30 Jun 2014 - Episod 26 Majalah 3 memaparkan penanaman Pepohon Tamar di Malaysia dan pembekalan buah kurma di negara kita.
Kami disantuni krew Majalah 3 pada 11 dan 12 Jun 2014,
terpilih bagi liputan "Kurma Malaysia" (pautan rujukan :
http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/liputan-majalah-3.html)
Liputan tersebut telah menyebabkan warga Malaysia mula
menyedari dan mengetahui tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian
serta Penanaman Pokok Kurma. Ianya juga sangat membantu dalam gerak kerja
pemasaran kami dengan membantu ramai rakyat Malaysia dalam pemilikan POKOK
KURMA 'Made In Malaysia' dan Supplimen BIO ORGANIK khusus untuk tanaman kurma
yang berasaskan 5 nutrien sunnah.
Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja Majalah 3;
terutamanya penerbit Nurul Fariha Onn, krew liputan yang diketuai Mazidul Akmal
Sidek dan pegawai yang berhubung dengan kami yang dikenali sebagai Cik Ija.
Hanya Allah yang mampu balas budi kalian, dipermudah akan segala urusan. :-)
Selamat menonoton. :-)
Selamat menonoton. :-)
Syful Tamar (ST)
FB : POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
ST : Bagi meninjau liputan media cetak, tv dan radio yang lain, sila klik pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html
No comments:
Post a Comment