KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun disahut oleh 5 individu yang prihatin terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. Info berkenaan KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun ada pada pautan berikut - http://syfultamar.blogspot.com/2014/12/kembara-musafir-akhir-tahun.html
Senarai pemilikan Pokok Kurma dan Supplimen BIO ORGANIK bagi KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun adalah :
1. Tuan Zul, 24 Disember 2014
Sedang bersiap siaga berkembara musafir, kami diziarahi oleh Tuan Zul dari Sayong, Kuala Kangsar. Mujur kami masih belum bertolak dari Nerseri Mini Pokok Kurma. Beliau membawa pulang 5 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen BIO ORGANIK.
2. Tuan Azizi, 28 Disember 2014
Jejaka berbaju biru dari Dengkil ini mendatangi kami di Setapak. Membawa pulang 1 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen BIO ORGANIK.

3. Cik Tinie, 29 Disember 2014
Kami hantar 2 Pokok Kurma Madu terus ke lokasi kerja beliau di KL Sentral. Namun tak sempat bertemu, hanya tinggalkan di kaunter khidmat pelanggan untuk bergegas ke temu janji penting kami seperti pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/garapan-petang.html
4. Acik, 3 Januari 2015
Ini adalah pertemuan kali kedua dengan Puan Wakiman Junaidah atau lebih mesra disapa Acik. Acik memiliki 500 ml Supplimen BIO ORGANIK di susur keluar Rawang, ketika kami dalam perjalanan pulang ke Ipoh. Pertemuan pertama kami dengan Acik sebelum ini ada pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/07/rangkuman-kembara-raya-ipoh-klang.html
5. Puan Salmahrita, 3 Januari 2015
Datang bersama suami, Tuan Syahid di susur keluar Behrang. Pasangan suami isteri ini memiliki 1 Pokok Kurma Ajwah, 2 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen BIO ORGANIK.
Kami berasa sangat bersyukur dan berpuas hati menjadi pemudahcara kepada pemilikan kelima-lima individu terbabit dalam KEMBARA MUSAFIR terakhir bagi tahun 2014. Terima kasih dan tahniah kepada sekalian pemilik.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul 1436 H.
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul 1436 H.
No comments:
Post a Comment