Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, November 28, 2014

Pepohon Ajwah Resort Sungai Perak




28 November 2014 - Pagi Jumaat yang penuh barakah, singgah ziarah 'sahabat lama' di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar. Sebanyak 31 'sahabat lama' spesis Ajwah 'menetap' di sini, menjadi penghias lanskap sebahagian kawasan. :-)




Penyerahannya pada pautan berikut, http://syfultamar.blogspot.com/2014/09/pendaratan-rasmi-pokok-ajwah.html, kini serba sedikit mampu menjadi pengubat rindu suasana Tanah Arab dalam beberapa tahun akan datang kepada sekalian jemaah Haji dan umrah warga Kuala Kangsar serta juga para penyewa penginapan di sini.  :-)




Oh ya! Tujuan utama singgah ke sini adalah disebabkan serahan pemilikan Bonsai Tamar terbaru kepada Resort Sungai Perak yang diwakili Penyelianya, Tuan Amat. :-)



Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Tahniah dan terima kasih Resort Sungai Perak. :-)

Saturday, November 15, 2014

Masok Surat Habo Lagi... :-)


Selepas disantuni oleh SINAR HARIAN pada hari perlaksanaan penanamannya (http://syfultamar.blogspot.com/2014/10/perlanskapan-pepohon-tamar-mpm-pbt.html), kini giliran HARIAN METRO pula prihatin terhadap perlanskapan Pokok Kurma di Lumut. 

Jumaat, 14 November 2014
Sisipan METROPLUS (Edisi Utara)
Mukasurat 8

Tahniah berkali-kali Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Penolong Pegawai Pelancongannya, Tuan Mohamad Sharil Salihan. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini pautan keperihatinan pelbagai media lain terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma - http://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html

Pokok Kurma Ganti Baru


Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Meru 2C, Ipoh merupakan salah satu Penerima Manfaat bagi program Perlaksanaan Pewakafan Pokok Kurma sejak Februari 2014. Ianya diinfakkan oleh orang perseorangan dan berkumpulan.
Ditakdirkan salah satu Pokok Kurma tersebut mati. Mujur juga pewakafannya adalah PAKEJ DINAR. Jadi kami mengambil kesempatan ketika menghantar sumbangan pelbagai barangan keperluan yang disumbang oleh para dermawan sempena Karnival Jualan Usahawan Online (KJUO) anjuran KN Event pada September lepas, dengan turut serta membawa Pokok Kurma Mabhrom (yang dipegang oleh tahfiz muda berbaju hitam) sebagai ganti Pokok Kurma Deglet Nour yang mati itu.

Apakah perincian yang terkandung dalam PAKEJ DINAR sehingga boleh diganti baru Pokok Kurma yang mati? Untuk pencerahan lanjut, sila klik pautan berikut :

http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukur, masih dimakmurkan oleh-Nya akan Pepohon Tamar Wakaf di KoTaRaJa. Jika anda juga berhajat menjadi pewakaf Pokok Kurma, sila santuni kami di talian 019-570 9334. 

Thursday, November 13, 2014

Jumaat Barakah, Tanam Ajwah


7 November 2013 - Jumaat penuh barakah, Faizal tanam Ajwah..! 

Tahniah Tuan Faizal Mokhtar yang memakmurkan bumi Juru dengan penanaman Pokok Kurma Ajwah di halaman rumah beliau. 

Syukur, perkongsian secara PERCUMA tentang info ALIH TANAM ANAK POKOK DARI BEG POLI KE LOKASI TANAMAN sangat membantu Tuan Faizal dan lain-lain pemilik Pokok Kurma seperti yang tertera pada pautan berikut :

http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Bukan sahaja alih tanam Pokok Kurma, malah sangat bernilai tinggi untuk dipratikkan kepada semua jenis pokok dan tanaman. Cubalah! 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi meninjau peristiwa pemilikan Pokok Ajwah Tuan Faizal, sila singgah ziarah ke pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/11/pokok-kurma-juru.html

Wednesday, November 12, 2014

Gem of the Jungle

4 November 2014 - "Pusat latihan ke, resort ni..?" Terpacul spontan kata-kata salah seorang daripada kami, tatkala melepasi pintu utama Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi, Pulau Pinang.

Manakan tidak, terpampang di hadapan mata hingga sayup kejauhan di tanah seluas hampir 80 ekar itu dengan keindahan lanskap yang dipelopori pokok sawit dan tanaman nenas madu.


Juga terdapat Taman Herba berserta dengan papan informasi bagi setiap pokok herba, dusun muda pelbagai pohon buah, susunan pokok bunga berkelompok cantik mengikut spesis, dan kesesuaian warna cat bangunan, walaupun bangunan di sini merupakan bangunan lama.



Tapi apa yang lebih mengujakan sebenarnya adalah, tiada langsung sampah yang berselerakan atau kelihatan..! Ya, betul..! Di tanah seluas ini..!

Apa yang lebih menariknya lagi, penggerak misi dan visi aspirasi situasi tersebut adalah daripada cetusan idea seorang wanita yang punyai dimensi fikir di luar kotak, menongkah arus keluarbiasaan..!



Menurut wanita tersebut, Puan Norhuda Abd Razak (tudung hitam), sewaktu mula menerajui ILKM Jawi pada 2010, ILKM Jawi dalam keadaan yang ramai orang tidak berkeinginan langsung untuk kunjung tandang. Tambahan pula lokasinya terletak di pekan kecil. Pinggiran pula tu.



Menurut Pengarah ILKM Jawi ini lagi, beliau melakukan transformasi sedikit demi sedikit dari segi keindahan lanskap dan bangunan serta menaik taraf sistem pekerjaan dan perkhidmatan yang lebih bersistematik di kalangan warga kerja di situ.

Kami juga turut dibawa melawat pejabat pentadbiran, hotel penginapan peserta latihan dan dewan makan. Perrgghh.. Tak terjangkau dengan taipan kata-kata untuk gambarkan garapan ilham beliau.



Hasil tindakan luar biasa beliau di sebuah 'pekan koboi' yang kian membangun ini, bolehlah dikatakan ILKM Jawi telah menjadi bak petikan kata pujangga Inggeris, "Gem of the Jungle". Inilah salah satu tarikan yang bakal manggamit pelancong ke Jawi. 


Sungguh banyak perkongsian yang bermanfaat dan bermotivasi sepanjang beliau mendampingi kami sejak 9.00 pagi hingga menjelang Zohor. Tidak disangka sebenarnya, kehadiran kami sangat diraikan. Dah macam Super Supreme VIP pula kami rasa. 


Kami kira, anda juga perlu cari peluang untuk berkunjung tiba ke ILKM Jawi. Saksikan dan dengari sendiri perkongsian secara 'live' oleh Pengarahnya. Bertindak sekarang..! Tidak perlu tunggu sehingga selesai penanaman ratusan Pokok Kurma pelbagai spesis yang bakal ditanam selewat-lewatnya bulan depan! Apa-apa pun, pastikan terlebih dahulu berhubung dengan pihak ILKM Jawi dengan nyatakan tujuan kedatangan anda dan modus operandi lawatan tersebut. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih Tuan Nasaruddin (baju merah berkopiah), wakil kami bagi Wilayah Utara yang sudi turut serta luang masa dalam lawatan diskusi ini. 

Sunday, November 9, 2014

Pokok Kurma Ajwah Mentor


24 Oktober 2014 - Kami berbesar hati menjadi pemudahcara (dengan izin-Nya) kepada hajat Puan Anim Abu, pemilik empayar AgroExt SuperBio (Baja Biorganik), yang menghadiahkan Pokok Kurma Ajwah buat Mentor Kejayaan kesayangan ramai, Tuan Haji Dr Azizan Osman (DAO) sempena Tahun Baru 1436 H. Hajat tersebut disempurnakan di The Mines, Seri Kembangan sempena Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) baru-baru ini.

Tidak dapat dinafikan, tempoh 'seperguruan' dengan DAO menjadi batu asas kepada pencapaian Puan Anim Abu ketika ini. Malah, Puan Anim Abu semakin berkemampuan untuk meneroka potensi diri dengan lebih jitu lagi, melalui 'resipi' luar biasa BAJA SENTAP ANIM. Juga tidak ketinggalan, 'berderetan anak didik' yang lain turut terkesima dengan 'lakaran peta kejayaan' DAO dalam setiap seminar anjuran Richworks Group Of Companies.

Ironinya, sepanjang perkenalan, kami hanya berpeluang berjumpa sekali sahaja dengan Puan Anim dan suami, Tuan Rahim Ab Rahman serta anak-anak, yang sama-sama beraspirasi dalam kategori 'Hang Kebun dan Changkholnya'. Walaupun hanya sekali, tiada batasan di antara kami dalam tautan ukhuwwah sesama insan. Teknologi alam maya kan ada.. 

Bilakah gamaknya, dapat berjumpa lagi dengan 2 individu hebat ini, Puan Anim dan Tuan Rahim ya..?


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Detik-detik pertemuan kami diabadikan pada pautan berikut -http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/pertemuan-sentap-dan-tamar.html

Friday, November 7, 2014

Lambaian Tamar KVLC


Kolej Vokasional Leboh Cator (KVLC), Ipoh menyediakan medan talaqi akademik dan lapangan santai riadah yang sangat selesa serta mesra pelajar.

Bagaimana kami tahu? Sebab kami terlibat dalam Perlaksanaan Pewakafan Pokok Kurma di KVLC pada Jun 2014. Rangkumannya ada di pautan berikut :

http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/sesubur-bumi-madinah.html

2 Pohon Ajwah sentiasa setia melambai-lambai menanti di pintu masuk utama KVLC. Itulah simbolik alu-aluan kepada anda yang bakal menjadi keluarga besar KVLC. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Tahniah dan terima kasih kepada warga SSM Perak yang sudi mewakafkan Pepohon Tamar tersebut kepada KVLC. 

Tuesday, November 4, 2014

'Memburu' di Jawi


Sudah 2 hari berturut-turut Ipoh tidak ditimpa hujan. Jadi, kami mengambil keputusan berkelana hingga ke Jawi, Pulau Pinang bagi memburu hujan, kot-kot hujan ada kat sini naaa... 

Sebenarnya pagi ini kami ada urusan di sini, di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Sungai Jawi. Bersuai kenal dan bakal membuat sedikit 'mini physical presentation and demo' berkenaan kepakaran kami dalam Penanaman Pokok Kurma kepada pengarah ILKM Sungai Jawi, Puan Nurul Huda.

Sebelum ini pihak ILKM hanya mendasari kepakaran kami melalui alam maya; menyelidik profail kami melalui kiriman emel dan mengikuti perkembangan kami melalui pautan blog serta FB Page.

Dah sampai dah pun. Moh bermodus operandi. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Huihhh... Luasnya kawasan ILKM Sungai Jawi ni.. Indah dan cantik.. 

Monday, November 3, 2014

Pokok Kurma Juru


2 November 2014 - Setelah selesai kerjasama dengan 'Din Brothers' dalam aspirasi Ladang Kurma Pertama di Slim River (pautan rujukan :http://syfultamar.blogspot.com/2014/11/ladang-kurma-din-brothers.html) pada sebelah pagi, jam 2.00 petang bertemu pula kami dengan Tuan Faizal Mokhtar.

Tuan Faizal sekeluarga dari rumah adik beliau di KL, singgah Tol Simpang Pulai bagi merealisasikan hajat memiliki Pokok Kurma Ajwah PAKEJ DINAR dan dibawa pulang ke Juru, Pulau Pinang. Syukur, urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.

Tahniah dan terima kasih Tuan Faizal sekeluarga. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Esok pagi nak ke Pulau Pinang ni.. 

Ladang Kurma 'Din Brothers'


2 November 2014 - Suka kami gelarkan 2 adik beradik ini dengan panggilan 'Din Brothers', bersempena dengan penghujung nama kedua-dua mereka. :-)

Tuan Jamaluddin (berbaju polo hitam) dari Kepong, merupakan abang kepada Tuan Kamarudin (berbaju biru) dari Kajang. Kunjung tandang bersama isteri masing-masing ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh pada sebelah pagi.

Mereka membawa pulang 2 Pokok Kurma Ajwah, 5 Pokok Kurma Mariami, 5 Pokok Kurma Shafawi, 48 Pokok Kurma Madu dan 2 liter Supplimen BIO ORGANIK untuk ditempatkan di tanah ladang mereka di Slim River.

Secara tidak langsung, sejarah sedang tercipta kerana inisiatif mereka dalam mengusahakan perladangan kurma merupakan yang pertama di Slim River..! ;-)

Tahniah 'Din Brothers' dan keluarga atas inisiatif bersejarah kalian. Terima juga atas keperihatinan dan kepercayaan anda terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian serta Penanaman Pokok Kurma. :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tanah ladang teres bertingkat 'Din Brothers' sedia siap berpagar. Punyai peluang tinggi untuk 'upgrade' menjadi pusat Agro Pelancongan Kurma kelak. :-)

Wakaf kepada PUSAT JAGAAN SERI SETIA


31 Oktober 2014 - Selesai pagi tadi sesi melengkapkan dokumen dan akad Perlaksanaan Pewakafan Pokok Kurma oleh beberapa individu warga SSM Perak yang prihatin untuk diinfakkan kepada Penerima Manfaat.

Penerima Manfaat kali ini adalah PUSAT JAGAAN SERI SETIA (Warga Tua Wanita) di Rapat Setia, Ipoh.

4 Pokok Kurma diperlukan. Kini sudah ada 3 Pokok Kurma (Ajwah, Madu dan Shafawi) yang telah diinfakkan oleh beberapa pewakaf warga SSM Perak. Berbaki 1 Pokok Kurma sahaja lagi untuk ditanam di situ.

Sekiranya anda berhajat menjadi pemudahcara dalam perlanskapan PUSAT JAGAAN SERI SETIA melalui tanaman Kurma di situ dengan menyertai Perlaksanaan Pewakafan Pokok Kurma ini, sila rujuk pautan berikut untuk pencerahan lanjut :

http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html

Kemudian, boleh PM kami di FB atau WhatsApp 019 570 9334.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Insha Allah, viral pahala pewakaf berterusan hingga kiamat dan memberi impak berkualiti terhadap timbangan amalan baik di akhirat kelak.