Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, October 10, 2014

Pokok Kurma Naik Tren


30 September 2014 - Sedang 'ralik' kami melipat dan susun atur pakaian jemuran di ruang tamu yang sudah hampir 4 hari tidak bersentuh, tiba-tiba kami dikejutkan dengan panggilan salam oleh seorang wanita yang kedengaran dari luar rumah.

Selepas menyahut salam dan saling memperkenalkan diri, kami menjemput masuk Tuan Nailun Hj Sallih dan Tuan Abdul Majid (berkaca mata) serta isteri. Tuan Nailun dari Kajang, datang menaiki tren. Beliau meminta Tuan Abdul Majid yang tinggal di Tambun, membawa beliau dari Stesen KTMB Ipoh untuk mencari lokasi kami di Taman Klebang Putra, Chemor.

Fuuuhh.. Sungguh luar biasa insan dari Kajang ini...! Tekad beliau dan redha Allah membawa beliau ke mari, walaupun beliau berasa sedikit ralat kerana sepatutnya singgah ziarah ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Namun tidak mengapa, di lokasi rumah kami juga punyai puluhan deretan Pokok Kurma. Cuma ianya tidaklah semeriah di nerseri mini, yang berkepadatan dengan kira-kira 1800 stok pokok...!

Tuan Nailun bawa pulang 2 Pokok Kurma Madu dan 500ml supplimen BIO-ORGANIK menaiki tren selepas pertemuan. Tuan Abdul Majid dan isteri juga tidak ketinggalan memiliki 1 Pokok Kurma Ajwah dan 500ml supplimen BIO-ORGANIK. Terima kasih dan tahniah buat anda bertiga..! 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Hanya berpelikat kami sambut kedatangan tetamu-tetamu tersebut. Itulah uniform rutin kami tatkala berada di rumah. 

No comments: