Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, January 23, 2015

Kurma Simbolik yang Berbaki


Pokok Kurma khusus untuk simbolik penanaman samada sempena majlis perasmian mahupun majlis keraian, sangat terhad dalam simpanan.

Bagaimana paras Pokok Kurma simbolik penanaman? Berketinggian 15 inci ke atas, dedaun pelepahnya sudah pecah cabang, kelihatan 'tegap dan segak' di pandang, umpama Pokok Kurma dewasa.

Esok, lagi 7 Pokok Kurma simbolik penanaman bakal mengosongkan ruang penempatan Nerseri Mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Destinasi baru Pepohon Tamar tersebut adalah Melaka. Ianya bagi menyempurnakan sebuah majlis perasmian yang direncanakan oleh pihak berkaitan dengan sedikit perkongsian dan khidmat nasihat kami tentang modus operandi penanaman yang bakal dilaksanakan.

Pihak mana yang merencana? Majlis perasmian apa? Siapa tetamu kehormatnya? Bila? Esoklah kami kongsikan, selepas bergambar semasa penyerahan Pepohon Tamar tersebut di Ipoh.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Melaka adalah negeri kelahiran Tuan Rasidi Abu Hassan. Apa khabarlah gamaknya Bonsai Tamar beliau ya..? smile emoticon

No comments: