27 Disember 2014
8.30 pagi
Di sini kami pagi ni. Hingga petang bertalaqi.
Majlis perkongsian elmu. Sedut sedaya mahu.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Kome kat mane..?
5.30 petang
Selesai sesi perjumpaan semula. Recharge..!
Tak rugi apa-apa jika tidak turut serta, tapi sangatlah beruntung anda tatkala santai sama.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Esok kembali lagi ke Shah Alam. Talaqi lagi. Dengan DRAH pula.
Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
Hit by Crews
Sunday, December 28, 2014
Saturday, December 27, 2014
'Sahabat Lama' Tenggelam
Sukar diramal apa yang berlaku ketika ini kepada para 'sahabat lama' kami, yang tenggelam 'didakap' banjir. Masih teguh lagikah akar memaut rimbunan perdu mudanya..? Atau sudah tamatkah 'tempoh perkhidmatan' mereka di mukabumi ini..?
Kami terima semalam, gambar kiriman Tuan Abd Manap Abd Rahman, yang memaparkan pemandangan dari Jambatan Sultan Azlan Shah, yang menghubungkan Bandar DiRaja Perak dengan perkampungan Lembah Sayong.
Jelas kelihatan 'lokasi penghunian para sahabat lama' kami di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar, yang 'disantuni' limpahan air sungai. Bangunan penginapan berwarna kuning dan bangunan pentadbiran berwarna putih di situ, berbaki tingkat atas sahaja yang tidak 'dijejaki' banjir.
Insha Allah, kami akan menelesuri lokasi tersebut selepas keadaan kembali normal bagi meninjau situasi 'sahabat lama' kami, yang merupakan Pepohon Ajwah yang melanskapi Resort Sungai Perak.
Moga pemilik resort tersebut, Tuan Abdul Hamid dan warga kerjanya, dikurniai Allah akan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini dan juga kegigihan dalam menghadapi ujian selepas banjir.
Moga juga, ketabahan dan kegigihan tersebut, bukan sahaja terbias viralnya kepada sekalian penduduk Kuala Kangsar, malah kepada sekalian individu yang dipilih oleh Dia di seluruh Malaysia, yang sedang menghadapi situasi banjir pada ketika ini, sehingga keadaan pulih seperti sediakala kelak.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Info berkenaan penghunian 'sahabat lama' kami di Resort Sungai Perak berada di pautan http://
Wednesday, December 24, 2014
KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun
KEMBARA MUSAFIR Syful Tamar kembali lagi. Ini adalah KEMBARA
MUSAFIR terakhir bagi tahun 2014. Dan apa yang uniknya pada kali ini, KEMBARA
MUSAFIR dilaksanakan serentak ke dua carta lokasi iaitu :
1. IPOH - KLANG - SHAH ALAM - IPOH
2. IPOH - KUANTAN - KL - IPOH
Seperti biasa, modus operandi KEMBARA MUSAFIR adalah membuat
penyerahan pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dan Supplimen BIO-ORGANIK
di lokasi-lokasi dan pada tarikh-tarikh seperti yang tertera pada paparan
gambar.
Caj Perkhidmatan dan Henti Singgah :
a. RM35 : Mana-mana susur keluar tol PLUS
b. RM25 : Mana-mana R&R / Hentian PLUS
c. RM70 : Masjid Kuantan (atau mana-mana lokasi di Kuantan)
d. RM25 : Anggerik Mall Shah Alam (atau mana-mana lokasi di Shah
Alam)
e. RM25 : Petronas Sri Andalas (berhadapan dengan Hospital
Tengku Ampuan Rahimah, bersebelahan Masjid Sri Andalas)
f. PERCUMA : Pasaraya NSK Sentosa / Sentosa Specialist
Hospital (sebab kami menginap di kawasan berhampiran)
Bagi urusan penyerahan pemilikan, sila telefon/WhatsApp :
019-570 9334
Kuantiti item yang dibawa adalah berdasarkan tempahan anda. Tiada
lebih, tiada kurang.
Kami hanya bertindak sebagai pemudahcara pemilikan Pokok
Kurma pelbagai pilihan spesis kepada anda. Juga supplimen BIO-ORGANIK yang
bertindak sebagai tonik dan antibiotik tanaman anda. Selamat bertemu kelak.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Moh bersiap mengembara bermusafir. :-)
Tuesday, December 23, 2014
Nilaitambah Pokok Berpasu
Dalam dunia global kini, tiada lagi cetusan baru, hanya inovasi kepada platform yang sedia ada samada bidang rekacipta, akademik, perniagaan mahupun kajian saintifik dalam setiap perincian kehidupan dan item kebendaan yang lain.
Pada kesempatan ini, suka kami paparkan satu inovasi yang tersangatlah biasa, hanya untuk pengetahuan asas kepada yang baru tahu dan menjadi sumber rujukan lapuk kepada yang pakar.
Tambahnilai paras rupa pokok dalam pasu anda mengikut citarasa dan tema tertentu samada untuk koleksi hiasan peribadi mahupun dijadikan cenderahati atau hadiah kepada individu yang dirai. Inilah tajuk paparan yang kami maksudkan.
Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan juga mudah didapati, memang sedia ada di rumah bagi majoriti anda :
1. Pokok dalam pasu
2. Kain (ikut kegemaran anda atau mengikut tema majlis tentang jenis dan corak serta gabungan warna kain pilihan)
3. Gunting
4. Gam lilin (pistol)
5. Renda hiasan
6. Gelang getah (untuk ikatan sementara sebelum gam)
Proses kerjanya begini :
1. Bersihkan pasu dengan teliti daripada habuk dan kotoran tanah.
2. Baluti pasu dengan kain yang telah digunting. Corakkan balutan tersebut mengikut kreativit anda. Gamkan pada badan pasu setelah memuktamadkan cara balutan.
3. Gamkan pula hiasan renda di sekeliling bibir pasu.
Sudah siap..! Jika anda mahu 'touch up' dengan hiasan mahupun item lain, boleh juga dizahirkan. Pasu contoh paparan kami yang berpohonkan Bonsai Tamar ini ringkas sahaja, kerana bertemakan korporat, cenderahati tempahan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat YAB Menteri pada minggu lepas.
Peringatan kepada anda :
1. Berhati-hati tatkala menggunakan gam lilin berkenaan. Ianya sangat panas. Lecuran kekal jika terkena tubuh.
2. Jangan disiram pokok berkenaan seperti lazim siraman harian kita. Ianya bakal mengotorkan balutan kain dengan kesan basahan tanah. Cukup sekadar sembur dengan air atau supplimen BIO ORGANIK melalui botol semburan pada bahagian rimbun/perdunya. Basahkan juga sedikit tanahnya dengan semburan tersebut, sebaik-baiknya 3 kali sehari.
Moga paparan kerdil ini dapat membantu serba sedikit dalam refleksi minda anda samada menjadi pemudahcara supaya anda lebih berinovasi atas apa yang anda sedang laksanakan sekarang mahupun sebagai info serta input santai tambahan kepada masa lapang anda.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Cenderahati Bonsai Tamar oleh SSM buat YAB Menteri ada di pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/bonsai-tamar-buwek-yab-montori.html

Singgah Diskusi di Jawi
17 Disember 2014 - Selepas membantu Tuan Mohd Noor dalam pemilikan Pepohon Tamar di Padang Serai, kami singgah ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi. Kedatangan kali ini turut disertai Abah, anak-anak dan adik bongsu kami.
Sekali lagi kami disambut dengan layanan 'Supreme VIP' oleh Pengarahnya, Puan Norhuda Binti Abd. Razak (berbaju kurung), sama seperti lawatan pertama sebelum ini. Menaiki kenderaan khas pelawat, kami dibawa meninjau mengelilingi perlanskapan di tanah seluas kira-kira 80 ekar ILKM Jawi.
Kunjungan kami kali ini turut membincangkan tentang tautan kerjasama terbaru pada Januari 2015 bersama ILKM Jawi. Juga menunaikan hajat Puan Norhuda dan seorang warga kerja ILKM Jawi dalam pemilikan 2 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Shafawi, 1 Pokok Kurma Safia dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.
Terima kasih sekali lagi Puan Norhuda dan keseluruhan tenaga kerja ILKM Jawi. Insha Allah, bersua lagi kita Januari depan.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Pautan berikut merupakan detik kunjungan pertama kami di ILKM Jawi - http://
Klasik 3 Beranak
17 Disember 2014 - Selepas bermusafir ke Kuala Pilah pada 12-14 Disember lepas, permusafiran kami bersambung pula ke Padang Serai, Kedah.
Kali ini membantu Tuan Mohd Noor (tengah) bersama anak sulung beliau, Mohd Azlan (kanan) dan anak kedua, Mohd Asrol (kiri) mencipta sejarah sebagai individu pertama melestarikan penanaman Pokok Kurma di bumi Kampung Teluk Sira dengan pemilikan 1 Pokok Kurma Madu dan 1 Pokok Kurma Shafawi.
Sepanjang perjalanan dari susur keluar Sungai Dua hingga ke Padang Serai, kami 'ditemani' sawah bendang yang luas terbentang dan kehijauan ladang sawit yang tersusun molek. Hanya di rumah Tuan Mohd Noor sahaja buat masa ini, anda berpeluang cuci mata melihat Pepohon Tamar.
Tahniah Tuan Mohd Noor, atas terciptanya sejarah klasik sebagai individu pertama memiliki Pepohon Tamar di Kampung Teluk Sira. Manakala kedua-dua anak beliau pula merupakan pengumpul koleksi motorsikal klasik.

http:// syfultamar.blogspot.com/
ST : Kami turut dijamu makan tengahari dan laksa Kedah, dihadiahkan sebiji durian belanda bersaiz besar serta diberi peluang 'test power' dan bergambar dengan deretan koleksi motorsikal klasik yang ada. Terima kasih bebanyak naaa...

Ngam-Ngam Satu
12 Disember 2014 - Sejurus selesai menyerahkan Pepohon Tamar kepada 43 keluarga angkat di Kg Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah sempena program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" tempoh hari, 1 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK sempat dimiliki oleh Puan Norhasimah Mahmud.
Memang rezeki wanita yang berasal dari Pahang ini dan anaknya, kerana kami hanya bawa lebih satu sahaja bagi kedua-dua item tersebut. Selebihnya 57 Pokok Kurma Madu dan 3 botol 500ml Supplimen BIO ORGANIK adalah tempahan milik SSM.
Walaupun ada lagi 7 individu lain yang berkeinginan memiliki Pokok Kurma dan supplimen berkenaan, tidak terdaya kami penuhi kerana Puan Norhasimah adalah orang yang paling awal menyatakan hasrat pemilikan.
Memang rezeki wanita yang berasal dari Pahang ini dan anaknya, kerana kami hanya bawa lebih satu sahaja bagi kedua-dua item tersebut. Selebihnya 57 Pokok Kurma Madu dan 3 botol 500ml Supplimen BIO ORGANIK adalah tempahan milik SSM.
Walaupun ada lagi 7 individu lain yang berkeinginan memiliki Pokok Kurma dan supplimen berkenaan, tidak terdaya kami penuhi kerana Puan Norhasimah adalah orang yang paling awal menyatakan hasrat pemilikan.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http:// syfultamar.blogspot.com/
ST : Terima kasih dan tahniah Puan Norhasimah sekeluarga.
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Terima kasih dan tahniah Puan Norhasimah sekeluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)