Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
Hit by Crews
Friday, October 10, 2014
Perginya 'Legend' Nerseri Mini
Pada tarikh 30 September 2014, jam 10.40 malam, perginya seorang 'legend' operasi Syful Tamar bagi tahun 2010 - 2012.
Allahyarham Mohd Nasaruddin Bin Zakaria (baju Melayu biru), bersama isteri, Puan Noor Zaliha (tudung 'pink') merupakan penyelia Nerseri Mini Pokok Kurma pada masa itu di Taman Chepor Impian, Chemor, sebelum lokasi operasi dipindahkan ke RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat sejak 2013 hingga kini yang mana penyeliaannya diamanahkan pula kepada Puan Rodiah Binti Mat Isa dan suami, Tuan Khairul Gucci.
Segala jasa baik Allahyarham ketika menggalas tanggungjawab setiap modus operandi dan strategi pemasaran yang direncanakan oleh delegasi kami, sangatlah dihargai.
Insha Allah, segala budi baik dan amanah yang dilaksanakan sepanjang hayat Allahyarham terutama sebagai pemudahcara gerak kerja memperkenalkan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ke serata negara, mendapat pertimbangan sewajar mungkin di hari perhitungan kelak.
Kita juga bakal menyusul. Insha Allah susulan kita membawa bekal pahala yang sangat setimpal bagi menyaingi secara maksima salah laku dosa di neraca amal kelak. Buat Allahyarham Nasaruddin, Al-Fatihah..
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Gambar kenangan selepas simbolik penanaman Pokok Ajwah oleh Tuanku Sultan Perak pada Ramadhan 1435 H di Masjid Al-Ghufraniah, Sungai Siput (pautan rujukan - http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pokok-kurma-sultan.html).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment