Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, January 23, 2015

Kurma Simbolik ke Melaka

20 Januari 2014 - Sua temu delegasi Jabatan Pertanian Melaka, yang diketuai oleh Pengarahnya sendiri, Tuan Rusdan Bin Abdul Talib (baju T kolar biru) di Jalan Pasir Puteh Pengkalan, Ipoh. Siapa sangka, 'big boss'nya pun turut serta dalam delegasi seramai 4 orang ini.


Tuan Rusdan yang 'low profile' ini, mengingatkan kami kepada Pengarah Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi, Puan Norhuda Binti Abdul Razak. Persamaan yang sangat ketara kedua-dua Pengarah ini adalah dari sudut kerendahan hati. smile emoticon


7 Pokok Kurma Simbolik Penanaman PAKEJ DINAR (wakaf kepada masjid), 1 pasu Bonsai Tamar + 500ml Supplimen BIO ORGANIK (cenderahati VIP) dan 5 Pokok Kurma Madu + 4 botol Supplimen BIO ORGANIK (pemilikan individu delegasi). Inilah senarai pemilikan delegasi Jabatan Pertanian Melaka.


Delegasi ini menggalas tanggungjawab besar, bagi misi membawa pulang senarai item pemilikan tersebut bagi program perasmian masjid baru di Melaka pada Jumaat ini. Programnya bakal berlangsung sejurus selesai solat Jumaat.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukur, kami diizinkan oleh Dia, menjadi pemudahcara pemilikan tersebut. Insha Allah program perasmian itu bakal berjalan lancar dengan kurniaan rahmat dan berkat daripada-Nya. smile emoticon

No comments: