Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, June 18, 2014

PeWAKAFan di KVLC

13 Jun 2014 - Kolej Vokasional Lebuh Cator (KLVC), Ipoh menempa sejarah sebagai institusi pengajian pertama menjadi Penerima Manfaat bagi program Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma kelolaan kami. Pohon Ajwah itu adalah sumbangan daripada salahseorang pewakaf SSM Perak.

Possing sebelum penanaman

Kami dibawa oleh Tuan Mohd Shahrir, salah seorang tenaga pengajar di situ untuk berurusan dengan pengurusan tertinggi KVLC. Selepas itu kami disambut mesra dan penuh penghargaan oleh Pengarah KVLC, Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Zakaria dan Timbalannya.

Simbolik persetujuan antara kami dengan Pengarah KVLC, Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Zakaria (tengah) dan Timbalannya, Tuan Haji Mohamad Bin Haji Dahlan.

Peristiwa bersejarah itu menyaksikan Pohon Ajwah berkenaan ditempatkan di bahagian kiri pintu gerbang KVLC. Sedikit gempar juga suasana pada pagi itu kerana keterujaan warga KVLC atas penanaman berkenaan.


Melihat proses penanaman

Penyempurnaan proses penanaman oleh Pengarah dan Timbalannya

Syukur, kami terpilih oleh-Nya menjadi pemudah cara untuk memberi nilai manfaat keterujaan yang menggembirakan kepada KVLC.

Semburan BIO-ORGANIK

Selesai sudah..  

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf dermawan SSM Perak tersebut. Insha Allah 'viral' pahala Puan berpanjangan sehingga hari kiamat kelak. 
KVLC... awesome..!  


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ayuh berwakaf Pohon Tamar. 

No comments: