Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, October 15, 2014

RTM dan SINAR HARIAN di SMKA Kerian

14 Oktober 2014 - Penanaman Pokok Kurma Madu ke-99 di SMKA Keriansebagai simbolik kepada Asma Ul-Husna, yang diterajui oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md Radzi Bin Ismail dan diketuai oleh Ustaz Mohd Isa Bin Saud.


Perihal berkenaan mendapat liputan pagi tadi oleh RTM Perak yang diwakili oleh wartawan lokasi, Puan Nor Ain Binti Abu Bakar dan jurukamera, Tuan Mazlan serta akhbar SINAR HARIAN yang diwakili oleh Tuan Khairul Anuar.



Rasa 'gumbira' maksima melihat keterujaan serta tautan kerjasama berkualiti tinggi oleh warga SMKA Kerian terhadap perjalanan liputan tersebut. Syukur. 

Insha Allah, artikel oleh di SINAR HARIAN akan disiarkan esok (Edisi PERAK). Slot RTM di Berita Wilayah atau/dan Berita Nasional akan dimaklumkan kemudian, samada pada minggu ini atau minggu hadapan. 


Terima kasih atas kepercayaan SMKA Kerian terhadap kepakaran kami, terima kasih RTM Perak dan SINAR HARIAN atas liputan Simbolik Penanaman Pokok Kurma ke-99 SMKA Kerian. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi meninjau gambar album penuh liputan, sila klik (di sini).

No comments: