Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Sunday, June 22, 2014

Kembara Pulang ke Klang


20 Jun 2014 - Lepas Asar, bertolak pulang ke Klang, rumah Mertua. Turut serta dalam perjalanan itu, 5 Pohon Tamar PAKEJ PERAK yang bakal bertukar tangan.

1 Pohon Ajwah, 1 Pohon Mariami dan 1 Pohon Madu adalah milik Tuan Nor Azam dari Sungai Buloh. Kami akan singgah di susur keluar Sungai Buloh, bertemu beliau bagi pemilikan 3 pohon tamar tersebut.

2 Pohon Mariami yang berbaki pula adalah milik Puan Lili dari Prescint 9, Putrajaya. Penyerahan pemilikan pada esok hari oleh kenalan di Klang yang akan bawa pulang ke Putrajaya.

Orang berhajat, kami tunaikan terdaya mampu.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Isnin - Selasa pula Kembara Musafir ke JB. Tunaikan hajat orang lagi. Anda berada di laluan Ipoh - JB..? Mahu juga hajat dipenuhi..?   :-)




Selesai sudah pemilikan 3 Pepohon Tamar oleh Tuan Nor Azzam di Sungai Buloh. Perjumpaan singkat di stesyen minyak Caltex sebentar tadi bukan setakat urusan transaksi jual beli sahaja berlaku, malah ikatan ukhuwwah turut bertaut.

Ni yang 'best' jadi pembekal POKOK KURMA 'Made In Malaysia' merangkap musafir ke Klang. Rezeki kewangan dikecap, rezeki silaturrahim pun didakap.

Sampai sudah malam tersebut ke Klang. Kini ini malam di Ipoh sudah pulang.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi anda yang PM dan komen pertanyaan, kami akan respon balas secepat mungkin ya.  :-)

No comments: