Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, January 7, 2015

'Make Over' Sahabat Lama

5 Januari 2015 - Melaksanakan tanggungjawab kami di Masjid Al-Ghufraniah, Sungai Siput (U). Menyelenggara dan merawat para 'sahabat lama' yakni 4 Pokok Kurma Ajwah yang menjadi simbolik penanaman sempena perasmian masjid oleh Sultan, Raja Muda, Raja Dihilir dan Menteri Besar.

Tugas kami di sini bermula dengan menyukat tahap kesuburan pokok melalui pemeriksaan serangan serangga dan jangkitan penyakit atau kulat.






Kemudian merumput sehingga licin pada tanah dan 'make over' dengan cara mencantas dahan pelepah yang rosak atau telah layu. Akhir sekali disembur dengan 'rakan akrab' Pokok Kurma, iaitu Supplimen BIO ORGANIK yang berasaskan 5 nutrien sunnah.







Syukur, walaupun telah setengah tahun berlalu, semua masih sihat dan segar bugar belaka. Tiada penyakit, tiada serangan serangga. Terpelihara. Tumbesaran pun semakin melentik.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi menjenguk info simbolik penanaman tersebut, sila klik pautan phttp://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pokok-kurma-sultan.html

Trio Kurma Azhan

4 Januari 2015 - Cukup puas luangan masa lewat pagi hujung minggu di kebun Tuan Mohd Azhan Bin Md Zain di Ampang, Ipoh. Pelbagai pokok buah dan ulaman tumbuh dan hidup subur di situ.

Kedatangan kami sebenarnya adalah meninjau 3 Pokok Kurma beliau. Beliau perlukan pandangan dan konsultansi kami terhadap trio Pokok Kurma beliau itu.

Apa yang kami perhatikan, Pokok Kurma yang paling tua, sedikit senget pembesarannya akibat bernaung di bawah perdu pokok nangka. Berlakunya senget adalah disebabkan pembesaran terhalang dek dahan nangka yang berada pada laluan pertumbuhan pelepahnya.




Pokok kedua tiada masalah. Cuma memang jelas sama seperti Pokok Kurma pertama, langsung tiada sentuhan penyelenggaraan.




Pokok Kurma ketiga juga sama, cuma apa yang membezakannya daripada kedua-dua Pokok Kurma senior di situ adalah, Pokok Kurma junior ini dikurniakan 2 anak pokok yang tumbuh dari celahan batangnya di tanah. Inilah perbezaan yang sangat mengujakan. Sebabnya dah sah Pokok Kurma tersebut adalah betina..! 


Setelah memberi pencerahan tentang pelbagai isu kesuburan Pepohon Tamar beliau dan memberi khidmat nasihat serta solusi, beliau bersetuju gunapakai khidmat dan kepakaran kami untuk menyelenggara Pepohon Tamar itu. Perlaksanaannya bakal dibuat pada pagi 14 Januari 2015.

Sebelum berangkat pulang, kami dihadiahi beliau membawa pulang hasil kebun yang ada di situ. Syukur, pemagnetan rezeki tengahari. 





Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami nukilkan info jantina Pokok Kurma dan kelebihan bagi setiap jantinanya pada pautan berikut - http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Rangkuman KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun

KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun disahut oleh 5 individu yang prihatin terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. Info berkenaan KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun ada pada pautan berikut - http://syfultamar.blogspot.com/2014/12/kembara-musafir-akhir-tahun.html

Senarai pemilikan Pokok Kurma dan Supplimen BIO ORGANIK bagi KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun adalah :

1. Tuan Zul, 24 Disember 2014
Sedang bersiap siaga berkembara musafir, kami diziarahi oleh Tuan Zul dari Sayong, Kuala Kangsar. Mujur kami masih belum bertolak dari Nerseri Mini Pokok Kurma. Beliau membawa pulang 5 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen BIO ORGANIK.

2. Tuan Azizi, 28 Disember 2014
Jejaka berbaju biru dari Dengkil ini mendatangi kami di Setapak. Membawa pulang 1 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen BIO ORGANIK.


3. Cik Tinie, 29 Disember 2014
Kami hantar 2 Pokok Kurma Madu terus ke lokasi kerja beliau di KL Sentral. Namun tak sempat bertemu, hanya tinggalkan di kaunter khidmat pelanggan untuk bergegas ke temu janji penting kami seperti pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/garapan-petang.html

4. Acik, 3 Januari 2015
Ini adalah pertemuan kali kedua dengan Puan Wakiman Junaidah atau lebih mesra disapa Acik. Acik memiliki 500 ml Supplimen BIO ORGANIK di susur keluar Rawang, ketika kami dalam perjalanan pulang ke Ipoh. Pertemuan pertama kami dengan Acik sebelum ini ada pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/07/rangkuman-kembara-raya-ipoh-klang.html


5. Puan Salmahrita, 3 Januari 2015
Datang bersama suami, Tuan Syahid di susur keluar Behrang. Pasangan suami isteri ini memiliki 1 Pokok Kurma Ajwah, 2 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen BIO ORGANIK.


Kami berasa sangat bersyukur dan berpuas hati menjadi pemudahcara kepada pemilikan kelima-lima individu terbabit dalam KEMBARA MUSAFIR terakhir bagi tahun 2014. Terima kasih dan tahniah kepada sekalian pemilik.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul 1436 H. 

Friday, January 2, 2015

Rangkuman 2014

Sama seperti individu dan empayar perniagaan lain, sepanjang 2014, kami juga tidak terkecuali diulit suka dan duka dalam setiap aspek kehidupan serta perkhidmatan.

Penghargaan tertinggi yang kami peroleh pada tahun 2014 adalah Pokok Kurma Ajwah bekalan kami menjadi simbolik penanaman oleh Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sempena perasmian Masjid A-Ghufraniah di Sungai Siput (U). Ianya ada di pautan berikuthttp://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pokok-kurma-sultan.html


Pencapaian tertinggi kami pada 2014 pula adalah melestarikan perlanskapan Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi dengan 220 Pokok Kurma Madu dan 30 Pokok Kurma Ajwah.Info lanjut ada di pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/2014/12/udoh-siyap.html


Sepanjang 2014 juga, kami menjadi pemudahcara kepada pemilikan kepada ramai pemilik Pokok Kurma di seluruh Semenanjung. Setiap negeri di Semenanjung ada wakil pemilikan. Ada yang datang dari jauh ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di Lahat, Ipoh. Ada juga pemilikan melalui penghantaran ke lokasi pemilik.


Namun sedikit terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan daripada Acheh dan Borneo termasuk Sabah, Sarawak serta Brunei. Perkara ini boleh dianggap kekhilafan kami sendiri kerana ceteknya ilmu dalam pembekalan ke lokasi-lokasi tersebut. Kami akan perbaiki dan menambah info serta input perihal tersebut dengan menjalinkan hubungan akrab dengan agensi-agensi yang berkaitan dan juga dengan individu-individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Tahun 2014 juga menyaksikan kami mendapat tempat 'di hati' media. 2 liputan televisyen, 1 wawancara stesen radio dan 8 artikel akhbar. Terima kasih tidak terhingga atas keperihatinan media terhadap kepakaran dan perkhidmatan kami. Paparan sentuhan media-media tersebut boleh ditinjau pada pautan berikuthttp://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html


Dalam suka, ada juga ujian-Nya. Ujian yang paling menonjol adalah bertemakan 'Bulan Tanpa Pemilikan' iaitu pada bulan November.  Tiada langsung stok Pokok Kurma mahupun Supplimen BIO-ORGANIK beralih tangan kepada pemilik dan pelanggan pada November. Namun, syukur kami tidak terkesan dengan sekelumit ujian-Nya itu. Dia-lah jua yang mengurniakan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi pelbagai situasi. 

Sempena 2015 yang muncul semalam, kami berdoa, agar kita semua terutamanya umat Muhammad SAW, memagneti segala nikmat Kesihatan, Kebijaksanaan, Kekayaan dan Kejayaan yang melimpah ruah sepanjang 2015 ini. Yakin, Percaya, Gigih, Doa dan Tawakkal, Insha-Allah melekat-lekat pemagnetan itu. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kita Sihat, Bijak, Kaya dan Berjaya. 

Wednesday, December 31, 2014

Pohon Tin JB Berbuah


Post yang dinukilkan oleh Puan Hajjah Tinah Saclan pada pertengahan Disember 2014, berkongsi rasa syukur dan gembira atas berbuahnya Pohon Tin milik beliau.

Apa kaitannya dengan kami..? 

Kami hanya menjadi pemudahcara pemilikan Pohon Tin beliau bersama suami, Tuan Haji Mazlan Bin Noordin, ketika membuat penghantaran pemilikan Pokok Kurma Ajwah, Pokok Kurma Madu dan Supplimen BIO-ORGANIK kepada pasangan suami isteri ini.

Pohon tin tersebut dibekalkan oleh salah seorang daripada jemaah niaga kami, Tuan Mustafa Kamal Mat Isa dari Seri Kinta, Ipoh. Beliau boleh terus dihubungi di talian 019-5498638. Insha Allah beliau tidak lokek berkongsi info tentang Pohon Tin.

Tahniah Puan Hajjah Tinah dan Tuan Haji Mazlan sekeluarga. Pokok Kurma subur ada, Pohon Tin berbuah pun turut ada. Bolehlah diikhtiarkan pemilikan Pokok Zaitun dan Delima pula selepas ini. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Peristiwa pemilikan Puan Hajjah Tinah dan Tuan Haji Mazlan berada pada pautan berikut - http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/rangkuman-kembara-musafir-ipoh-jb-ipoh.html

Antara Tunai dan Lambai

Di Shah Alam ini :

Jika bawa barang ke Cash Converter di Seksyen 9, dapat tunai. Boleh guna atau simpan atau derma.


Jika bawa barang ke Richwell di Seksyen 13, dapat lambai. Iringi penghantaran kepada mangsa bencana.


Kedua-dua situasi di 2 lokasi di Shah Alam itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan individu lain samada yang dekat mahupun jauh.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pokok Kurma merupakan item yang tidak praktikal untuk diaplikasikan kepada 2 situasi di 2 lokasi tersebut.

Garapan Petang


29 Disember 2014 - Selesai sahaja penyerahan pemilikan 2 Pokok Kurma Madu kepada Cik Tinie di Ibu Pejabat SSM, kami bergegas pula ke NU Sentral untuk temu sua dengan penulis skrip, Puan Julie Jamaluddin yang hadir bersama suami.

Pelbagai informasi dan cerita pengalaman saling kami tukar kongsi dalam diskusi hampir 2 jam pada petang semalam.

Beliau bantu kami sepenuhnya mengenali lanjut selok belok kewartawanan dan penggambaran televisyen, kami pula bantu dengan serba sedikit input bagi melengkapkan garapan naskah beliau yang terbaru.

Saling berkongsi manfaat. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami berlakon..? Heshh.. idok. Kalo kami berlakon, nampok beno berlakonnye.