Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, October 29, 2013

Tetakan di Kwale Kangso

 

Ya, benar dan tepat sekali, kami telah membuat bertalu-talu tetakan semasa ‘menyerbu’ masuk ke kedai kraftangan Tuan Abdul Ghani di Kuala Kangsar. Bukan menetak tuan punya kedai tersebut tetapi membuat beberapa tetakan kecil bagi menguji parang dan mata pahat pelepah pokok yang didagangkan di situ.  :-)





Alhamdulillah, selesai kerja-kerja ‘shopping’ peralatan ‘make over’ pepohon tamar. Terima kasih Tuan Abdul Ghani atas layanan dan rekmen peralatan kualiti terbaik kepada kami. Anda pun boleh membuat percubaan menetak di lokasi perniagaan beliau di Lembah Kuala Kangsar.  :-)

Kemudian kami singgah ke gerai cendol sahabat lama, Tuan Nazerul Amin di Medan Selera Lembah. Selain bertanya khabar dan mengukuhkan ukhuwah, dapat juga menikmati cendol serta laksa telur rebus sentuhan gerai beliau.



Aturan rezeki Allah kepada kami sungguh kaya apabila menu santapan kami itu ‘ditaja’ oleh seorang lagi sahabat lama, Tuan Lokman Rianto yang datang bersama isteri. Beliau senyap-senyap buat bayaran kepada Tuan Nazerul Amin tanpa diketahui oleh kami yang pada ketika itu sedang rancak membincangkan penyediaan kertas kerja PAKEJ GAGASAN WAKAF pepohon tamar yang akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Perak pada minggu ini. Kami doakan Tuan Lokman Rianto dan isteri dirahmati dan diberkati Allah sepanjang minggu ini atas segala urusan duniawi mahupun ukhrawi.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Baru sahaja ‘shopping’ peralatan ‘make over’semalam, sudah ada individu yang hubungi kami bagi tinjauan pepohon tamar yang perlu di ‘touch up’  :-) . Tapi kertas kerja untuk pembentangan kepada Majlis Agama Islam Perak pula belum siap..! ‘Switch’..!  :-)

Monday, October 28, 2013

Siap Tuan! :-)


Susulan daripada ‘rombongan lamaran’ PDRM Sungai Siput yang diketuai oleh Tuan Amin, Tuan Riduan dan Tuan Khalid pada AGROFEST Perak 2013 tempoh hari telah menyingkap era baru dalam empayar Syful Tamar sendiri. Buat pertama kali, kami menambah nilai seni lanskap jabatan kerajaan pada 4 Oktober 2013 dan Ibu Pejabat PDRM Daerah Sungai Siput sebagai perintis era baru perkhidmatan kami ini.
Dari Ibu Pejabat PDRM Daerah Sungai Siput kami dibawa oleh Tuan Amin ke Kompleks Perumahan PDRM Polis Daerah Sungai Siput bagi meninjau lokasi strategik penanaman. Kata putus dicapai, sepanjang laluan masuk kiri dan kanan ke kompleks perumahan berkenaan ‘dihuni’ pepohon tamar PAKEJ DIRHAM.
 






Tahniah PDRM Daerah Sungai Siput atas pemilikan pepohon tamar itu. Terima kasih Tuan Amin atas layanan yang sangat baik terhadap Jemaah Syful Tamar.  :-)

Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Tahniah dan terima kasih juga kepada Tuan Baharuddin yang sanggup memandu dari Subang Jaya bagi mendapatkan pepohon tamar PAKEJ PERAK pada 19 Oktober 2013 pertemuan di Stesen Petronas Sunway Tambun.  :-)


Friday, October 25, 2013

Pepohon Tamar Nan Berbuah :-)

‘Make over’ pepohon tamar yang tumbuh subur di sekitar Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh – inilah salah satu resolusi kata sepakat yang dicapai semasa mesyuarat kami di masjid berkenaan pada 13 Oktober 2013 tempoh hari (sila rujuk ‘post’ di link http://syfultamar.blogspot.com/2013/10/mesyuarat-petang-13-oktober-2013.html).

Jadinya, pada petang semalam yang diiringi renyaian hujan Zulhijjah 1434 H, sekali lagi jemaah kami yang dibarisi oleh Tuan Mustapha Kamal @ Iqra Sohih (Chief de Mission), Syful Tamar dan Tuan Maznan (CEO Biodiversity Resources) bermesyuarat di Restoran Nasi Kandar Vanggey, Silibin membincangkan pembelian peralatan baru bagi tujuan ‘make over’ tersebut sambil mendraf surat permohonan kepada jawatankuasa masjid bagi mendapat kebenaran projek amal kami ini. Ianya bertujuan menggalakkan pembuahan pepohon tamar di situ kerana ada di antaranya sudah mengeluarkan bunga dan berputik. Di samping itu juga mahu mengekalkan kesuburan pokok agar sentiasa sihat dan berkemampuan mengeluarkan hasil buahnya.



Pada malamnya, dengan sengaja kami lalu kawasan Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dan Masha-Allah syeikh, ada di antara pepohon tamar sudah makin galak berbuahlah..! :-) Alhamdulillah, doa kami didengari agar pepohon tamar di situ berbuah subur sedangkan perancangan dan pelan tindakan baru sahaja dibuat.  :-)








Walaubagaimanapun, pepohon tamar di situ masih memerlukan penjagaan khusus kerana buahnya masih goyah cantuman dengan tangkainya. Kalau ditiup angin yang kuat atau disentuh kasar, buahnya senang ‘getak’. ‘Getak’ ni kata orang Perak maksudnya gugur. Faham ke, faham? :-) Jadi, diharapkan sesiapa yang nak singgah ziarah ke masjid tersebut diharapkan anda dapat menahan gelodak rasa ‘excited’ anda supaya tidak menyentuh tandanan kecil buah tamar berkenaan.

Alang-alang dah singgah ke sana nanti, ada afdalnya terlebih dahulu kita dirikan Solat Fardhu Berjemaah dan Solat Sunat Dua Rakaat Memuliakan Masjid serta Dhuha (sekiranya datang waktu Dhuha). Juga jangan dilupa bersedekahlah ke dalam tabung masjid. Bak kata mentor kami, “More you give, more you get back”. :-)

Inilah antara pesanan daripada kami, manusia kudus yang bernama Jemaah Syful Tamar ini.


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Minggu ni ‘shopping’ perkakas ‘make over’lah jawabnya… Dan In Sha Allah juga mulai minggu ni, ‘glamour’ Masjid Muhibbuddin Shah...  :-)

Wednesday, October 16, 2013

AGROFEST Perak 2013 : Hari Terakhir

1 Oktober 2013 orang ramai masih bertali arus mengunjungi Ladang Infoternak Sungai Siput (U) sempena AGROFEST Perak 2013. Booth kami pun tidak terkecuali terpana dengan kehadiran pengunjung yang hadir pada hari terakhir ini. Tetapi kali ini lebih santai disebabkan prop sudah dikemas, hanya tinggal Pokok Tamar sahaja untuk pameran.



Pengunjung pertama pada hari terakhir

Pameran

Alhamdulillah, kami dikunjungi semula oleh segerombolan anggota PDRM mewakili IPD Sungai Siput (U) bagi perbincangan lanjut tentang penanaman Pohon Tamar di IPD berkenaan. Syukur juga, pokok yang dipamerkan pada hari terakhir ini ‘sold-out’ menjelang Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YB Dato’ Saarani Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.




Perbincangan penanaman pokok tamar bersama pihak IPD Sungai Siput (U)






Moga kami sekali lagi dengan izin Allah berpeluang untuk menyertai AGROFEST Perak pada tahun-tahun yang mendatang. :-)


Pentas Utama



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”

FB Fan Page : Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Terima kasih atas jasa dan keperihatinan PKNP Bahagian Pembangunan, YAB MB Perak, Tuan Rahim Azudin, Perak.fm serta tak lupa juga doa kedua ibu bapa kami dan anda sekalian sepanjang kami berada di AGROFEST Perak 2013 ini berlangsung. :-)