaya menguruskan penerimaan dan penghantaran sumbangan sebanyak setengah tan beras..! Untuk info lanjut hasil sumbangan, sila klik (di sini) dan (di sini).

Sebahagian daripada sumbangan para Dermawan

Kedua, pokok Kurma Syful Tamar yang ditempah oleh KN Event dijadikan pertandingan ‘Teka & Menang Berat Pokok KURMA’.  






Pemenang yang memenangi pertandingan itu dengan tekaan tepat berat Pokok Kurma yang seberat 1.7 kg ialah Puan FATIMAH BINTI A. RAHMAN dari Taman Jati, Meru. Puan Fatimah diwakili anak beliau bagi penyampaian hadiah yang berupa hamper dan pokok Kurma pertandingan itu..! :-)

Ditimbang sebanyak 3 kali untuk kepastian dengan menggunakan penimbang digital

Wakil pemenang

Selain daripada itu, tidak disangka-sangka seorang peminat pokok Kurma dari Klang, Tuan Ismail Mohd Muslim yang kebetulan bercuti di kampung beliau di Simpang Pulai datang untuk memiliki 2 pokok Kurma Ajwah pada hari terakhir karnival tersebut. Beliau memang sudah lama mencari-cari peluang memiliki pokok Kurma.  :-)

Bersama Tuan Ismail Mohd Muslim

Tahniah dan terima kasih Puan Fatimah selaku pemenang serta Tuan Ismail sebagai pemilik baru pepohon tamar Ajwah.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”

ST : Kesemua peserta pertandingan ‘Teka & Menang Berat Pokok KURMA’ berasa terkejut dan teruja kerana tidak menyangka langsung yang pokok Kurma berada di depan mata mereka. Ada yang menyentuh membelai-belai berulang kali dan ada yang bergambar dengan pokok Kurma itu.  :-)


Thursday, December 19, 2013

Teka Berat Pokok Kurma

Alhamdulillah, pokok kurma Syful Tamar terpilih dan ditempah khas bagi memeriahkan segmen "Teka & Menang" KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE anjuran KN Event yang bermula esok di Mydin Mall Meru Raya.   :-)


Untuk info lanjut, sila klik di sini.

Wednesday, December 18, 2013

Projek Dana Amal Sumbangan BERAS


KN Event (IP0394343-W) menjemput para dermawan sekalian untuk bersama-sama menyumbangkan apa sahaja bentuk sumbangan (kecuali wang ringgit samada dalam bentuk tunai, cek, kad kredit mahupun lain-lain medium sumbangan wang). Sumbangan BERAS adalah sebagai tema utama kepada Pusat Jagaan/Badan Amal yang terpilih.



Tiga Pusat Jagaan yang terlibat pada kali ini adalah:

1.
Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA) (Gugusan Manjoi, Perak)
(klik di sini)

2.
Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) (Batu Gajah, Perak)
(klik di sini)

3.
Yayasan Amanah An-Nur Maisarah (Chemor, Perak)
(klik di sini)

Ianya adalah sempena:

  
KN Event mohon kepada Tuan-Tuan/Puan-Puan/Cik-Cik sekalian agar dapat bersama-sama membuat hebahan tentang Projek Dana Amal Sumbangan BERAS ini melalui penyampaian terus kepada mana-mana individu atau kumpulan,  melalui perkongsian emel dengan kenalan dan melalui perkongsian info ini menerusi medium laman sosial kepada rangkaian anda.

Semoga sumbangan anda kelak dan juga atas usaha anda membuat hebahan ini mendapat balasan yang sangat baik samada yang dijangka mahupun di luar jangkaan anda, di dunia mahupun di akhirat sana. “More you give, more you get back”.

* Projek Dana Amal Sumbangan BERAS ini akan bersambung pada tahun 2014 nanti samada masih di lpoh atau sebaliknya dengan 3 Pusat Jagaan/Badan Amal yang terpilih juga sempena KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE

*setiap kali Projek Dana Amal Sumbangan BERAS sempena KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE, KN Event akan menampilkan 3 Pusat Jagaan/Badan Amal yang berbeza

* jumpa anda di sana...!  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Alhamdulillah, Tuan Syful masih Pengerusi Projek Dana Amal Sumbangan BERAS buat kali kedua berturut-turut.

Tuesday, December 17, 2013

Umbut Kurma : Rakyat Malaysia yang Pertama Menikmatinya di Bumi Malaysia..?

Tatkala melakukan kerja-kerja ‘make over’ Pokok KURMA di dalam pasu, berlaku kesilapan teknikal ketika mencantas pelepah sehingga mengakibatkan terpisahnya batang KURMA daripada tapaknya. Agak terkilan juga pada mulanya kerana kami kehilangan pokok yang agak bernilai tinggi ini.

Berpisah sudah dari batang

Namun, setiap tragedi dan kesusahan yang diturunkan Allah untuk menguji manusia pasti disusuli manfaat kemudiannya. Inilah konsep The Power of HIKMAH.  :-)

Kami tersedar, rupa-rupanya terdapat umbut putih di antara batang KURMA dengan tapaknya. Tidak pernah kami tahu langsung akan perkara ini sebelum ini.

Berpisah sudah daripada tapak

Apalagi, dengan lafaz Bismillah, ‘mamam’ sampai habislah. Seeeeeeedap sangat. Manis dan berlemak. Syukur sangat.  :-)

Patutlah Allah sengaja aturkan kejadian ini. Rupa-rupanya untuk menambahkan pengetahuan kami tentang tanaman Timur Tengah ini. Dan kami percaya Allah memilih kami bagi menyampaikan info yang tersangat menarik ini kepada anda rentetan daripada kejadian tersebut.

Kami percaya banyak lagi ‘signal’ yang Allah akan ilhamkan selepas ini bagi ‘mengeratkan lagi perkenalan’ kami dengan pepohon Tamar. Dan sudah pastinya akan dikongsikan bersama anda kelak.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'


Umbut yang telah habis di'mamam'  :-)

ST : Maaf ya, dah habis ‘mamam’, baru dok teringat nak ambil gambar. Tak dapatlah dipamerkan bagaimana rupa umbut KURMA tu. Hehe. Buurrppp..!   :-)

Maaf dan Terima Kasih :-)

Sekali lagi kami memohon maaf di atas ketidaksempatan Tuan Syful memberi respon pantas terhadap sms dan panggilan telefon anda. Ini kerana beliau telah berkampung mewakili Syful Tamar di Stadium Malawati, Shah Alam pada 12-15 Disember 2013 sempena IMKK bagi memantapkan lagi perkhidmatan perniagaan kami.



Terima kasih kerana anda terus menghubungi Tuan Mustafa dan Tuan Maznan melalui telefon dan emel bagi pertanyaan serta perbincangan berkenaan Pepohon Tamar tempoh hari.

Segala pertanyaan dan perbincangan telah direkod dan akan diambil perhatian untuk tindakan seterusnya.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Pelaburan yang sangat bernilai di dunia ini adalah melabur dalam menuntut ILMU.  :-)

Tuesday, December 10, 2013

Earn Reward Even After Death


Anda membantu diri anda sendiri sekiranya anda melaksanakan perkara yang paling mudah iaitu Perkara 6.

Kami pula membantu anda memudahkan perlaksanaan Perkara 5. 

Bagaimana..? Beno ke..? In Sha Allah beno belaka.

Ini pautan infonya (di sini) atau juga (di sini)




Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Sabda Rasulullah S.A.W.: “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya.” Hadith Riwayat Muslim.

Wednesday, December 4, 2013

Pepohon Tamar yang Kesian

Menurut Ustaz Abdul Wadid (Bilal) dan Ustaz Mohamad Nasir (Setiausaha), pokok kurma sebanyak 5 pohon yang berada di sekitar MASJID MUHIBBUDDIN SHAH diwakafkan oleh individu dari Johor sejak pembukaan masjid ini pada tahun 2006.

Dari kejauhan kelihatan gah, bila berdekatan dilihat lemah

Namun keadaannya kini sungguh kesian. Apa yang ada pada pepohon tamar berkenaan..? Pokok-pokok tumpang yang menginap secara percuma, pelepah dan mayang reput, dedaun yang kuning layu, daun-daun kering daripada pokok lain dan yang paling sakit (sebab kami kena gigit :-) ), siap ada sarang semut api lagi. Aduyai… Bukannya apa, AJK masjid ini tidak tahu tentang penjagaan rapi pepohon tamar. Jadi ianya adalah tanggungjawab kami untuk memberi pendedahan khusus penjagaan dan pembajaan pepohon tamar kepada para AJK masjid ini kelak.


Batang pokok yang perlu banyak kikisan kelak
 
Sayang sangat... Bunga yang dah mati... 
 
                                                                Ni lagi sayang.. Buah dimamah kulat...

Walaupun berkeadaan daif, tetapi pepohon tamar di masjid ini mampu mengeluarkan bunga betina yang sihat dan menghasilkan buah yang kini masih muda. Menurut Ustaz Abdul Wadid pepohon tamar di situ pernah menghasilkan buah yang ranum, tetapi manis-manis kelat. Anda bayangkan, sedangkan dalam keadaan kesian sebegitu pun pepohon tamar di sini mampu mengeluarkan bunga dan berbuah, apatah lagi sekiranya sudah di ‘make over’ kan..? :-)


Subhanallah.. Cantik kan bunga betina ini... Cuma persekitarannya tak berapa cantik..

Subhanallah.. Buah muda yang menghijau... Persekitarannya perlu diperelokkan..

Subhanallah.. Bunga betina yang cantik dan buah muda yang menghijau... :-)  Persekitarannya perlu diperelokkan..

Subhanallah.. Buah muda yang menguning... :-)  Persekitarannya perlu diperelokkan..

Subhanallah.. Buah muda yang menguning... :-)  Persekitarannya perlu diperelokkan..

Subhanallah.. Bunga betina yang cantik dan buah muda yang menguning... :-)  Persekitarannya perlu diperelokkan..

Kami masih tercari-cari lagi ruang kelapangan untuk tarikh yang tepat bagi perlaksanaan ‘make over’ pepohon tamar di MASJID MUHIBBUDDIN SHAH ini. Ustaz Mohamad Nasir dan Ustaz Abdul Wadid mohon disegera mungkin. Namun dijangka penghujung Disember 2013 nanti barulah kami ada kelapangan.


Antara pepohon tamar berbuah yang perlu di 'make over'

Tersingkap hasil dan 'anasir' di celahan pelepah


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dah masak ranum nanti singgah ziarah makan tau. Ustaz Abdul Wadid maklumkan kepada kami boleh ambil mamam. :-)


Biji daripada buah muda  :-)

Tuesday, December 3, 2013

Perancangan Bersama Jawatankuasa Masjid

Selepas dibelanjai Penasihat THE ANDERSONIAN'S CLUB, Dato’ Dr Anwar Bin Hassan pada tengahari 27 November 2013, kami terus berjemaah Zohor di MASJID MUHIBBUDDIN SHAH, Ipoh. Seperti dalam ‘post’ kami sebelum ini, masjid ini sudah terkenal dengan pembuahan pepohon tamarnya.

Terserempaknya kami selepas itu, juga tidak dirancang, dengan Bilal yang bertugas pada hari tersebut, Ustaz Abdul Wadid Bin Zakaria telah membawa kami kepada Setiausaha masjid berkenaan, Ustaz Mohamad Nasir Bin Hassan.

Pertemuan bersama Ustaz Abdul Wadid Bin Zakaria

Ustaz Abdul Wadid dan Ustaz Mohamad Nasir sangat teruja dan gembira dengan ‘presentation’ serta perancangan kami mentranformasikan pepohon tamar yang ada di sekitar masjid itu kepada pepohon tamar yang lebih subur, sihat dan indah rupa dipandang.  :-)

Syukur, dapat satu lagi projek baik punya..!  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Belum ada tarikh yang dipersetujui bersama setakat ini. Kalau mengikut jadual, masa yang terluang yang kami ada dan yang paling baik hanyalah penghujung Disember 2013. Tungguuuu…  :-)

Thursday, November 28, 2013

Tinjau Redah Tanah Che’gu :-)

Aktiviti hari ini sedikit lasak. Ewahh.. Idoknye lasak. Cuma meredah mengelilingi tanah seekar di Ulu Chepor milik guru subjek Reka Cipta teman masa di Clifford dulu, Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin.



 Pandangan dari atas bukit

                                                                Pandangan dari kaki bukit

Aktiviti : Cadangan Projek Pemagaran Empat Penjuru Sempadan Tanah dengan Pepohon Tamar
Pemilik : Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin
Keluasan : 1 Ekar
Lokasi : Ulu Chepor, Chemor


Pandangan dari sisi atas bukit

Banyak fasa perlu dilalui sebelum pepohon tamar boleh menjadi ‘penghuni’ di situ. Tanah perlu ‘diterangkan’. Sesiapa yang ada ‘backhoe’, boleh hubungi kami, Tuan Haji Rajuddin memang sangat memerlukannya.


Penerangan Tuan Haji Rajuddin tentang tanah beliau

Dalam perjalanan mendaki tanah yang berbukit, terdapat kesan tapak kaki dan bekas sondolan tanah oleh ‘kerbau pendek’. Memang betul pun, laju sahaja kelibatnya berlari-lari anak masuk ke hutan. Mujur si ‘kerbau pendek’ itu tidak menuju ke tempat kami, kalau tidak terpaksalah teman menggunakan teknik terakhir dalam aksi ‘bertempur tanpa senjata’ iaitu ‘langkah seribu’. :-)



Jalan masuk yang akan ditar

Tanah di sini subur, bersempadan dengan tanaman getah, sawit dan gaharu. Terdapat kolam takungan air untuk penyiraman tanaman kelak. Cuma perlu dibina pam air untuk proses penyiraman, kalau tidak, jenuh nak cedok.

Kolam takungan air

Selepas aktiviti tinjauan, dibincangkan mengenai kaedah dan kos penanaman. Alhamdulillah, Tuan Haji Rajuddin pada dasarnya bersetuju tetapi perlu ada fasa perbincangan yang lebih terperinci selepas ini.



Tuan Haji Rajuddin sedang meneliti dokumen yang kami sertakan dalam perbincangan



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Sebelom berangkat pulang, beliau hadiahkan teman 15 biji deroyan dari duson beliau di Manong. Kalo rope ini gayenya, tinjo tanah ari-ari pon idok mengape. :-)


Sedekah jariah deroyan daripada Tuan Haji Rajuddin

Bunga Jantan dan Kematian

Satu pengalaman menarik dan perit kami tempuh pada 26 November 2013, situasi sebelum dan selepas penanaman pepohon tamar Pakej Dirham di rumah Ustaz Hamdan Bin Abdullah di Botani, Ipoh.

Sebelum berangkat ke Botani, kami singgah terlebih dahulu di Kampung Sungai Tapah di Gugusan Manjoi bagi meninjau pohon tamar di tepi jalan berhadapan dengan gerai makanan. Apa yang menariknya, pokok kurma berkenaan sudah berbunga. Dan bunganya adalah bunga jantan…! Dan yang kesiannya pula, bunganya semakin kering yang akan mengakibatkan hilang kefungsiannya. Kenapa jadi sedemikian..? Kami akan kupaskan akan hal ini kelak.





Selepas selesai urusan di Botani, kami singgah pula di Masjid Sultan Azlan Shah berhampiran dengan Politeknik Ungku Omar (PUO). Apa yang ‘best’nya, ada satu pokok kurma yang baru dipindah alih ke situ. Dan yang paling menyedihkan pula ada satu pokok kurma yang lebih besar daripada pokok kurma yang ada, mati kekeringan juga akibat dipindah alih. Aduh.. Rugi, rugi.. Kenapa jadi sedemikian..? Kami akan kupaskan akan hal ini kemudian.







Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Dua kupasan menarik akan dinukilkan bagi menyentuh dua isu seperti di atas, kefungsian bunga pepohon tamar dan mati apabila dialih tanam.