Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, October 30, 2014

NASIONAL 5 RTM1 : Pokok Kurma ke-99 SMKA Kerian


15 Oktober 2014 - NASIONAL 5 RTM1 memaparkan penanaman Pokok Kurma Madu ke-99 di SMKA Kerian. 99 Pokok Kurma Madu yang ditanam itu adalah simbolik kepada Asma Ul-Husna, dicetuskan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md Radzi Bin Ismail dan Ketua Projek Perlaksanaan Penanaman Kurma, Ustaz Mohd Isa Bin Saud.

Kami disantuni krew RTM Perak pada 14 Oktober Jun 2014 seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/1...

Terima kasih kepada pihak penerbitan RTM; terutamanya wartawan lokasi, Puan Nor Ain Abu Bakar dan jurukamera, Tuan Mazlan atas keperihatinan serta kesudian anda mengupas misi dan visi SMKA Kerian dalam penanaman 99 Pokok Kurma Madu itu. :-)

Selamat menonton. :-)


Syful Tamar (ST)
FB : POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi meninjau liputan media cetak, tv dan radio yang lain, sila klik pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/p/lipu...

Wednesday, October 29, 2014

Majalah 3 : Kurma Malaysia (Petikan Nerseri Mini Pokok Kurma)


30 Jun 2014 - Episod 26 Majalah 3 memaparkan penanaman Pepohon Tamar di Malaysia dan pembekalan buah kurma di negara kita.

Kami disantuni krew Majalah 3 pada 11 dan 12 Jun 2014, terpilih bagi liputan "Kurma Malaysia" (pautan rujukan : http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/liputan-majalah-3.html)

Liputan tersebut telah menyebabkan warga Malaysia mula menyedari dan mengetahui tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian serta Penanaman Pokok Kurma. Ianya juga sangat membantu dalam gerak kerja pemasaran kami dengan membantu ramai rakyat Malaysia dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dan Supplimen BIO ORGANIK khusus untuk tanaman kurma yang berasaskan 5 nutrien sunnah.

Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja Majalah 3; terutamanya penerbit Nurul Fariha Onn, krew liputan yang diketuai Mazidul Akmal Sidek dan pegawai yang berhubung dengan kami yang dikenali sebagai Cik Ija. Hanya Allah yang mampu balas budi kalian, dipermudah akan segala urusan.  :-)

Selamat menonoton.  :-)


Syful Tamar (ST)
FB : POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Bagi meninjau liputan media cetak, tv dan radio yang lain, sila klik pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html

Monday, October 27, 2014

Warga Utara BIJAK BERBICARA


Berbaki satu lagi lokasi, ruang buat kita bertalaqi.
Peluang untuk BIJAK BERBICARA, buat sekalian warga Utara.

Mengikut PERSEPSI kami, perlunya kemampuan berbicara secara formal mahupun santai, yang patut kita kuasai, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan audien dalam aneka situasi.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Kami udoh, di Shah Alam. Lepeh ni kome pulok ye. 

'Shoppingkan' Warga SSM Perak :-)

24 Oktober 2014 - Kunjungan kami ke SSM Perak petang semalam, adalah bagi menyelesaikan beberapa urusan disamping bertanyakan perkhabaran sahabat-sahabat lama di situ.

Sambil saling berkongsi info perkembangan terkini masing-masing, ada beberapa sahabat yang berhajat memiliki beberapa item pemilikan. 

1. Tuan Haji Redzuan Bin Yahya - Supplimen BIO ORGANIK 500 ml


2. Cik Ku Aziruwaida Bin Ku Aziz (kurung biru) - Bonsai Tamar Eksklusif


3. Cik Azwa Bin Haji Hashim (jubah bercorak) - Bonsai Tamar Eksklusif


Tahniah atas pemilikan ketiga-tiga anda atas item pemilikan masing-masing. Terima kasih daun kurma. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami merupakan bekas warga kerja SSM Perak yang telah berkhidmat selama 7 tahun sebelum ini. 

Artikel Pokok Kurma Lumut di SINAR HARIAN


Atas keperihatinan wartawan Puan Siti Safa Mohd Nor, artikel berkenaan perlanskapan Kurma di Lumut pagi semalam, tersiar dalam SINAR HARIAN Edisi Perak pada hari ini.
Terima kasih Puan Siti Safa. Tahniah Tuan Mohamad Sharil Salihan dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) atas peristiwa bersejarah ini, selaku PBT pertama di Perak yang melaksanakan perlanskapan Pepohon Tamar. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Perlestarian perlanskapan Pepohon Tamar di bawah pentadbiran MPM.

Waris-Waris Girang


Wajah-wajah girang selepas selesai perlaksanaan perlanskapan 5 Pokok Kurma Ajwah dan 5 Pokok Kurma Madu di Pusat Informasi Pelancongan, Lumut Waterfront.

Tahniah anak-anak..! 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Waris-waris ST dan UD. 

Perlanskapan Pepohon Tamar MPM : PBT Pertama di Perak

23 Oktober 2014 - Unit Pelancongan MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM) mencipta sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Perak melaksanakan perlanskapan Pokok Kurma.


Peristiwa bersejarah yang berlangsung pagi tadi diilhamkan oleh Penolong Pegawai Pelancongan MPM, Tuan Mohamad Sharil Bin Salihan (baju batik) yang dibantu oleh Penyelia Perlanskapan MPM, Tuan Fadzil (baju biru).


Penanaman 5 Pokok Kurma Ajwah dan 5 Pokok Kurma Madu di sekitar Pusat Informasi Pelancongan berhampiran jeti Lumut Waterfront pada pagi tadi, disantuni oleh wartawan SINAR HARIAN, Puan Siti Safar yang prihatin terhadap perlaksanaan perlanskapan Pepohon Tamar tersebut.




Tahniah MPM, tercatat dalam lipatan sejarah atas inisiatif tersebut. Terima kasih MPM kerana memberi kepercayaan kepada kami sebagai pemudahcara bagi misi berkenaan. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tersiar esok artikel perlanskapan Pokok Kurma MPM di SINAR HARIAN Edisi Perak. 

Sambung Musafir


22 Oktober 2014 - Setelah bermusafir selama beberapa hari di Klang dan Putrajaya, hari ini permusafiran bersambung pula ke Lumut. Hanya sempat 1 malam sahaja kembali bermastautin di Ipoh.

Permusafiran kali ini membawa bersama 5 Pokok Kurma Ajwah, 5 Pokok Kurma Madu dan 5 botol Supplimen BIO ORGANIK dengan isipadu 2 liter bagi setiap botol. Tak ketinggalan juga peralatan-peralatan rutin bagi penanaman Pokok Kurma.

Sempat singgah 'menghadap' Mak kami di Taman Chepor Impian, Chemor sebelum bertolak. Moga dengan restu keramat hidup kami ini, dipermudahkan segala kerja-kerja perlanskapan Pepohon Tamar di Lumut Waterfront esok. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Projek ini adalah inisiatif pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), selaku PBT pertama yang merintis perlanskapan Pepohon Tamar di Perak. Dasat... 

'Sekuel' Liputan SINAR HARIAN


Masya Allah.. SINAR HARIAN Edisi Utara ada terbitkan artikel lagi hari ini. Dah macam sekuel dah kan. 

18 Oktober 2014, mukasurat 47 - Pokok Kurma Tanaman Lanskap Paling Efektif.

Tahniah kepada Tuan Pengetua, Ustaz Md Radzi Ismail dan Ketua Projek, Ustaz Mohd Isa Bin Saud selaku watak utama 'sekuel' ini. Insha Allah perlaksanaan penanaman 99 Pokok Kurma Madu di SMKA Kerian itu sentiasa memagneti nilai estetika Islamik bukan sahaja dalam seni perlanskapan, malah dari sudut psikologi persekitaran sekolah. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dapat perkhabaran ini tatkala baru pulang dari penyertaan sebagai Usahawan booth jualan Seminar Untukmu Wanita di Hotel de Palma, Shah Alam. 

Pemilikan di Seminar Untukmu Wanita


18 Oktober 2014 - Bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, kami berjaya menjadi pemudahcara bagi 4 individu dalam pemilikan Pepohon Tamar dan Supplimen BIO ORGANIK sempena "Seminar Untukmu Wanita : Cantik di Mata, Cantik di Hati".

1. Tuan Haji Amaruddin (bersongkok) dari Seksyen 3, Petaling Jaya memiliki 500ml Supplimen BIO ORGANIK.


2. Tuan Mohd Sardi (baju t merah) dari Shah Alam memiliki 1 Pokok Shafawi dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.


3. Tuan Ishak (baju batik merah) dari Sepang memiliki 500ml Supplimen BIO ORGANIK.


4. Tuan Osman (baju jubah ungu) dari Muar memiliki 1 Pokok Ajwah (Kurma Nabi).


Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan Tuan berempat terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. Insha Allah, kita bertemu lagi. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/ 

Saturday, October 18, 2014

Harian Metro Pun Ada Rupanya... :-)


Harian Metro pun masuk rupanya.. Baru tau jap ni.. Tu pun dimaklumi Abah kami dan Tuan wartawan.. 

17 Oktober 2014, sisipan Metroplus. Tapi Edisi Utara sahaja.. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya, jumpa di Hotel De Palma sekarang ya. Hingga jam 5.00 petang. 

Friday, October 17, 2014

Cantik di Mata, Cantik di Hati


Kami berada di program ini esok. Hadir sebagai peserta. Bukan peserta seminar, tapi sebagai peserta booth Usahawan di luar dewan seminar.
Tidak bertujuan untuk menjual, hanya mahu menggilap kembali nilai 'try and adjust' dalam seni menjual. Ini kerana sudah hampir 6 bulan kami tidak turun padang 'berpencak' dengan salah satu cabang pemasaran yang sangat popular ini; bersemuka mesra dengan prospek dan pelanggan di booth jualan.

Sedikit sahaja, tidak sampai 20 Pokok Kurma jadi item pameran. Juga hanya ada beberapa botol supplimen BIO ORGANIK untuk penampilan. Apa yang peri penting bagi kami, kita dapat saling berkenalan dan jalinan ukhuwwah erat bertautan.

Bagi anda yang bukan peserta seminar pun boleh tinjau jenguk kami di situ.

Bagi anda yang berhajat dalam pemilikan Pokok Kurma dan/atau supplimen BIO ORGANIK, sila maklumi kami agar kami dapat 'reserve' tempahan pemilikan anda tersebut. Hubungi terus (panggilan/WhatsApp) ke talian 019 - 570 9334.

Anda juga dibenarkan menyentuh, membelai-belai dan mengambil gambar Pepohon Tamar tersebut esok. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Jumpa kita di sana esok ya. 

NASIONAL 5 RTM


15 Oktober 2014 - Paparan berita "Penanaman Pokok Kurma ke-99 SMKA Kerian" berdurasi lebih kurang 2 minit 50 saat pada penghujung NASIONAL 5 di RTM1.


Moga rakyat Malaysia jelas dengan misi dan visi pihak SMKA Kerian dalam Perlaksanaan Penanaman Pokok Kurma Madu dengan skala besar, seperti yang dititipkan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md Radzi Bin Ismail dalam liputan tersebut. 



Terima kasih kepada penyelaras Projek Penanaman Pokok Kurma SMKA Kerian, Ustaz Mohd Isa Bin Saud selaku pemudahcara liputan penggambaran pada 14 Oktober 2014.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi menyingkap gambar album penuh, sila klik (di sini)

Wednesday, October 15, 2014

SINAR HARIAN 15 Oktober 2014


15 Oktober 2014 - SMKA Kerian Cipta Sejarah : Sekolah Pertama di Perak Melaksanakan Projek Tanam Kurma Berskala Besar

Itu tajuk salah satu artikel di mukasurat 40, akhbar SINAR HARIAN. Baru sahaja semalam SMKA Kerian didatangi wartawan SINAR HARIAN, Tuan Khairil Anwar Bin Mohd Amin seperti di pautan berikut : 

http://syfultamar.blogspot.com/2014/10/rtm-dan-sinar-harian-di-smka-kerian.html



Terima kasih pihak SINAR HARIAN atas kesudian mewancara. Terima kasih juga SMKA Kerian yang sudi diwawancara. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Lain-lain liputan media terhadap kepakaran Syful Tamar dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma, sila singgah ziarah ke http://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html

RTM dan SINAR HARIAN di SMKA Kerian

14 Oktober 2014 - Penanaman Pokok Kurma Madu ke-99 di SMKA Keriansebagai simbolik kepada Asma Ul-Husna, yang diterajui oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md Radzi Bin Ismail dan diketuai oleh Ustaz Mohd Isa Bin Saud.


Perihal berkenaan mendapat liputan pagi tadi oleh RTM Perak yang diwakili oleh wartawan lokasi, Puan Nor Ain Binti Abu Bakar dan jurukamera, Tuan Mazlan serta akhbar SINAR HARIAN yang diwakili oleh Tuan Khairul Anuar.



Rasa 'gumbira' maksima melihat keterujaan serta tautan kerjasama berkualiti tinggi oleh warga SMKA Kerian terhadap perjalanan liputan tersebut. Syukur. 

Insha Allah, artikel oleh di SINAR HARIAN akan disiarkan esok (Edisi PERAK). Slot RTM di Berita Wilayah atau/dan Berita Nasional akan dimaklumkan kemudian, samada pada minggu ini atau minggu hadapan. 


Terima kasih atas kepercayaan SMKA Kerian terhadap kepakaran kami, terima kasih RTM Perak dan SINAR HARIAN atas liputan Simbolik Penanaman Pokok Kurma ke-99 SMKA Kerian. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi meninjau gambar album penuh liputan, sila klik (di sini).

Hijrah Terbaik Sempena Tahun Baru


Mood pagi tadi : Berat Untuk Berpisah Denganmu.. 

Pokok Kurma Madu ini merupakan salah satu Pokok Kurma kesayangan kami.

Tapi apakan daya, ianya telah dilaburkan oleh SMKA Kerian sebagai simbolik "Majlis Penanaman Pokok Kurma ke-99 SMKA Kerian".

Kami dalam perjalanan ke SMKA Kerian pada ketika ini sebagai pemudahcara program tersebut. Doakan keselamatan dan kesejahteraan perjalanan kami ya, para sahabat. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Mood kini memasuki gear "Hijrah Terbaik Untukmu Menjelang Tahun Baru." 

Monday, October 13, 2014

Bakal ke Kaca TV Lagi :-)


Paparan Youtube itu adalah rakaman penggambaran Majalah 3 tentang liputan perlanskapan Pepohon Tamar di Sungai Siput (U), Perak.

Esok, situasi yang hampir sama bakal berlaku, tetapi di lokasi yang berlainan dan juga melalui media tv yang berlainan. Insha Allah, kami bakal disaksikan buat kali ketiga, sekali lagi di kaca tv anda. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Liputan kami oleh media pelbagai medium sebelum ini, boleh dijejaki dihttp://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html

Pokok Kurma 3 Jejaka

11 Oktober 2014 - KEMBARA MUSAFIR jam 10 pagi tadi di lot meletak kenderaan NSK Sungai Jawi, Klang membawa kepada pertemuan bersama 2 jejaka. 



Tuan Abdul Rahim (jersi Oranje) dari Andalas, Klang, akhirnya dapat juga memiliki 1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu setelah terlepas KEMBARA MUSAFIR sebelum-sebelum ini. Sudah tercapai hajat dihati, Pepohon Tamar berjaya dimiliki. 



Tuan Raja Mohd Naszif (baju hijau) dari Seksyen 24, Shah Alam pula memiliki 4 Pokok Kurma Shafawi dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK. Beliau pun sama situasi seperti Tuan Abd Rahim, pernah terlepas KEMBARA MUSAFIR.



Di R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh, hujan turun renyai-renyai. Disinilah KEMBARA MUSAFIR kali ini berakhir melalui pertemuan bersama Tuan Khairel Zainal dari Setiawangsa, KL pada jam 8.00 malam.

Pemilikan beliau adalah 2 Pokok Kurma Mariami, 2 Pokok Kurma Shafawi dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.


Tahniah dan terima kasih Tuan bertiga. Syukur, kami menjadi pemudahcara pemilikan ketiga-tiga anda. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Pertemuan KEMBARA MUSAFIR malam tadi sepatutnya bersama lagi satu individu dari Rawang. Namun beliau mengambil keputusan datang sendiri ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami pada minggu ini. Bagus juga kan, boleh 'up sales'. 

Pokok Kurma Naik Vellfire

9 Oktober 2014 - Vellfire hitam tersebut, betul-betul 'parking' berhampiran pintu masuk Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh, tatkala senja mengorak tiba. Wow, siapa pula ni ya..?

Disusuli selepas itu, kereta Pengurus Pembangunan dan Penjenamaan kami, Tuan Mustafa Kamal Bin Mat Isa. Oh, kedatangan empunya Vellfire hitam itu diseliapandu oleh beliau rupanya. 

Tuan Syukri bersama pemandu, dari Alor Setar singgah ziarah. Kedah naa..

Walaupun Tuan Syukri berada pada kelas tersendiri, namun peribadi beliau dalam pertuturan sangat-sangat tertib dan mesra. Jelas terzahir keikhlasan dan sifat merendah diri beliau.

Pemilikan beliau menjelang Maghrib pada hari tersebut adalah 2 Pokok Kurma Ajwah, 8 Pokok Kurma Madu dan 2 botol Supplimen BIO ORGANIK 500ml. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Jika diizinkan Allah, dalam pertemuan dengan Tuan Syukri kelak, kami tekad tidak mahu terlepas lagi bergambar dengan individu hebat itu. Sebab terlupa nak berbuat demikian tempoh hari. Aduyaii... 

Pokok Kurma Imam Chepor


4 Oktober 2014 - Sehari sebelum Aidiladha 1435 H, Tuan Haji Amir Mat Isa Bin Haji Zainuddin, Imam Masjid Kampung Chepor Dalam, Chemor, memiliki 2 Pokok Ajwah, 1 Pokok Deglet Nour dan 1 Pokok Safia.

Beliaulah yang menguruskan jenazah Allahyarham Mohd Nasaruddin Bin Zakaria pada 1 Oktober lepas. Dari situlah kami berkenalan, saling berkongsi pengalaman dan pandangan.

Tahniah dan terima kasih kepada bekas pegawai Jabatan Perhutanan ini atas pemilikan 4 Pokok Kurma tersebut. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Siapa Allahyarham Mohd Nasaruddin Bin Zakaria? Pautan ini dapat membantu - http://syfultamar.blogspot.com/2014/10/perginya-legend-nerseri-mini.html

Friday, October 10, 2014

KEMBARA MUSAFIR Kembali

KEMBARA MUSAFIR Syful Tamar kembali sekali lagi. Seperti biasa, modus operandi KEMBARA MUSAFIR adalah membuat penyerahan pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dan Supplimen BIO-ORGANIK di lokasi-lokasi dan pada tarikh-tarikh berikut :

10 Oktober 2014 (Jumaat)
- Mula bertolak jam 3.00 petang melalui PLUS dari Ipoh hingga Bukit Raja
- Penyerahan di mana-mana R&R atau Hentian atau Susur Keluar Tol
- Caj Perkhidmatan dan Henti Singgah :
a. RM35 : Susur Keluar Tol
b. RM25 : R&R / Hentian
c. PERCUMA : Restoran Jejantas Sungai Buloh (sebab memang bertujuan rehat santai di situ)

11 Oktober 2014 (Sabtu)
- Penyerahan dari jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang sahaja
- Caj Perkhidmatan dan Henti Singgah :
a. RM25 : Petronas Sri Andalas (berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, bersebelahan Masjid Sri Andalas)
b. PERCUMA : Pasaraya NSK Sentosa / Sentosa Specialist Hospital (sebab kami menginap di kawasan berhampiran)

12 Oktober 2014 (Ahad)
- Masa penyerahan pada jam 3.00 petang
- Pasaraya Billion Kajang
- Caj Perkhidmatan dan Henti Singgah : RM40

13 Oktober 2014 (Isnin)
- Mula bertolak jam 3.00 petang melalui PLUS dari Bukit Raja hingga Ipoh
- Penyerahan di mana-mana R&R atau Hentian atau Susur Keluar Tol
- Caj Perkhidmatan dan Henti Singgah :
a. RM35 : Susur Keluar Tol
b. RM25 : R&R / Hentian

Bonus Ekstra...!!!!

Putrajaya (Transit) - Wakil transit kami (Prescint 14) akan datang ambil stok di Klang pada 12 Oktober 2014 untuk diserahkan kepada anda, warga Putrajaya, pada minggu hadapan. 

Bagi urusan penyerahan pemilikan, sila telefon/WhatsApp :

019-570 9334

Tarikh tutup tempahan adalah pada 10 Oktober (Jumaat) jam 2.00 petang.

Kami hanya bertindak sebagai pemudahcara pemilikan Pokok Kurma pelbagai pilihan spesis kepada anda. Juga supplimen BIO-ORGANIK yang bertindak sebagai tonik dan antibiotik tanaman anda. Selamat bertemu kelak.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Berkemungkinan wakil transit KL pun datang ambil stok gamaknya. Tunggu dan lihat bagaimana situasinya nanti.