Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, June 30, 2014

Rangkuman KEMBARA MUSAFIR IPOH - JB - IPOH

23 Jun 2014
9.40 malam - Mula bertolak dari Ipoh.

24 Jun 2014
1.30 pagi - Tiba di R&R Seremban. Rehat dan tidur.
7.15 pagi - Mula bertolak ke JB.
11.30 pagi - Tiba di lokasi pertama, Jalan Indah 29/1, Bukit Indah. Kediaman Tuan Haji Mazlan Bin Haji Noordin. Beliau merupakan delegasi 'Seadrill Deepwater', berkarier di Singapura. Menyambut kedatangan kami bersama isteri, Puan Hajjah Tinah Saclan, empunya empayar Hajjah Tinah Saclan Trading, pengedar terbesar air zam-zam di Johor dan Singapura.

Kerja-kerja penandaan dilaksanakan terlebih dahulu bagi mendapat ukuran tepat lokasi penanaman

Perlaksanaan SOP penanaman

1.15 petang - Selesai sudah penanaman, selesai juga pelbagai perkongsian info, bersambung pula sesi bersuai kenal beramah mesra ke pertemuan akan datang. Tahniah dan terima kasih Tuan Haji Mazlan dan Puan Hajjah Tinah atas pemilikan 2 pohon tamar (Ajwah dan Madu) PAKEJ DIRHAM serta 500ml supplimen BIO-ORGANIK.


1.30 petang - Tiba di lokasi kedua, Jalan Indah 7/9, Bukit Indah. Kali ini kediaman Tuan Jufri Jermaain. Terlaksananya rundingan pemilikan PAKEJ PERAK bagi 6 pohon tamar Mariami, 2 pohon tamar Ajwah dan 1 pohon tamar Shafawi serta 2 liter supplimen BIO-ORGANIK. Kami kongsikan juga teknik dan SOP penanaman yang bakal dilaksanakan bersama bapa beliau.

Bergambar kenangan di perkarangan kediaman Tuan Jufri Jermaain

1.50 petang - Bertolak pulang.
8.15 malam - Tiba di Ipoh. Syukur.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Musafir yang menjadi pemudahcara pemilikan pepohon tamar.  :-)

No comments: