Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, October 27, 2014

Perlanskapan Pepohon Tamar MPM : PBT Pertama di Perak

23 Oktober 2014 - Unit Pelancongan MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM) mencipta sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Perak melaksanakan perlanskapan Pokok Kurma.


Peristiwa bersejarah yang berlangsung pagi tadi diilhamkan oleh Penolong Pegawai Pelancongan MPM, Tuan Mohamad Sharil Bin Salihan (baju batik) yang dibantu oleh Penyelia Perlanskapan MPM, Tuan Fadzil (baju biru).


Penanaman 5 Pokok Kurma Ajwah dan 5 Pokok Kurma Madu di sekitar Pusat Informasi Pelancongan berhampiran jeti Lumut Waterfront pada pagi tadi, disantuni oleh wartawan SINAR HARIAN, Puan Siti Safar yang prihatin terhadap perlaksanaan perlanskapan Pepohon Tamar tersebut.




Tahniah MPM, tercatat dalam lipatan sejarah atas inisiatif tersebut. Terima kasih MPM kerana memberi kepercayaan kepada kami sebagai pemudahcara bagi misi berkenaan. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tersiar esok artikel perlanskapan Pokok Kurma MPM di SINAR HARIAN Edisi Perak. 

No comments: