Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, November 27, 2015

Kurma Muar


20 November 2015 - Pada sebelah pagi, kami berkolaborasi dengan PERDASAMA Perak bagi program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK di SK Sultan Idris II dan SMK Raja Muda Musa. Kedua-duanya terletak di bandar Kuala Kangsar.

Sejurus selesai solat Jumaat pula, kami bersua temu dengan Tuan Firdaus dan isteri di hadapan Kolej Sunway, Tambun. Pasangan suami isteri ini datang dari Muar.

Tuan Firdaus mula kenal kami sejak menonton program Agro Jurnal yang bertajuk "Kurma Malaysia" di TV1. Daripada situ, beliau hanya memendam hajat pemilikan Pokok Kurma disebabkan lokasi yang sangat jauh, antara kampung halaman beliau di Muar dengan Nurseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh.

Peluang bertandang ke Ipoh atas urusan peribadi tidak dilepaskan begitu sahaja untuk beliau hubungi kami.📲😃

Akhirnya, 2 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 1.5 liter Supplimen Organik Pokok Kurma dibawa pulang ke kampung halaman pasangan suami isteri ini di Muar.

Tahniah dan terima kasih kepada Tuan Firdaus serta isteri atas pemilikan tersebut. 👍🏻😃🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
📲 0195709334

ST : Jurnal tani kami di Agro Jurnal boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/08/kurma-malaysia-di-youtube.html
 — feeling Syukur at Sunway College Ipoh.

Tuesday, November 24, 2015

Kolaborasi Bersama PERDASAMA Perak

Pagi Jumaat 20 November 2015, kami dijemput oleh Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak, untuk berkolaborasi dalam program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK.

Program wakaf itu merupakan insiatif NGO tersebut yang berkongsi dan menyumbang sebahagian pendapatan ahli-ahli mereka untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah sebagai Penerima Manfaat. Item sumbangan wakaf utama adalah kelengkapan surau dan Pokok Kurma.

Ini adalah rentetan kolaborasi PERDASAMA Perak dan kami pada 20 November tersebut :

A. Misi Ke-2 GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK di SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar
Bagi meninjau info lanjut Misi ke-2 ini, sila klik (di sini)

B. Misi Ke-3 GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar
Bagi meninjau info lanjut Misi ke-3 ini, sila klik (di sini)

Moga, GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK ini sentiasa menviralkan kebaikan, bukan sahaja kepada Penerima Manfaat, malah kepada seluruh organisasi PERDASAMA Perak serta para Dermawan Wakaf di kalangan Usahawan PERDASAMA Perak sendiri.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

ST : Wadah wakaf kelolaan kami pula adalah PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.  :-)

Thursday, November 19, 2015

Laman Kurma MSAS Fasa 2


18 November 2015 - Misi selesai jam 11.30 pagi. Perlestarian Laman Kurma Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) Fasa 2. Menempatkan 10 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 12 Pokok Kurma Madu.


Misi disempurnakan oleh kami berempat termasuk 2 Hang Kebun cilik. Terungkai rasa lega dapat melaksanakan amanah oleh 11 Dermawan Wakaf dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.


Namun gusar, apabila modus operandi penandaan kami pada 2 minggu lepas berlaku kekhilafan. Disangka hanya 21, rupa-rupanya mampu dilestari sebanyak 25 Pepohon Tamar di Laman Kurma MSAS Fasa 2.


Sepokok telah ditampung oleh pewakafan yang berlebih daripada seorang individu kenalan WhatsApp.


Dan sepokok yang lain pula diwakaf oleh mantan Pengetua SMK Raja Chulan, Ipoh, Puan Hajjah Saadiah Binti Alang Abdullah, yang 'walk in' meninjau gerak kerja kami dalam Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma, selepas beliau tamat kelas pengajian Islam di MSAS.


Kini berbaki lagi 2 Pokok Kurma sahaja lagi untuk melengkapkan 25 Pokok Kurma di Laman Kurma MSAS Fasa 2.

Anda berhajat mewakafkan salah satu atau memenuhi baki kedua-dua kuota tersebut..? Boleh terus berhubung dengan kami melalui WhatsApp atau panggilan terus di talian 0195709334.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Laman Kurma Fasa 1 di masjid yang berpusat di Jalan Dairy, Ipoh itu sebelum ini telah menempatkan 16 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 15 Pokok Kurma Madu. Paparan peristiwa perlestarian itu boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/syok-berhujan.html

Siap Siaga Fasa 2


18 November 2015 - 10 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 12 Pokok Kurma Madu siap siaga diasingkan, sebelum dimuat masuk bagi perjalanan ke Jalan Dairy, Ipoh.

Pepohon Tamar itu telah diwakafkan oleh 11 individu dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia bagi perlestarian Laman Kurma Fasa 2 Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS).

Moga Dia permudahkan setiap gerak kerja kami sebentar lagi dalam Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di MSAS.


Syful Tamar (ST)
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Moh ngopi, kalo jumpe kat MSAS. Tapi tunggu sampe kami abeh koje le ye. 😄
 — looking for a great workout at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Hang Kebun


"Changkhol pon, changkhol lah..!"

Lontaran dialog 'legend' oleh Hang Kebun kepada penolong pengarah, S. Sudarmaji dalam salah satu babak daripada filem Seniman Bujang Lapok.

Siapalah nama pemegang watak Hang Kebun tu ya. Ada sesiapa tahu..? 😄


🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Kami pula Hang Kebun yang membantu dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' secara individu mahupun berkelompok dan pemudahcara perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kepada Penerima Manfaat yang dipilih atau yang menawarkan diri. 👍🏻😃🌴
 — watching Seniman Bujang Lapok,P Ramlee at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Wednesday, November 11, 2015

Serah Kurma di Resort Sayong


9 November 2015 - Persinggahan kami di Sayong Resort pada sebelah malam adalah bagi perlaksanaan misi penghantaran khas 1 Pokok Kurma Nabi (Ajwah), 1 Pokok Kurma Madu dan 1 liter Supplimen Organik Pokok Kurma.

Diterima oleh Pengerusi Alumni Clifford 1995-1999 (AC9599), Tuan Zaidi Zamani bagi mewakili sepupu beliau dari Banting, Puan Suriani.

Terima kasih Tuan Zaidi, sempat meluangkan masa mewakili Puan Suriani, walaupun sedang berdiskusi bersama rakan-rakan lain tentang modus operandi Old Cliffordian Premier League (CPL) yang bakal diadakan pada penghujung April 2016 di SMK Clifford, Kuala Kangsar.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Terima kasih dan tahniah Puan Suriani atas pemilikan tersebut. 👍🏻😃🌴
 — feeling Syukur at Sayong Resort.

Tuesday, November 10, 2015

Musafir Kurma Ganu Kite


7 November 2015 - Allahuakhbar... Tak sangka pula kami, sanggup 2 insan ini bermalam di Hotel Impiana, Ipoh semata-mata mahu menunaikan hajat pemilikan item POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Tiba di Ipoh pada petang hari sebelumnya setelah bertolak dari Dungun sejak pagi melalui Cameron Highland.

Tuan Haji Mamat (berkaca mata) dan Tuan Haji Wan mewakili jawatankuasa serta khairiah Masjid Mak CiliBatu 2 1/2, Kemaman. Mengesahkan pemilikan 6 Pokok Kurma Ajwah dan 7.5 liter Supplimen Organik Pokok Kurma. 👍🏻😃🌴

Juga tidak ketinggalan, pemilikan 2 Pokok Kurma Mariami, mewakili tempah pesan ADUN Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim. 👍🏻😃

Setelah pertemuan singkat yang diulit harmoni mesra di perkarangan Hotel Impiana, kedua-duanya terus sahaja bergegas pulang ke kampung halaman mereka di 'Ganu Kite'. 🌴🚙💨

Memang betul-betul datang ke Ipoh semata-mata mahu melihat sendiri Pepohon Tamar semaian kami, sebelum memberi kata putus tentang kuantiti pemilikan. Kagum dengan kegigihan dan semangat kedua-dua Tuan Haji ini. 👍🏻💪🏻

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa Masjid Mak Cili serta YB Hishamuddin atas pemilikan item POKOK KURMA 'Made In Malaysia masing-masing. 👍🏻😄
 — feeling Syukur at Impiana Hotel Ipoh, Perak.

Sunday, November 8, 2015

Kurma Buat Ibu


1 November 2015 - Demi ibu tersayang, Tuan Zaharul Effendi sanggup singgah ke Kuala Kangsar, sebelum meneruskan permusafiran beliau sekeluarga ke Ipoh, dari kediaman mereka di Baling.

Persinggahan itu adalah bertujuan melunaskan hajat Tuan Zaharul bagi menghadiahi ibu beliau yang berada di Bedong, dengan Pokok Kurma Madu tersebut.

Hadiah Pokok Kurma Madu itu tidaklah ternilai langsung walau sekelumit pun berbanding budi dan pengorbanan si ibu. Namun, ikhtiar sang anak menggembirakan hati ibunya sedaya mungkin melalui hadiah unik tersebut bakal 'dirai' dalam timbangan amal pada 'hari perhitungan' kelak. In Shaa Allah. 👍🏻

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Terima kasih dan tahniah Tuan Zaharul sekeluarga atas pemilikan tersebut. 👍🏻😃🌴
 — feeling Syukur at Lembah, Kuala Kangsar.

Karavan FAMA

Pengeluar dan pengedar hasil/produk tani, bolehlah mohon. 🚚🌱
Bukan melalui kami tau..! Kami cuma berkongsi info je.. 📝😄

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Kami hanya pemudahcara pemilikan Pokok Kurma Nabi (Ajwah), Madu, Mariami dan Shafawi. 👍🏻😃🌴

Pinang Laman Kurma

Mangsa sehingga kini masih melopong trauma akibat hampir ditimpa pelepah pinang sejak 28 Oktober lepas ketika melalui laluan pejalan kaki berbumbung di Laman Kurma Fasa 1 Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), selepas turut serta dalam kerja-kerja penandaan lokasi penanaman Kurma di Laman Kurma Fasa 2 MSAS. 😄
Perkembangan Laman Kurma Fasa 2 MSAS boleh ditekuni pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2015/…/derap-mula-fasa-2.html. Manakala bab melopong trauma tu, cerita auta. 😅
Pelepah pinang itu jatuh menimpa bumbung terlebih dahulu, sebelum 'mendarat' di tepi laluan pejalan kaki tersebut.
Manakala upihnya (gambar di belakang) pula mencecah bumi di bawah pohonnya yang berada dalam kawasan Laman Kurma Fasa 1 MSAS.
Normal bagi pelepah dan upih pinang gugur dari rimbun batang apabila sampai pada masanya.
Timpaan pelepah dan upih pinang tidak mampu mendatangkan sebarang kecederaan kepada sesiapa pun. Namun boleh memudaratkan individu lemah jantung akibat terkejut dengan situasi tersebut. Begitu juga dengan individu yang melatah, berkemungkinan besar bertindak di luar kawalan tanpa sedar, juga akibat kejutan sedemikian.
Berbanding dengan pelepah Kurma, yang tidak akan sama sekali gugur sendiri. Pelepah Kurma hanya berpisah dari batang pokoknya melalui cantasan oleh pemiliknya atau orang yang diupah melaksanakan kerja-kerja cantasan. Takkan mereput dan gugur sendiri tanpa tindakan manusia.
Walaubagaimanapun, gunakanlah kaedah cantasan pelepah Kurma yang betul, supaya bukan sahaja 'indah paras rupa', malah Pokok Kurma sentiasa subur dan segar bugar, impak daripada cantasan pelepah dengan kaedah yang tepat.
Bagaimana pula mengaplikasi teknik cantasan pelepah Kurma yang menepati piawaian..???
Kami kongsikan 100% PERCUMA info tersebut pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html.
In Shaa Allah, pautan itu dapat membantu dengan pencerahan jitu. 👍🏻
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Moga bermanfaat. 👍🏻😃🌴

Mandi Manda Petang


30 Oktober 2015 - Padanlah lebat curahan hujan. Angin pun boleh tahan kuat. Rupanya gelap pekat awan yang Dia hantar. 👍🏻

Syukur, hujan rahmat petang. Kami suka sangat.. Anda pun sama kan..? 👍🏻😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pepohon Tamar di Nurseri Mini Pokok Kurma kami..? Lagilah suka.. Dapat mandi manda.. 🌴😄
 — feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Ikhtiar Selit Hajat 22


Allahuakhbar... Merujuk kepada tawaran yang kami buka untuk penyertaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Ipoh bagi Laman Kurma MSAS Fasa 2 dalam pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/derap-mula-fasa-2.html pada 28 Oktober lepas, buat makluman anda kini, penyertaan wakaf tersebut telah ditutup.

Sejak dibuka tawaran wakaf tersebut, sehingga malamtadi kami disantuni panggilan telefon dan kemasukan mesej di SMS serta WhatsApp oleh individu-individu yang berhajat menyertai PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di MSAS.

Pokok Kurma yang diperlukan bagi perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 2 hanya sebanyak 21 pokok sahaja. Namun kini, sudah ada 22 pokok.

Pewakaf Pokok Kurma ke-22 itu mohon sangat-sangat agar dilestarikan juga penanaman Pokok Kurma ke-22 di Laman Kurma MSAS, walaupun kami maklumi kepada beliau, yang kami akan bawa tanam Pokok Kurma wakaf itu ke lokasi Penerima Manfaat lain kelak.

Hmmm.. tidak mengapa, kami akan cuba sedaya mampu memenuhi hajat pewakaf tersebut dengan mencari ikhtiar dan solusi bagi menempatkan Pokok Kurma ke-22 itu.

Kepada Dermawan Wakaf yang lain, kami tutup sudah tau PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di MSAS. Jangan 'request' dah ya. Kita buka untuk lokasi Penerima Manfaat lain pula pada minggu hadapan. 👍🏻😃🌴



Syful Tamar (ST)
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

HK : Syukur, sahutan dan sambutan kali ini adalah sama 'hangat' seperti Fasa 1 sebelum ini. 👍🏻🌴😄Perlestarian Laman Kurma MSAS Fasa 1 boleh ditekuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/syok-berhujan.html
 — feeling Syukur atPOKOK KURMA 'Made In Malaysia'.