Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, December 21, 2015

Kurma Kem Batu 10



16 September 2015 - Selepas membeli belah di pasar raya, sempat pula Tuan Sham singgah bertemu dengan wakil kami di Kampung Kempadang, Kuantan.

Pertemuan singkat tersebut bagi melunaskan hajat beliau dalam pemilikan Pokok Kurma. 👍🏻😃🌴

Kata putus diambil, 2 Pokok Kurma Madu dibawa pulang ke kediaman beliau di Kem Batu 10, Kuantan. 🌴🌴

Tahniah dan terima kasih ya Tuan Sham, atas pemilikan Pepohon Tamar Madu tersebut. 👍🏻😃🌴
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Wakil kami di Kuantan, Tuan Mohd Zahari boleh disantuni melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0139019116. 🌴📲
getting connected in Kampung Kempadang, Pahang, Malaysia.


13 Disember 2015 - Curahan hujan makin melebat. Membentuk banyak lopak air besar. Limpahan air juga merentangi jalan tanpa henti.

Deruan angin turut meligat. Menghempas kawanan air dari awan di langit itu ke cermin hadapan kenderaan. Laju sahaja 'viper' menjalankan tugas menyah lebatan hujan tanpa sebarang birokrasi.

Namun, sejurus tiba di Hospital Banting, hujan sudah mula berhenti.

Kami disambut mesra oleh Tuan Haji Shahiran Shukor, individu yang memohon Misi Penghantaran Khas POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ke Banting.

3 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 3 Pokok Kurma Madu kini berada dalam dakapan. Tuan Haji Shahiran gembira senyum melebar keriangan. 😃👍🏻🌴
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Rupa-rupanya, sebahagian besar Semenanjung Malaysia turut mengalami situasi hujan lebat berpanjangan pada petang tersebut. Sehingga ada kawasan yang dilanda banjir.
meeting customers at Hospital Banting.

Laman Kurma Nabi Pertama


SUNGAI SIPUT (U) - Masjid Ar-Rahmaniah, FELDA Lasah telah mencipta sejarah tersendiri selepas melancarkan Laman Kurma Nabi di halaman hadapan menghadap kiblat masjid tersebut.

Idea itu dicetuskan oleh Kami Anak Felda (KAF) cawangan FELDA Lasah dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli NGO tersebut serta penduduk setempat melalui perlaksanaan wakaf.


Menurut Setiausahanya, Ahmad Shaari Abdul Kadir, seluruh ahli KAF di sini sangat teruja dan terharu dengan idea Laman Kurma Nabi di situ. Sehinggakan ahlinya yang bermastautin di luar kawasan turut sama berwakaf.

"Walaupun bukan yang pertama di Malaysia, namun bagi Laman Kurma yang menempatkan khusus spesis Kurma Nabi (Ajwah), kami adalah yang pertama di negara ini. Apa yang paling menarik, perlestarian Pokok Kurma Nabi pertama di masjid ini telah ditanam oleh Timbalan Mufti Perak.




Kami berkeyakinan, Laman Kurma yang dilestarikan sebanyak 27 Pokok Kurma Nabi ini bakal menjadi salah satu produk pelancongan FELDA Lasah yang sangat efektif dalam masa 2 hingga 3 tahun akan datang."

Pelancaran Laman Kurma Nabi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim sempena Forum Perdana yang bertajuk "Rahmat Syukur Dan Perpaduan" selepas selesai solat Isyak.


 

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh pengerusi masjid, Dr Ahmad Fadhil Mohd Shahidi dan pengurus besar FELDA Wilayah Trolak, Haidir Moin serta masyarakat setempat.
.
.
Pelancaran LAMAN KURMA NABI Masjid Ar-Rahmaniah, FELDA Lasah
11 Disember 2015
29 Safar 1437 H
.
.
Syful Tamar (ST)

POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Satu lagi perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di bawah kelolaan Syful Tamar.

Bonsai Tamar Forum Perdana

11 Disember 2015 - Usai Forum Perdana yang bertajuk "Rahmat Syukur dan Perpaduan" di Masjid Ar-Rahmaniah, pihak Kami Anak FELDA (KAF) menyampaikan cenderahati Bonsai Tamar kepada moderator dan barisan panel. 4 pasu Bonsai Tamar itu diwakafkan oleh ahli-ahli KAF.






Disampaikan oleh Pengurus FELDA Lasah kepada :

1. Moderator (baju Melayu merah).



2. Ahli panel 1 - Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim (berkopiah).



3. Ahli panel 2 - Pengurus Besar FELDA Wilayah Trolak, Encik Haidir Moin (baju Melayu jingga).





4. Ahli panel 3 - Pengerusi Masjid Ar-Rahmaniah, Dr Ahmad Fadhil Mohd Shahidi (baju Melayu biru).


Selepas penyampaian cenderahati Bonsai Tamar, tetamu dan khairiah masjid mendirikan solat Isya' berjemaah. Kemudian bergerak ke halaman sebelah hadapan masjid bagi pelancaran LAMAN KURMA NABI MASJID AR-RAHMANIAH.
.
.
Syful Tamar (ST)

POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

  ST : Bonsai Tamar merupakan alternatif unik cenderahati kepada tetamu jemputan atau hadiah kepada orang yang dirai.

Kurma Nabi SMKABC

11 Disember 2015 - Sebelum perlaksanaan Laman Kurma Nabi di FELDA LASAH pada sebelah petang, kami terlebih dahulu terlibat dalam program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK pada sebelah pagi di SMK Aminuddin Baki, Chemor (SMKABC).

Program anjuran Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak itu melibatkan 9 item wakaf yang diwakafkan oleh usahawan PERDASAMA Perak sendiri termasuklah 2 Pokok Kurma Nabi (Ajwah).

Disamping membekal 2 Pokok Kurma Ajwah tersebut, kami turut diamanahkan sebagai pemudahcara dalam perlaksanaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma bagi kedua-dua Pokok Kurma itu.
Sejarah tercipta di SMKABC, yang mana Pokok Kurma pertama yang 'menghuni' bumi sekolah itu telah disempurnakan penanamannya oleh Pengetua, Puan Hajjah Azizah Mat Cha dan YDP PERDASAMA Perak, Puan Suhaida Hashim.


Pokok Kurma kedua pula disempurnakan oleh 4 serikandi bekas pelajar SMKABC.
Tahniah SMKABC, selaku Penerima Manfaat ke-4 bagi program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK.


Terima kasih dan tahniah juga buat seluruh warga PERDASAMA Perak atas inisiatif program amal tersebut.
.
.
Syful Tamar (ST)
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com
019570933

ST : SMKABC juga turut mencipta sejarah selaku sekolah pertama di Chemor yang punyai Pokok Kurma. 👍🏻😃

Saturday, December 12, 2015

Laman Kurma FELDA

11 Disember 2015 - Siap sudah medan pelancaran LAMAN KURMA NABI MASJID AR-RAHMANIAH FELDA LASAH. Penempatan 27 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) di Laman Kurma ini. 👍😃🌴


Bakal dilancarkan oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim sebentar lagi, selepas selesai forum perdana peringkat FELDA Lasah dan solat Isya'.


Cenderahati 4 pasu Bonsai Tamar juga telah tersedia untuk disampaikan kepada 4 tetamu kehormat.
Moh dengo forum dulu ye.. 👍😄

.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

ST : Rekod baru ni, tak pernah buat sebelum ni - perlaksanaan Adab Khusus Pokok Kurma memalam hari. 😎🌴

Friday, December 11, 2015

Lakaran Comel Laman Kurma


8 Disember 2015 - Lakaran comel ini dinukil khas melalui 'handimade' teliti kami. 📝

Lakaran prolifiknya melalui adaptasi perkomputeran kenalah tunggu Puan Diera balik cuti dari kampung halaman di Sentosa, Klang. 💻

Itu bidang beliau dalam entiti bisnes Syful Tamar. Kami yang lain cuma pelaksana kerja-kerja perchangkholan je.


Menurut lakaran pelan yang belum mencapai piawaian antarabangsa itu, 27 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) mampu ditempatkan di lokasi LAMAN KURMA NABI (AJWAH) MASJID AR-RAHMANIAH, FELDA Lasah, Sungai Siput (U).

Diselia wakaf oleh NGO Kami Anak FELDA (KAF) melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Bakal disempurnakan simbolik pelancaran Laman Kurma itu oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim pada Jumaat ini.


 Maka, siaplah sudah penandaan dan penggalian awal bagi persediaan Jumaat ini. 👍🏻😃
.
.
🌴Hang Kebun Bergajetkan Changkhol🌴
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

HK : Laman Kurma kedua di masjid seluruh Perak selepas Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Ipoh. 👍🏻😃