Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, January 23, 2015

Pelepah Kurma


Inilah pelepah Kurma. Yang kecil-kecil di sebelah kiri merupakan cantasan pelepah anak Pokok Kurma di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Manakala 2 pelepah dewasa itu adalah cantasan daripada salah satu Pokok Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah (sebelah hospital), Ipoh. Dihadiahkan oleh Imam Besar, Ustaz Syed Muzaffar ketika penggambaran Agro Jurnal RTM pada 14 Januari 2015 tentang Pepohon Ajwah yang berbuah di masjid tersebut.

Samada pelepah kecil mahupun dewasa, kedua-duanya mampu bermanfaat sebagai alat siwak. Cuma pelepah dewasa punyai nilai tambah lain iaitu berupaya menjadi pemberat. Setidak-tidaknya menjadi pemberat kertas agar tidak melayang ketika angin bertiup.

Pelepah Kurma punyai ketumpatan serat yang lebih daripada pelepah sawit dan kelapa. Sebab itulah ia berkeupayaan menjadi pemberat berbanding pelepah 2 tanaman terbabit.

Selain daripada itu, sejarah menyaksikan bahawa pelepah Kurma menjadi salah satu item catitan yang sangat popular dalam penulisan ayat-ayat suci Al-Quran pada zaman Nabi kita, Rasulullah SAW. Dicatit dan ditulis pada pelepah kurma oleh para sahabat.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Fakta tentang pelepah Kurma menjadi alat siwak, ada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/09/siwak-pelepah-tamar.html

No comments: