Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, June 2, 2014

Hanya Sehari..?


Perjumpaan kali pertama kami dengan Tuan Shamsul Baharin Bin Shaari, pegawai Sumber dan Manusia UniKL Ipoh adalah pada cuti umum 1 Mei 2014 di Medan Gopeng. Sebelum ini hanya berhubung melalui telefon sahaja. Beliau menjadi pemilik beberapa botol supplimen BIO-ORGANIK pada perjumpaan tersebut untuk kegunaan ladang sawit beliau di Tapah.

Tidak diketahui sebab musababnya mengapa beliau ajak bertemu buat kali yang kedua pada 3 Mei 2014..

Rehat jam 1 tengahari, kami bertemu di Medan Selera Greentown, berhampiran dengan UniKL. Begini perkhabaran daripada beliau :

Petang selepas pertemuan 1 Mei itu, beliau sengaja suka-suka semburkan supplimen BIO-ORGANIK pada pokok durian belanda dan pokok mahkota dewa di halaman rumah beliau. Tiada mengharapkan apa-apa, sengaja nak lihat hasil jangka masa panjang.

Tapi keesokan harinya, 2 Mei 2014, tatkala menjenguk pokok durian belanda dan mahkota dewa berkenaan, dedaun pokok-pokok itu naik hijau 'merenin'. Pokok kelihatan 'segak' dan bertambah subur. Aik..? Hanya 1 hari...? Mmm.. Rasa teruja akan impak BIO-ORGANIK mendorong beliau aturkan pertemuan 3 Mei.

Jadi, sekali lagi beberapa botol supplimen BIO-ORGANIK terisi di tempak duduk belakang kereta beliau, seakan-akan mengulangi pertemuan 1 Mei yang lalu. 



Insha Allah, ada ruang kelapangan dan rezeki, kami jenguk pokok-pokok beliau kelak. 




Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukur diilhami Allah akan penemuan formula supplimen BIO-ORGANIK yang dapat membantu ramai empunya pokok dan tanaman. 

No comments: