Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, June 30, 2014

Pemilikan oleh Tuan Sallehudin Kassim


28 Jun 2014 - Tuan Sallehudin Kassim, anak jati Kelate yang kini bermastautin di Lenggong. Beliau merupakan individu kedua terakhir yang memiliki POKOK KURMA 'Made In Malaysia', sebelum Syaaban diganti Ramadhan 1435 H.


Pertemuan pertama sebelum ini di Kuala Kangsar, kami berkenalan dan saling berkongsi info serta pandangan tentang bidang 'Hang Changkhol'. Pertemuan kedua kali ini pula di Taman Bukit Senyum, Lenggong menjodohkan Tuan Sallehudin dengan 2 pohon tamar Ajwah yang mahu ditanam di dalam pasu dan 2 liter supplimen BIO-ORGANIK untuk kegunaan 2 pohon Ajwah tersebut.

Setahun dua lagi beliau akan pulang ke Kelate. Beliau mahu bawa bersama segerombolan spesis-spesis tamar yang lain bagi menempatkan pepohon tamar itu di tanah beliau di negeri Serambi Mekah kelak. Insha Allah, dipermudahkan segala urusan baik-baik Tuan.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Siapakah individu terakhir dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sebelum memasuki Ramadhan 1435 H..? 

Rangkuman KEMBARA MUSAFIR IPOH - JB - IPOH

23 Jun 2014
9.40 malam - Mula bertolak dari Ipoh.

24 Jun 2014
1.30 pagi - Tiba di R&R Seremban. Rehat dan tidur.
7.15 pagi - Mula bertolak ke JB.
11.30 pagi - Tiba di lokasi pertama, Jalan Indah 29/1, Bukit Indah. Kediaman Tuan Haji Mazlan Bin Haji Noordin. Beliau merupakan delegasi 'Seadrill Deepwater', berkarier di Singapura. Menyambut kedatangan kami bersama isteri, Puan Hajjah Tinah Saclan, empunya empayar Hajjah Tinah Saclan Trading, pengedar terbesar air zam-zam di Johor dan Singapura.

Kerja-kerja penandaan dilaksanakan terlebih dahulu bagi mendapat ukuran tepat lokasi penanaman

Perlaksanaan SOP penanaman

1.15 petang - Selesai sudah penanaman, selesai juga pelbagai perkongsian info, bersambung pula sesi bersuai kenal beramah mesra ke pertemuan akan datang. Tahniah dan terima kasih Tuan Haji Mazlan dan Puan Hajjah Tinah atas pemilikan 2 pohon tamar (Ajwah dan Madu) PAKEJ DIRHAM serta 500ml supplimen BIO-ORGANIK.


1.30 petang - Tiba di lokasi kedua, Jalan Indah 7/9, Bukit Indah. Kali ini kediaman Tuan Jufri Jermaain. Terlaksananya rundingan pemilikan PAKEJ PERAK bagi 6 pohon tamar Mariami, 2 pohon tamar Ajwah dan 1 pohon tamar Shafawi serta 2 liter supplimen BIO-ORGANIK. Kami kongsikan juga teknik dan SOP penanaman yang bakal dilaksanakan bersama bapa beliau.

Bergambar kenangan di perkarangan kediaman Tuan Jufri Jermaain

1.50 petang - Bertolak pulang.
8.15 malam - Tiba di Ipoh. Syukur.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Musafir yang menjadi pemudahcara pemilikan pepohon tamar.  :-)

Sunday, June 29, 2014

Pokok Kurma KOSMO Ahad

Bacaan Santai Hari Ini 
Akhbar : KOSMO! AHAD
Sisipan : JURNAL Impresi Kehidupan
Mukasurat : 11-13
Tajuk : Kurma Tanah Malaysia






Moh tambah pengetahuan kita tentang tanaman yang menjadi ikon Tanah Arab dan Timur Tengah ini, iaitu Pepohon Tamar atau Pokok Kurma. 
Syukur, ini adalah kali kedua kami mendapat liputan oleh pihak akhbar. 
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Malam esok, berkongsi liputan dalam MAJALAH 3 pula. Tapi, waktu tayangannya semasa terawih. Takpe, tonton.com.my kan ada.. 

Friday, June 27, 2014

Pohon Tamar 'Mambra'

27 Jun 2014 - Menghampiri susur keluar pintu utama JPJ selepas selesai beberapa urusan, terpandang kami akan estetika seni lanskap di situ. Dan.. eh eh.. Pohon Tamar pun ada..! 

Namun, apa yang menakjubkan, walaupun pohon tamar berkenaan berimej 'Mambra', ianya sudah berbuah..! 

Buahnya bersaiz kecil, seperti pembuahan di Masjid Muhibbuddin Shah (Masjid Hospital), Ipoh.
Menyentuh tentang buah tamar nan kecil berkenaan, anda boleh ke pautan blog kami, klik pada menu TIP DAN INFO, singgah di tajuk 2. POKOK JANTAN DAN BETINA. Pencerahan jitu kami paparkan buat anda.
Apa-apa pun, tahniah JPJ Ipoh. Cuma perlu dilaksanakan 'make over' seperti juga yang dititipkan pada menu TIP DAN INFO tersebut.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Musim tamar berbuah gamaknya kan sekarang ni. 

Thursday, June 26, 2014

KOSMO dan SYFUL TAMAR


Syukur, selesai sudah sebentar tadi, sesi perkongsian info bersama wartawan KOSMO, Cik Nor Idayu Bosro.
Artikel dipaparkan pada Ahad ini, 29 Jun 2014 di KOSMO AHAD. Moga ianya mendatangkan manfaat. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih Cik Idayu, terima kasih KOSMO. 

Monday, June 23, 2014

Kembara Musafir Ipoh - JB - Ipoh


KEMBARA MUSAFIR ke JDT sebelum ini berjaya disudahkan dengan izin-Nya. Pautan berikut adalah edisi pertama KEMBARA MUSAFIR sebelum ini : http://syfultamar.blogspot.com/2014/04/misi-ipoh-bukit-kepong-jb-puchong-ipoh.html

Lokasi edisi kedua KEMBARA MUSAFIR ke JDT kali ini adalah Bukit Indah, Nusajaya, JB. Pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' oleh dua individu di sana.

Sekiranya anda juga berhajat memilik Pepohon Tamar, berada pada laluan atau susur keluar PLUS Ipoh - JB, maklumkan kepada kami selewat-lewatnya pada 23 Jun 2014. Sebaik-baiknya sebelum Maghrib sebab dijangkakan kami akan bertolak selepas Isya'. 24 Jun 2014 berada di JB sudah kelak.

Seperti KEMBARA MUSAFIR sebelum ini, kami sekali lagi mohon jasa baik sekalian anda agar didoakan keselamatan dan kesejahteraan perjalanan pergi dan pulang kami. Insha Allah dipermudahkan segala urusan baik-baik kita.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Boleh terus hubungi WhatsApp 019-5709334 untuk sebarang pertanyaan dan perkongsian info tentang Pepohon Tamar.  :-)

Sunday, June 22, 2014

Kembara Pulang ke Klang


20 Jun 2014 - Lepas Asar, bertolak pulang ke Klang, rumah Mertua. Turut serta dalam perjalanan itu, 5 Pohon Tamar PAKEJ PERAK yang bakal bertukar tangan.

1 Pohon Ajwah, 1 Pohon Mariami dan 1 Pohon Madu adalah milik Tuan Nor Azam dari Sungai Buloh. Kami akan singgah di susur keluar Sungai Buloh, bertemu beliau bagi pemilikan 3 pohon tamar tersebut.

2 Pohon Mariami yang berbaki pula adalah milik Puan Lili dari Prescint 9, Putrajaya. Penyerahan pemilikan pada esok hari oleh kenalan di Klang yang akan bawa pulang ke Putrajaya.

Orang berhajat, kami tunaikan terdaya mampu.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Isnin - Selasa pula Kembara Musafir ke JB. Tunaikan hajat orang lagi. Anda berada di laluan Ipoh - JB..? Mahu juga hajat dipenuhi..?   :-)




Selesai sudah pemilikan 3 Pepohon Tamar oleh Tuan Nor Azzam di Sungai Buloh. Perjumpaan singkat di stesyen minyak Caltex sebentar tadi bukan setakat urusan transaksi jual beli sahaja berlaku, malah ikatan ukhuwwah turut bertaut.

Ni yang 'best' jadi pembekal POKOK KURMA 'Made In Malaysia' merangkap musafir ke Klang. Rezeki kewangan dikecap, rezeki silaturrahim pun didakap.

Sampai sudah malam tersebut ke Klang. Kini ini malam di Ipoh sudah pulang.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi anda yang PM dan komen pertanyaan, kami akan respon balas secepat mungkin ya.  :-)

Thursday, June 19, 2014

Pemilikan Tuan Faizal

Sebentar tadi, dikunjungi oleh Tuan Muhammad Faizal Saman. Membawa pesan saudara beliau di kampung, agar memliki 2 pohon tamar untuk di bawa balik ke Pedu, Kedah.


Terima kasih Tuan Faizal kerna sanggup berpanasan dan menekuni jejak lokasi kami. Juga tahniah, anda kini tersenarai sebagai antara pemilik POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Inilah pautan senarai pemilikan -http://syfultamar.blogspot.com/p/senarai-pre-order-penerima-anak-pokok.html

888 to be 1k..?


Like

888, jumlah 'fans' yang LIKE page 'Hang Changkhol' ini, pada hari ini, 21 Syaaban 1435 H, setakat jam 12.15 tengahari tadi.

Mampukah gamaknya mencecah 1,000 'fans' yang LIKE sempena Ramadhan yang kian hampiri..?

Syful Tamar (ST)
FB Page : POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : 

Wednesday, June 18, 2014

Kunjungan Delegasi UPM


18 Jun 2014 - Felo Penyelidik Utama Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dato' Nik Dr. Nik Muhamad Majid dan jemaah penyelidikan beliau, Tuan Mohd Zahir Bin Abdul Hamid mengunjungi nerseri mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh.


Kedua-dua mereka berada di Universiti teknologi Petronas (UTP) sejak semalam atas urusan kerja, singgah ziarah selama kira-kira 40 minit sebelum meneruskan perjalan pulang ke Lembah Klang.

Ada beberapa cadangan kerjasama mahu bertautan. Tiada kata putus, hanya perancangan. Insha Allah, dipermudahkan segala urusan baik-baik kita. :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Macam tak sangka kan, POKOK KURMA 'Made In Malaysia' menarik perhatian UPM. Syukur. :-)

"..Sesubur Bumi Madinah.."

16 Jun 2013 - Lengkap sudah apitan pintu gerbang Kolej Vokasional Leboh Cator (KVLC) dengan Pepohon Ajwah. Kali ini di bahagian kanan pintu gerbang, diwakafkan oleh komuniti KVLC sendiri. 

Ini pautan kupasan penanaman di KVLC sebelum ini :http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/pewakafan-di-kvlc.html

Penanaman disempurnakan oleh Ketua Pembantu Tadbir KVLC, Tuan Saedon. Harapan Tuan Saedon moga pohon tamar ini mengeluarkan hasil sebelum persaraan beliau kelak. 

Apa yang menarik perhatian kami adalah doa beliau selepas selesai penanaman. Begini doa penuh pengharapan tersebut :

"Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Kau jadikan tanah kami yang ditanam dengan pepohon tamar ini sesubur bumi Madinah yang penuh barakah. Moga membuahkan hasil kelak."

Wow.. Tuan Saedon faham akan konsep yang pernah dimaklumi mentor kami, "Alang-alang berdoa minta pada yang Maha Kuasa Memberi, mintalah perkara yang BESAR-BESAR, yang paling 'best' untuk dunia dan akhirat."

Kami telah 'import' doa tersebut untuk disenarai dan dilaksanakan dalam SOP penanaman tamar oleh kami selepas ini. 


Terima kasih pewakaf yang bermurah hati, 'viral' pahala anda Insha Allah berterusan sehingga kiamat. 

Terima kasih Tuan Saedon atas kerjasama, 'viral' pahala perkongsian doa Tuan yang kami gunapakai itu Insha Allah membantu anda kelak di akhirat. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Moh berwakaf pepohon tamar. 

PeWAKAFan di KVLC

13 Jun 2014 - Kolej Vokasional Lebuh Cator (KLVC), Ipoh menempa sejarah sebagai institusi pengajian pertama menjadi Penerima Manfaat bagi program Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma kelolaan kami. Pohon Ajwah itu adalah sumbangan daripada salahseorang pewakaf SSM Perak.

Possing sebelum penanaman

Kami dibawa oleh Tuan Mohd Shahrir, salah seorang tenaga pengajar di situ untuk berurusan dengan pengurusan tertinggi KVLC. Selepas itu kami disambut mesra dan penuh penghargaan oleh Pengarah KVLC, Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Zakaria dan Timbalannya.

Simbolik persetujuan antara kami dengan Pengarah KVLC, Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Zakaria (tengah) dan Timbalannya, Tuan Haji Mohamad Bin Haji Dahlan.

Peristiwa bersejarah itu menyaksikan Pohon Ajwah berkenaan ditempatkan di bahagian kiri pintu gerbang KVLC. Sedikit gempar juga suasana pada pagi itu kerana keterujaan warga KVLC atas penanaman berkenaan.


Melihat proses penanaman

Penyempurnaan proses penanaman oleh Pengarah dan Timbalannya

Syukur, kami terpilih oleh-Nya menjadi pemudah cara untuk memberi nilai manfaat keterujaan yang menggembirakan kepada KVLC.

Semburan BIO-ORGANIK

Selesai sudah..  

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf dermawan SSM Perak tersebut. Insha Allah 'viral' pahala Puan berpanjangan sehingga hari kiamat kelak. 
KVLC... awesome..!  


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ayuh berwakaf Pohon Tamar. 

Sunday, June 15, 2014

Liputan Majalah 3

Hari Pertama : 11 Jun 2014

4.00 petang - Menjemput krew Majalah 3 yang diketuai oleh wartawan lokasi, Tuan Mazidul Akmal Sidek, dari Hotel Heritage ke lokasi penggambaran, Nerseri Mini Pokok Kurma Syful Tamar di RPT Pengkalan Pegoh Seberang.


5.00 petang - Penggambaran bermula dengan rakaman sekeliling nerseri mini.




6.00 petang - Rakaman temuramah Syful.






6.25 petang - Rakaman temuramah Mustafa.





6. 45 petang - Bersurai.








9.00 malam - Tajaan makan malam oleh SEMPOY CORNER, Manjoi.



Hari Kedua : 12 Jun 2014

9.00 pagi - Rakaman penyiraman.



9.30 pagi - Rakaman penjagaan dan pembajaan.


9.45 pagi - Rakaman temuramah Maznan.



10.00 pagi - Rakaman sekeliling nerseri.




10.30 pagi - Bertolak ke Sungai Siput.

11.00 pagi - Menjemput delegasi IPD PDRM Sg Siput ke lokasi penggambaran kedua yang juga lokasi terakhir di Kompleks Perumahan PDRM Sg Siput.

11.45 pagi - Penggambaran bermula.



12.30 tengahari - Penggambaran berakhir dan bersurai.




Terima kasih daun kurma delegasi Majalah 3 sebab sudi mencari kami bagi berkongsi info kepakaran yang ada.

Terima kasih kepada penjaga nerseri mini kami yang juga merangkap tuan rumah, Puan Rodiah dan Tuan Khairul serta anak-anak atas usaha gigih sepanjang proses penggambaran.

Terima kasih kepada kaum keluarga yang hadir memberi sokongan dan mendapatkan Mazidul untuk bergambar sakan (hadir demi Mazidul rupanya...).

Terima kasih kepada Sempoy Corner yang sudi menaja makan malam kami dengan krew Majalah 3. Menu istimewa pada malam itu adalah Nasi Goreng Sempoy Corner. Memang meriah hidangan tu. Kome mesti cuba mamam kelak..!

Terima kasih IPD Sungai Siput atas kerjasama yang sangat baik menjayakan rakaman pepohon tamar penghias lanskap di Kompleks Perumahan IPD Sg Siput.

Terima kasih juga kepada rakan taulan di laman sosial, pengunjung blog dan para sahabat serta kenalan yang lain atas doa dan sokongan anda selama ini.

Sekalian anda 'awesome'..!  :-)