Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, August 31, 2015

Bonanza Kurma Merdeka 58


Sudah terang lagi bersuluh, BONANZA KURMA MERDEKA 58 ini kami tawarkan khusus sempena Hari Kemerdekaan kali ke-58 negara pada hari ini. 👍🇲🇾

🌴
🌴
🌴

Apa yang terkandung dalam deskripsi BONANZA KURMA MERDEKA 58...?

Kami tawarkan kuota diskaun dalam 3 kategori pemilikan iaitu :

1. Setiap Pemilikan 5 Pokok Kurma, DISKAUN 8% Keseluruhan
- TIADA HAD kuota pemilikan

2. Setiap pemilikan 50 Pokok Kurma, PERCUMA 8 Pokok Kurma
- Tidak layak dapat 8% diskaun kuota pertama
- 10 kuota pemilikan sahaja yang ditawarkan
- Sangat ideal bagi pembukaan ladang Kurma atau perlanskapan di kawasan keluasan lebih seekar
- 8 Pokok Kurma PERCUMA : 2 Ajwah dan 6 Madu

3. DISKAUN 58% bagi pemilikan 580 Pokok Kurma
- Tidak layak dapat Pokok Kurma PERCUMA pada kuota kedua
- 1 kuota pemilikan sahaja yang ditawarkan
- Sangat ideal bagi pemborong untuk edaran atau diwakafkan ke seluruh negara

🌴
🌴
🌴

Bila BONANZA KURMA MERDEKA 58 dibuka dan berakhir...?

Ianya hanya untuk hari ini sahaja, 31 Ogos 2015, bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1436 H.

Oleh sebab kami prihatin dan faham dengan situasi anda, yang patriotik menyambut Hari Kemerdekaan di setiap negeri dan juga bersemangat berhimpun di beberapa lokasi, kami telah mengambil inisiatif untuk melanjutkannya sehingga 4 September 2015 (20 Zulkaedah 1436 H).

Hanya selama 5 hari (31 Ogos - 4 September) tawaran dibuka. Berakhir jam 8.00 malam pada hari terakhir.

🌴
🌴
🌴

Sebarang pertanyaan dan info lanjut, sila santuni kami di talian 0195709334 (panggilan terus / WhatsApp).

Moga info ini menviralkan buakan manfaat buat anda dan seluruh warga Malaysia. 👍🌴🇲🇾

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Merdekakan diri dari belenggu maksiat, rantaikan jiwa dengan amal ibadat. In Shaa Allah, selamat dunia akhirat.
 — celebrating Hari Merdeka.

Inisiatif Nukil Penghargaan

30 Ogos 2015 - Kami peroleh hadiah sempena Kemerdekaan negara, bilamana dijemput jawatankuasa Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, untuk meninjau papan info penanaman Pepohon Tamar di situ.

Oh, ya! Sebelum itu, kami telah bertautan dengan pihak masjid tersebut dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' pada Jun lalu, seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/08/selamat-pagi-malaysia-spm-projek-wakaf.html.

Pihak masjid baru sahaja mengambil inisiatif memasang paparan info penanaman bagi setiap Pokok Kurma. Yang kami anggap hadiah adalah, info kami turut terselit dalam paparan info itu. 


Bukan itu sahaja, bonus buat kami apabila gambar-gambar saat-saat manis semasa perlaksanaan ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA turut dipaparkan pada papan info di pintu masuk ruang solat. 


Terima kasih pihak jawatankuasa Masjid Hidayatul Ummah atas nukil penghargaan dan tanda keraian yang bukan sahaja ditujukan kepada gerak kerja kami, malah juga buat 2 pewakaf yang sudi mewakafkan kelima-lima Pokok Kurma itu, iaitu Tuan Akashah, individu yang berada di Jeddah serta Nurmarsha Enterprise, empayar niaga produk kekabu asli di Kuala Kangsar. Tahniah kesemuanya. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih daun Kurma.

Kurma Merdeka ke JDT


30 Ogos 2015 - Tuan Jasmir dari selatan tanahair. Berada di Chemor, Ipoh, hadiri kenduri saudara beliau. Mengambil kesempatan untuk singgah ziarah ke Nerseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor.

Tuan Jasmir turut ber'window shopping' di sini. 2 Pokok Kurma Ajwah, 4 Pokok Kurma Madu dan 1 liter Supplimen Organik Pokok Kurma untuk dibawa pulang ke JDT.

Tahniah dan terima kasih Tuan Jasmir atas pemilikan sempena Hari Merdeka esok. 👍🌴🇲🇾

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Jenuh kan, dari Johor kunjung datang. Apakan daya, tiada lagi individu dari selatan yang tawarkan diri sebagai pemborong mahupun wakil. Besar tau pasaran di sana. 😃🌴🇲🇾
 — feeling happy.

Memetik Hasil Bumi kat Pago Jiran Romah Mak

29 Ogos 2015 - Mak kabo, jiran sebelah romah, Pak Abu berpesan, petik je makan kacang botoi yang menjalo masok kat pago sempadan romah Mak dan Pak Abu, bila-bila masa.
Apa lagi, kami bawok le kluo gunting yang selalu diguna dalam ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA yang memang dok ada dalam kereta. Satu per satu kacang botoi dipetik sopan, sehinggalah sedikit terlebih memenuhi genggaman.
Buat ulam makan gitu hal pon buleh, tumis buat sayo makan dengan nasik pon buleh.
Terima kasih Pak Abu sefamili. Moga sedekah jariah ini menviralkan buakan manfaat buat beliau sefamili dalam pertimbangan amal pada 'hari perhitungan' kelak. 👍😃


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Maaf le ye, Sekali sekala berloghat Perak. — with Nadira Hamidi and Noor Zaliha at Taman Chepor Impian.

Saturday, August 29, 2015

Kurma Masjid Ridzuaniah

28 Ogos 2015 - Puan Sariah Binti Hashim, merupakan salah seorang warga kerja Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat.

Penghormatan tertinggi buat Puan Sariah, apabila ditakdirkan menjadi individu yang menyempurnakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma yang PERTAMA di Masjid Ridzuaniah.


Pokok Kurma pertama itu adalah spesis Ajwah (Kurma Nabi). Ada 5 Pokok Kurma keseluruhan - 2 Ajwah, 2 Madu (Bam) dan 1 Mariami (Piarom).

Diwakafkan oleh KELUARGA 37, HAJI AMIR SHARIFFUDDIN KHALID dari Ipoh dan MN ENTERPRISE dari Padang Rengas, melalui program PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 

Diselia tanam dalam kelubung (gelung konkrit) atas permintaan pihak masjid. Tersergam indah kelima-limanya menghadap pagar dalam kawasan masjid.

Tahniah pihak jawatankuasa serta khairiah Masjid Ridzuaniah atas pemilikan Pepohon Tamar wakaf dan inisiatif pemasuannya.

Terima kasih daun Kurma KELUARGA 37 dan MN atas pewakafan Pepohon Tamar tersebut. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami pula hanyalah Hang Kebun pelaksana amanah dan pemudahcara pemilikan serta pewakafan tanaman ikon Timur Tengah itu.

Kurma Lot Banglo

27 Ogos 2015 - Sebuah lot banglo baru di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, Taiping, kini dihiasi oleh Pepohon Tamar - 3 Pokok Kurma Ajwah.

Turut ditemani oleh item pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang lain - 1 Pokok Delima Jumbo, 1 Pokok Durian Belanda, 1.5 liter Supplimen Organik Pokok Kurma dan 1 liter Cuka Kayu.


Disempurnakan oleh menantu empunya kediaman berkenaan, Tuan Ismail (jersi biru) dan saudara beliau, bagi melaksanakan simbolik penanaman Pokok Kurma dalam waktu Dhuha. ☀


Tahniah dan terima kasih Tuan Ismail serta keluarga atas deretan pemilikan tersebut. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Esok penanaman di Kuwale Kangso, Bando DiRaje pulok - PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Tuesday, August 25, 2015

Selamat Pagi Malaysia (SPM) : Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di Youtube


Kami telah muat naik ke Youtube, video penglibatan kami dalam Agro Jurnal yang bertajuk "Kurma Malaysia" di RTM TV1 pada minggu lepas, pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/08/kurma-malaysia-di-youtube.html🌴🇲🇾

Kini, tiba pula giliran liputan tentang perlaksanaan Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' oleh Selamat Pagi Malaysia (SPM) juga di RTM, TV1.🎬🎥

Disantuni oleh RTM Perak seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/kurma-wakaf-kota-lama.html. Dipaparkan oleh RTM di SPM kira-kira 2 bulan lalu.

Ini pautan paparan di Youtube yang bertajuk "Pokok Kurma Rai Ramadhan" oleh SPM :

https://youtu.be/kFAMHmeH1aI

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Selamat menonton. Moga bermanfaat. 👍😄
 — watchingYouTube.

Saturday, August 22, 2015

Wakil Kurma Malaysia

Hampir kesemua lokasi di Semenanjung, kami gunapakai kaedah penghantaran bas ekspres, kecuali di Lembah Klang dan sekitar Kuantan.
Ini kerana, buat masa ini, kami hanya punyai 2 wakil sahaja iaitu di Setapak dan Kuantan. Tuan Alif Aizat, wakil Setapak boleh dihubungi melalui talian 0192498323. Manakala wakil Kuantan, Tuan Mohd Zahari boleh disantuni pada nombor 0139019116.
Terima kasih daun Kurma atas inisiatif Tuan Alif dan Tuan Zahari yang sudi menjadi jemaah niaga SYFUL TAMAR yang bertindak sebagai pemudahcara pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' buat warga Lembah Klang serta daerah-daerah sekitar Kuantan.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Kami buka kini jalinan kerjasama kepada anda sebagai wakil SYFUL TAMAR di daerah anda masing-masing. Satu daerah, satu wakil sahaja. Jejaki kami di talian 0195709334. 🌴📲

Selenggara Kuasa Dua


21 Ogos 2015 - Tuan Zaidi Ramli (kiri sekali) dan rakaniaga beliau dalam JR-TECH SOLUTION berada di Ipoh bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan dapur di restoran, hotel dan kantin.

Mereka singgah di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar bagi pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Tuan Zaidi yang berkepakaran dalam penyelenggaraan dapur, kini perlu asah sama kemahiran penyelenggaraan Pokok Kurma dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html bagi tujuan kesuburan Pepohon Tamar beliau pula selepas ini. 😄🔧🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih dan tahniah Tuan Zaidi atas pemilikan tersebut. 👍
 — feeling Syukur.

Kurma Malaysia di Youtube


Kami tahu, berbanding individu yang sedia tahu, sebenarnya ramai lagi yang belum tahu-menahu, tentang kemunculan kami dalam Agro Jurnal TV1 pada 8 Februari lalu. 🎬🎥

Kini, setelah lebih setengah tahun daripada tarikh program, kami kongsikan pautan majalah tani tv yang berdurasi selama 22 minit garapan RTM itu, yang bertajuk "Kurma Malaysia". 🌴🇲🇾

Tiada sekelumit pun rasa bangga diri, tidak jugaterselit 'eksyen' di hati, hanya berniat untuk berkongsi.

Sebetulnya kami bukannya pakar, namun tidak menyimpang mahupun tersasar, hanya mencurah rasa berkenaan Pepohonan Tamar.

Moga perkongsian info tersebut menviralkan buakan manfaat buat anda sekeluarga. Jika anda tidak berasakan sedemikian, sila perbetulkan kekhilafan kami melalui panggilan terus atau aplikasi WhatsApp di talian 0195709334.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Eh, eh..! Oh, ya..! Ini pautan paparannya -https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=zHeXERY4-ac. Selamat menonton. 👍👀
 — watching YouTube videos.

Thursday, August 20, 2015

Kurma Berbuah di Jerantut

18 Ogos 2015 - Selepas mengesan Pokok Kurma berbuah di Bukit Besi, Terengganu seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/kurma-berbuah-di-bb-ganu.h…, Tuan Zahari sekali lagi membuat penemuan Pohon Tamar nan berbuah, kali ini di Masjid Besar Jerantut, Pahang. 👍🌴
1 daripada 4 Pokok Kurma di situ telah mengeluarkan hasil. Namun masih berstatus putikan kecil yang melebat.
Sekiranya anda berpeluang ke Masjid Besar Jerantut kelak, sila tahan diri daripada memetik putikan tersebut. Kecuali berlaku kes 'urgent' yang tidak dapat ditahan-tahan.
Sebagai contoh kes, ibu hamil tiba-tiba mengidam nak mengunyah putik Kurma. Kalau berlaku situasi sedemikian, sila rujuk kepada pihak jawatankuasa masjid ya. 😄
Tahniah sekalian warga Jerantut secara amnya dan pihak jawatankuasa serta khairiah masjid secara khususnya, atas pengeluaran hasil Pokok Kurma di situ. 👍🌴
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Sila hubungi Tuan Zahari yang merupakan wakil kami di Kuantan, samada untuk pengesahan perkara tersebut ataupun pelunasan hajat anda dalam pemilikan Pokok Kurma di talian 0139019116.

Tuesday, August 18, 2015

Gegelung Besi Penghalang Noda

16 Ogos 2015 - Pada hari yang sama pemilikan Pepohon Tamar oleh Cik Noor Azwa, seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/kurma-kediaman-warisan.html, turut ditempah oleh beliau adalah 'Gegelung Besi Penghalang Noda' khusus buat Pepohon Tamar di halaman kediaman beliau.
Binaan gegelung besi tersebut sangat ringkas namun kukuh ditaut dengan pasakan kayu.
Ianya satu keperluan bagi perlindungan pokok, sekiranya anda mengalami 3 situasi berikut :
1. Halaman/tanah anda berpotensi dimasuki haiwan ternakan seperti lembu dan kambing atau haiwan liar seperti 🐗 dan 🐒.
2. Dibimbangi dilanggar atau digilis kenderaan ketika melalui lokasi tanaman di halaman/tanah anda.
3. Perlindungan daripada kerja-kerja mesin rumput dan penyelenggaraan halaman/tanah anda.
Dirikan gegelung besi tersebut mengikut kreativiti anda sendiri.
Letakkan loceng atau tin minuman bagi tujuan pengesanan mahupun menakut-nakutkan haiwan ke.
Nak tambah jaring di bahagian atas gegelung sebagai perlindungan maksima ke.
Nak hiasi dengan riben atau manik bagi kelihatan feminim ke.
Nak meriahkan dengan tengkolok atau tuksedo untuk kelihatan maskulin pun boleh. 😆
Ikut suka dan citarasa anda. Gegelung besi tanaman milik anda kannn...😄

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terima kasih daun Kurma ya Cik Noor Azwa. Jumpa kita lagi 2 bulan bagi sesi ADAB KHUSUS PENYELENGGARAAN POKOK KURMA pula ya.😃

Kurma Kediaman Warisan

16 Ogos 2015 - Berpagian kami di Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh bagi perlestarian perlanskapan halaman tepi kediaman Cik Noor Azwa (bertopi) dengan Pepohon Tamar.
Kediaman tersebut merupakan rumah peninggalan arwah ibu dan bapa Cik Noor Azwa. Oleh itu, beliau berkongsi rasa peristiwa bersejarah ini dengan adik-beradik beliau, bersama-sama menyempurnakan ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA.
Selaku barisan waris pertama (anak) Allahyarham Haji Hashim dan Allahyarhamah Hajjah Habibah, adik-beradik ini menyempurnakan penanaman Pokok Kurma Ajwah (Pokok Kurma pertama yang 'menghuni' halaman kediaman berkenaan) dan Pokok Kurma Madu.
Manakala penanaman Pokok Kurma Mariami pula disempurnakan oleh barisan waris kedua (cucu).
Tahniah dan terima kasih kepada sekalian waris Haji Hashim - Hajjah Habibah atas peristiwa bersejarah 'penghunian' Pepohon Tamar itu. 
👍🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Cik Noor Azwa turut membuat pemilikan 500 ml Supplimen Organik Pokok Kurma bagi tujuan kesuburan Pepohon Tamar beliau. 👍🌴

Monday, August 17, 2015

Alternatif Cuka Kayu


15 Ogos 2015 - Misi penghantaran khas 1 liter Cuka Kayu ke Manjoi buat Tuan Haji Rosli.

Tempahan Cuka Kayu digunakan bagi merawat penyakit kulat Pokok Tin beliau yang disebabkan oleh sejenis serangga.

Tidak sama sekali kami masyhurkan Cuka Kayu adalah jalan penyelesaian terbaik bagi permasalahan tersebut. Namun ianya adalah rawatan alternatif yang berpotensi untuk disantuni setelah pelbagai racun kulat digunapakai.

Cuka Kayu merupakan 100% sebatian organik. Sangat ideal bagi piawaian amal tani baik bagi industri asas tani negara.

Tahniah Tuan Haji Rosli, anda sedang menuju ke arah kepotensian tersebut. 👍

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pencerahan tentang kefungsian Cuka Kayu, boleh ditekuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/04/organik-cuka-kayu.html
 — feeling cool.

USJ ke JDT

15 Ogos 2015 - Pemilikan di USJ. Penanaman di JDT. 😄
Tuan Said yang bermastautin di USJ Subang, membuat pemilikan 2 Pokok Kurma Madu melalui wakil kami di Setapak seperti dalam pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kurma-usj.html.
Mewakafkan Pepohon Tamar itu kepada Masjid Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi, yang merupakan kampung halaman beliau.
Tuan Said berkongsi rasa syukur dan gembira dengan mengirimkan 2 keping gambar selepas perlaksanaan ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA di masjid tersebut.
Tahniah pihak Masjid Kampung Sedili Besar yang kini berpohon Tamar. Tahniah juga Tuan Said atas inisiatif sendiri melaksanakan Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 
👍🌴🇲🇾

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Info berkenaan Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kendalian kami berada dalam pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/wakaf-pokok-kurma.html.

Kuantan ke Kamaman


13 Ogos 2015 - 6 Pokok Kurma Madu dimuat masuk ke bonet kereta Tuan Salleh. Bersiap siaga dibawa pulang ke kampung halaman di Kemaman.

Tuan Salleh bekerja di Kuantan. Mengambil peluang bersua temu dengan wakil kami di Kampung Kempadang, Kuantan. Melunaskan hajat pemilikan Pepohon Tamar berkenaan.

Terima kasih dan tahniah Tuan Salleh atas pemilikan. 👍🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Wakil kami di Kuantan, Tuan Zahari sedia disantuni anda melalui talian 0139019116. 🌴📲
 — feeling Syukur.

Pendaratan Stok Setapak


Sentuhan akhir wakil Setapak terhadap stok Pepohon Tamar dalam ADAB KHUSUS PENYELENGGARAAN POKOK KURMA. Khusus bagi anda, bakal pemilik yang berada di Lembah Klang.

Bagi rundingan pemilikan mutlak POKOK KURMA 'Made In Malaysia', sila berhubung terus dengan wakil Setapak, Tuan Alif Aizat di talian 0192498323.🌴🇲🇾📲

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Stok 'fresh' menanti warga Lembah Klang. 👍🌴
— feeling cool.

Aset Baru Pengurmaan


Mengalukan kemasukan aset baru kami iaitu sebilah gunting yang dibeli di kedai PERNAMA di Kem WarDieBurn. Pembelian berlaku akibat gunting yang lazimnya kami pakai tertinggal di Ipoh. 😆

Kini gunting tersebut sedang berkhidmat - selenggara stok Pepohon Tamar yang baru sahaja mendarat kepada wakil Setapak.

Warga Lembah Klang yang berhajat dalam pemilikan Pokok Kurma Ajwah dan Pokok Kurma Madu atau mahu ber'possing'/'selfie' dengan Pepohon Tamar tersebut, boleh hubungi wakil Setapak, Tuan Alif Aizat melalui panggilan terus atau aplikasi WhatsApp di talian 0192498323. 🌴📷

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Gunting adalah salah satu alat yang kami gunapakai dalam ADAB KHUSUS PENYELENGGARAAN POKOK KURMA dalam beg poli. Mencantas pelepah rosak, 'trim' dedaunan bagi lebih 'cun'. 😘
 — feeling cool.