Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, July 23, 2014

Pokok Kurma Surau Nur 'Ain

23 Julai 2014 - Pagi yang segar di Surau Nur 'Ain, surau bagi khairiah Desa Chemor Impian. Ditemani salah seorang AJK surau tersebut, Tuan Shahiran sepanjang proses penanaman Pokok Kurma Madu.



Proses terakhir penanaman Pokok Kurma : menarik keluar saki baki potongan beg poli

Ianya diwakafkan oleh Tuan Haji Yani dari Taman Chepor Indah. Beliau jugalah orang yang bertanggungjawab dalam pewakafan Pepohon Tamar di Surau Al-Falah sebelum ini (seperti pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pepohon-tamar-wakaf-surau-al-falah.html).

Terima kasih Tuan Haji Yani sudi berwakaf kedua kali, terima kasih Tuan Din sebagai perantara dan terima kasih Tuan Shahiran sudi menemani sepanjang penanaman.

Tuan Shahiran individu pertama di Desa Chemor Impian yang 'berkenalan' dengan Pokok Kurma Madu ini.

Tahniah pihak jawatankuasa Surau Nur 'Ain atas pemilikan Pokok Kurma Madu. Akan kami pantau secara berkala kerana perlaksanaan wakaf Pokok Kurma oleh Tuan Haji Yani adalah PAKEJ DINAR.

Wahai Pokok Kurma, hiduplah anda dengan subur, sihat dan segar bugar agar memberi manfaat yang banyak kepada khairiah Surau Nur 'Ain. Insha Allah.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sekiranya anda berhajat mewakafkan Pohon Tamar kepada mana-mana masjid atau surau, sila PM kami untuk info dan diskusi lanjut. Insha Allah kami sedaya upaya menjadi pemudahcara akan hajat tersebut.

Tuesday, July 22, 2014

KEMBARA RAYA : POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

SYFUL TAMAR mempersembahkan...


Berhajat memiliki Pepohon Tamar..? Kami bantu sekalian anda. Tidak perlu ziarah ke Ipoh, Pokok Kurma 'terbang' mendapatkan anda. 

Inilah lokasi-lokasi penyerahan pemilikan Pokok Kurma tempahan tersebut :

1. Ipoh - Klang (dan sepanjang Hentian serta RnR) : 25 Julai 2014
* tiada had maksimum kuota pokok (sehingga muatan penuh)

2. Klang (Taman Sentosa) : 26 - 28 Julai 2014
* tiada had maksimum kuota pokok (sehingga muatan penuh)

2. Putrajaya (Prescint 9) : 29 Julai 2014 (sehingga jam 10 pagi)
* tiada had maksimum kuota pokok (sehingga muatan penuh)

3. Putrajaya - Ipoh (dan sepanjang Hentian serta RnR) : 29 Julai 2014
* tiada had maksimum kuota pokok (sehingga muatan penuh)

4. Ketereh (Pekan Ketereh dan KFC Kok Lanas) : 27 Julai 2014
* kuota terhad sehingga 15 pokok sahaja

5. Kota Bharu (KB Mall) : 2 Ogos 2014
* kuota terhad sehingga 15 pokok sahaja

5. Kuantan (Pekan Kuantan) : 27 dan 28 Julai 2014
* kuota terhad sehingga 20 pokok sahaja

6. Ipoh - Kuala Kangsar - Ipoh (dan sepanjang laluannya) : 1 dan 2 Ogos 2014
* tiada had maksimum kuota pokok (sehingga muatan penuh)

Tawaran pemilikan ini hanya sah untuk PAKEJ PERAK sahaja. Bagi mengetahui info dan harga yang dimaktubkan dalam PAKEJ PERAK, sila klik pautan berikut :

http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html

Sekiranya anda sudah ada kata putus untuk pemilikan Pokok Kurma, sila PM kami di FB. Atau juga telefon atau WhatsApp ke talian:

019-5709334, bagi mengetahui :

1. Kos/Caj penghantaran
2. Modus operandi/kaedah penghantaran
3. Info lanjut berkenaan Pokok Kurma

Cepat..! Sebelum kuota pemilikan penuh..! 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pokok Kurma Aidilfitri. 

Monday, July 21, 2014

Rangkuman KEMBARA RAMADHAN IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH

19 JULAI 2014

Asalnya satu pertemuan sahaja hari ini. Tapi rezeki aturan Allah di waktu Dhuha, dikurniakan dua pertemuan sekaligus. Satu pertemuan dirancang, satu lagi pertemuan spontan on the spot. 

Pertemuan dengan Cikgu Che Mat (berbaju putih) dari Manong sempena KEMBARA RAMADHAN IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH telah dirancang sejak minggu lepas setelah berkenalan lebih 2 minggu di alam maya. Syukur, pertemuan yang dirancang berjaya membantu beliau dalam pemilikan Pepohon Tamar dan supplimen BIO-ORGANIK. 


Semasa kami berurusan di tepi Pasar Mini KOHALAL Kuala Kangsar itulah muncul secara spontan Tuan Haji Zainuddin (berbaju biru) dari Padang Assam yang kebetulan baru selesai membeli belah di KOHALAL. Setelah turut serta dalam sesi perkongsian info Pokok Kurma di antara kami dengan Cikgu Che Mat, tidak semena-mena Haji Zainuddin pun turut berhajat memiliki kedua-duanya, Pokok Kurma dan supplimen BIO-ORGANIK. 


Moralnya di sini, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Tugas kita hanya minta, mohon, rayu dan bodek berhempas pulas semahu-mahunya Yang Maha Memberi tu. Tambah pula sekarang Ramadhan kan. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih dan tahniah Cikgu Che Mat serta Tuan Haji Zainuddin. 



20 JULAI 2014

Terkesan dengan pemilikan Pokok Kurma adik beliau (seperti pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pohon-tamar-sempena-ramadhan-1435-h.html) sebelum ini, Puan Hajjah Zakiah Binti Abd Rahman juga tidak mahu ketinggalan dalam pemilikan tersebut. Beliau merupakan pemilik Pokok Kurma kedua selepas Tuan Haji Sabri Bin Ahmad di Kampung Kolam, Kuala Kangsar.

Pemilikan Pokok Kurma PAKEJ DIRHAM oleh beliau merupakan penutup bagi KEMBARA RAMADHAN IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH. Ianya sekaligus penutup bagi misi KEMBARA RAMADHAN sempena Ramadhan 1435 H.

Misi seterusnya adalah KEMBARA RAYA. Lokasi manakah yang terpilih di Semenanjung ini..? 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pantai Timur berkemungkinan besar disenarai dalam KEMBARA RAYA kali ini. 

Sunday, July 20, 2014

Petik, Timbang, Bayo


Ada sesuatu yang kami pelajari ketika bercuti di Cameron Highland (CH) pada 2 minggu sebelum Ramadhan. Di CH banyak perkhidmatan memetik sendiri strawberi pilihan pengunjung. Perkhidmatan ini ada di ladang atau pusat penanaman strawberi yang banyak beroperasi di sana.

Kaedahnya ialah buat lawatan di ladang berkenaan, yang dipagari besi kukuh sambil memetik strawberi yang disukai dan diisi ke dalam bekas khas. Kemudian beratnya ditimbang. Pengunjung perlu bayar mengikut harga pasaran berdasarkan berat strawberi yang telah dipetik.

Sangat bagus modus operandi ini. Memberi pengunjung pengalaman keriangan terutama sekali kepada kanak-kanak, 'best' dan 'cool' (semestinya 'cool' sebab sejuk di CH sana  ). Tambahan pula dapat makan strawberi yang segar terus dari ladang. 

Bisnes yang sangat bagus untuk diteladani apatah lagi sekiranya platform modus operandinya adalah ladang tamar..!! Insha Allah, ada di Malaysia. 

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Amin. 

Wednesday, July 16, 2014

Kembara Ramadhan IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH


KEMBARA RAMADHAN diteruskan lagi. Kini dengan kempen KEMBARA RAMADHAN IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH.

Anda berhajat memiliki Pepohon Tamar..? Berada pada laluan IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH..? Kami bantu sekalian anda. Tidak perlu ziarah ke Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh, Pokok Kurma 'landing' ke pangkuan anda.  :-)

Maklumkan kepada kami secepat mungkin sebelum jam 10 pagi pada 18 Julai 2014 (Jumaat). Kali ini stok untuk muatan sangat terhad, berbanding KEMBARA RAMADHAN IPOH - KLANG - SHAH ALAM - IPOH minggu lepas. Maksimum hanya 10 pokok sahaja untuk ke Kuala Kangsar.

Setakat ini baru ada seorang bakal pemilik iaitu Tuan Che Mat dari Manong.

Anda pula, bagaimana..?  :-)

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Boleh terus hubungi Telefon/WhatsApp 019-5709334 untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan.

Pokok Kurma Sultan

14 Julai 2014 – Penghormatan tertinggi kepada kami di negeri sendiri :-) . Ianya sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak dan Perasmian Masjid Al-Ghufraniah, Sungai Siput (U) serta Berbuka Puasa. Majlis disempurnakan oleh Sultan kami, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. :-)


Menyelia Pohon Ajwah bagi memastikannya dalam keadaan baik sebelum keberangkatan tiba baginda Sultan

Persediaan petugas di kalangan staf MPKK


Keberangkatan tiba baginda Sultan. Sambil memberi salam, baginda turut menghulurkan tangan bersalam dengan tetamu dan rakyat

‘Surprise’ perasmian majlis adalah simbolik penanaman Pohon Ajwah oleh baginda Sultan, yang memperkenan menceduk tanah ke lokasi penanaman dan menyiram air atas Pohon Ajwah tersebut. Pohon Ajwah delegasi POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’. :-)

Persediaan akhir simbolik penanaman pohon Ajwah oleh baginda Sultan

Cedukan tanah oleh baginda Sultan

Baginda Sultan meletakkan tanah kepada Pohon Ajwah

Siraman DiRaja

Selesai simbolik penanaman

Bukan sahaja baginda Sultan, malah Raja Muda, Raja Dihilir dan Menteri Besar turut melaksanakan simbolik penanaman Pohon Ajwah masing-masing. :-)





Tugas kami pada majlis tersebut bermula pada pagi Jumaat lepas (11 Julai 2014), sebelum bertolak bagi misi KEMBARA RAMADHAN IPOH – KLANG – SHAH ALAM – IPOH. Oh, ya! Ini pautan misi berkenaan : http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/kembara-ramadhan-ipoh-klang-shah-alam.html

Kami mencari lokasi yang ideal untuk penanaman. Membuat pemasuan menggunakan gegelung konkrit. Hiasan kuning DiRaja diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Bersama Mak (Keramat Hidup) dan Pak Tiri serta anak-anak

Bersama isteri dan anak-anak

Syukur, negeri Perak kini mempunyai Pokok Kurma Sultan, Pokok Kurma Raja Muda, Pokok Kurma Raja Dihilir dan Pokok Kurma MB. :-) 

Pokok Kurma Sultan


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tersenyum sendiri bila ada di kalangan tetamu yang saling berbisik, Pohon Ajwah tersebut dari Madinah datangnya. Tetamu yang rancak berbisik berkenaan tidak tahu, yang sebenarnya Pohon Ajwah tersebut dari Nerseri Mini Pokok Kurma tepi rumah di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh je. Hehe.


Best dan legaaa...  :-)

Monday, July 14, 2014

Songkok Protokol


Sejak kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah, kami hanya melihat sahaja pemakaian songkok berlilit riben putih oleh kakitangan awam dan badan berkanun.

Namun, petang ini, dijangka sekitar 6.30 petang, kami pula bakal mengenakannya di kepala buat pertama kali. Ianya protokol majlis rasmi di negeri Perak dalam tempoh 100 hari kemangkatan Sultan.

Majlis rasmi apa pula yang kami hadiri? Apa pula kaitan dengan kepakaran kami dalam Penyemaian dan Pembenihan Pepohon Tamar? Tengah malam ni lah ye dikupaskan.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Lokasinya di Masjid Gurfaniah, Sungai Siput (U). Moh le..  :-)