Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, January 23, 2015

Nampok Beno Belakonnye..


12 Januari 2015 - Siap sudah didekorasikan salah satu lokasi 'mock up' bagi penggambaran esok. Modus operandi impak daripada lawatan oleh penerbit Agro Jurnal, Puan Aida bersama krew RTM yang lain pada petang tadi.

Taklimat daripada Puan Aida, bukan sahaja penggambaran 'mock up' rutin kerja kami di Nerseri Mini Pokok Kurma, malah esok kami juga perlu buat lakonan semula daripada beberapa babak 'story telling' penglibatan awal kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma.

Aduyai.. Kena juga berlakon rupanya. Sisi yang sangat berbeza daripada bidang 'perchangkholan' kami selaku Hang Kebun selama ini.



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Lakonan yang nampok beno berlakonnye esok.. tongue emoticon

No comments: