15 Disember 2014 - Peristiwa simbolik penanaman Pokok Kurma Madu oleh YAB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Sri Hasan Bin Malek yang diiringi oleh Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Bin Ahmad dan tetamu kehormat lain serta masyarakat setempat, menjadi gambar sokongan kepada liputan tentang perkhidmatan SSM.
Diberi penghargaan dimuatkan dalam artikel Utusan Malaysia (mukasurat 14) dan Utusan Online.
Tahniah SSM atas gerakerja sempena program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" tempoh hari. Kami Hang Kebun hanyalah menjadi pemudahcara atas tanggungjawab yang diamanahkan.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Syukur, bertambah lagi koleksi liputan dan artikel di pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html
Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
Hit by Crews
Tuesday, December 23, 2014
Pepohon Tamar Kampung Talang
14 Disember 2014 - Sejurus selesai penyampaian cenderahati Bonsai Tamar di pentas utama oleh Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner kepada Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YAB Dato' Sri Hasan Bin Malek, kedua-dua tetamu kehormat ini berserta 3 lagi tetamu kehormat yang lain iaitu Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Bin Ahmad, YDP Majlis Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Ali Bin Haji Luman dan Tok Ketua Kampung Talang, berkenan menyempurnakan simbolik penanaman Pokok Kurma masing-masing di tepi padang SK Talang, Tanjung Ipoh.
Modus operandi simbolik penanaman yang sama dilaksanakan oleh kelima-lima tetamu kehormat iaitu mencedok tanah ke Pokok Kurma agar kelihatan gembur menggebu, sirami Pokok Kurma dengan air dan menyembur Supplimen BIO ORGANIK kepada rimbunan keseluruhan Pokok Kurma agar ia hidup subur dan segar bugar kelak.
Walaubagaimanapun, lensa kami Hang Kebun hanya sempat merakamkan perlaksanaan simbolik penanaman Pokok Kurma oleh YAB Menteri, Puan Zahrah dan Tok Ketua sahaja.
Syukur, selesai urusan utama 'team' Hang Kebun di sini yang menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh 'event team' SSM sejak hari pertama pada 12 Disember. Amanah inilah juga yang telah membawa kami ke Kuala Pilah buat pertama kali.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Nampak gayanya Tok Ketua Kg Talang yang perlu menjaga Pepohon Tamar ini dengan seadanya, sebab beliau yang paling dekat.
Tuesday, December 16, 2014
Bonsai Tamar buwek YAB Montori
14 Disember 2014 - Penyampaian cenderahati Bonsai Tamar oleh Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner kepada YAB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Sri Hasan Bin Malek selepas ucapan perasmian penutup beliau sempena "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di SK Talang, Tanjung Ipoh,Kuala Pilah.
Peristiwa penyerahan cenderahati Bonsai Tamar itu turut disaksikan di pentas utama oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Bin Ahmad (dua dari kiri), YDP Majlis Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Ali Bin Haji Luman (dua dari kanan) dan Tok Ketua Kampung Talang (kanan sekali).
Kelima-lima jemputan kehormat yang sempat membelek-belek cenderahati tersebut diberi penghormatan selepas itu bagi menyempurnakan simbolik penanaman Pokok Kurma setiap seorang di tepi padang SK Talang.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Moh ke lokasi simbolik penanaman.
Dari Ipoh ke Tanjung Ipoh
14 Disember 2014 - Ini kali kedua kami, Hang Kebun dari Ipoh, berada di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dalam tempoh 3 hari. Sekali lagi diperlukan bagi penekunan Adab Penanaman Pokok Kurma dalam dalam tempoh 2 minggu, selepas di ILKM Jawi pada minggu lepas.
Kali ini penglibatan kami adalah mengurus selia simbolik penanaman yang bakal disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hasan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama 4 lagi tetamu VIP yang lain, sempena program "Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di SK Talang, Tanjung Ipoh pada pagi ini.
Moh, bersiap siaga..!
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Changkholku mana, changkhol..?
Saturday, December 13, 2014
Lambaian Kurma di Kuala Pilah
Lambaian Pokok Kurma Madu menggamit 45 keluarga angkat ke meja penyerahan yang menjadi pemilikan mutlak kepada setiap keluarga berkenaan.
Sebelum itu, meja penyerahan Pokok Kurma Madu sempat dilawati oleh ADUN Seri Menanti, Dato' Abd Samad Bin Haji Ibrahim, Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner dan para pegawai SSM lain. Pelbagai perkongsian info tentang Pokok Kurma dititipkan melalui soal jawab dan respon balas diantara para tetamu VIP itu dengan kami.
Selepas daripada itu, 'penyerbuan' keluarga angkat mengeluarkan kami daripada zon santai. Sambil mengambil giliran pemilikan dan membelek-belek Pokok Kurma Madu yang mana berkenan, setiap keluarga angkat 'mengasak' dengan pelbagai pertanyaan tentang Pokok Kurma. Syukur, setiap pertanyaan itu kami santuni dengan pencerahan jitu.
Pada pandangan kami, ini adalah satu lagi program cetusan inisiatif kreatif warga SSM keseluruhan. Tahniah, moga SSM diilhami dengan lebih banyak idea yang 'menviralkan' buakan manfaat kepada masyarakat Malaysia.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" bakal berakhir esok. Poei yo Jang..!
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" bakal berakhir esok. Poei yo Jang..!
Santai Selesa Peringkat Mula
12 Disember 2014 - Tempoh bertenang dan santai yang dilalui kami di sebelah pagi pada program "Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Masyarakat Kuala Pilah".
Pada ketika ini, ramai yang tidak mengetahui pokok-pokok yang disusun aturitu adalah Pokok Kurma Madu. Pada masa ini juga belum diumumkan tentang penyerahan pemilikannya kepada peserta program keluarga angkat kelolaan SSM.
Apa yang terjadi selepas fasa persantaian panjang tersebut..?
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Program di SK Talang, Tanjung Ipoh ini bakal berakhir pada esok hari. Pelbagai aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan disediakan buat warga Kuala Pilah. Moh le..!
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Program di SK Talang, Tanjung Ipoh ini bakal berakhir pada esok hari. Pelbagai aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan disediakan buat warga Kuala Pilah. Moh le..!
1 Keluarga, 1 Pokok Kurma :-)
12 Disember 2014 - Selesai sessi taklimat Adab Penanaman, Penjagaan dan Pembajaan Khusus Pokok Kurma pada tengahari tadi sempena program "Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di padang SK Talang, Tanjong Ipoh.
Perkongsian info di pentas utama tersebut turut dihadiri ADUN Seri Menanti, Dato' Abd Samad Bin Haji Ibrahim, Memangku Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Puan Zahrah Binti Abd Wahab Fenner, ketua-ketua kampung dan para peserta program keluarga angkat yang melibatkan penduduk dengan pelajar UiTM serta warga SSM dan agensi lain.
Ianya merupakan simbolik kepada penyatuan 45 keluarga angkat yang baru disatukan pada sebelah pagi yang kemudiannya diserahkan 1 Pokok Kurma Madu bagi setiap keluarga angkat tersebut selepas selesai sahaja sessi taklimat.
Gementar..? Ada.. Gugup..? Ada.. Geletar..? Pun ada.. Gagap..? Hampir-hampir nak ada.. 4G..
Terima kasih kepada Tuan Mohd Zawawi Ahmad, pengerusi majlis program tersebut yang memberi peluang kepada kami meredah 'fear factor' 4G berkenaan. Ini adalah satu dimensi unik dan nilai tambah baru dalam kepakaran serta perkhidmatan kami.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Idea yang sangat baik kan..? 1 keluarga, 1 Pokok Kurma..
Subscribe to:
Posts (Atom)





























