Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, February 28, 2015

Serikandi Pewakafan Pokok Kurma


27 Februari 2015 - Penerima manfaat perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma, Pusat Jagaan Seri Setia (Warga Tua Wanita) di Rapat Setia, Ipoh, selamat menerima penanaman 2 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Deglet Nour dan 1 Pokok Kurma Safia pada pagi tadi.

Diinfaqkan oleh 4 orang warga kerja SSM Perak dan seorang individu dari Sentosa, Klang. Apa yang menariknya, kelima-lima dermawan tersebut adalah wanita..! smile emoticon

Tahniah sekalian warga pusat jagaan tersebut atas pewakafan. Moga Pepohon Tamar yang ditempatkan di sepanjang pagar hadapan itu terus hidup subur dan segar bugar sepanjang waktu. smile emoticon

Juga tahniah dan terima kasih serikandi-serikandi penginfak sekalian. In Shaa Allah amal jariah anda sedikit sebanyak berkeupayaan membantu pertimbangan amal anda secara pasif 'di sana' kelak. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pusat Jagaan Seri Setia boleh dihubungi melalui talian 019-564 0741 Puan Rahemah (pengasas dan pemilik).
 — at Pusat Jagaan Seri Setia.

Oh, Teratai Kurma Indah..!


26 Februari 2015 - Masa rehat seminar anjuran SME Corp. Malaysia di Hotel Grand Kampar, kami gunakan untuk bersua temu dengan Setiausaha Persatuan Kebajikan Orang Asli Batang Padang, Puan Teratai Bah Arom.

Bonda kepada 3 anak kecil dan permaisuri hati kepada Tuan Seto Tan, empunya empayar Seto Hardware di Tapah ini, berkongsi rasa pelbagai kisah dan cerita, termasuklah cetusan hajat memiliki Pokok Kurma.

1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu bakal 'bermastautin' di tanah subur milik beliau dan suami di Tapah.

Mengikut rekod pemilikan Pokok Kurma semaian kami, inilah kali pertama pemilikan oleh Bumiputera Orang Asli, juga kali pertama pemilikan oleh kaum Cina.

Lakaran sejarah baru tercipta tentang konteks kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma sejak 2008. smile emoticon

Terima kasih dan tahniah Puan Teratai sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar. Moga pemilikan tersebut mengeratkan lagi ukhuwwah kekeluargaan yang masih lagi hangat dengan sambutan Tahun Baru Cina pada minggu lepas. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih juga SME Corp atas jemputan dan alu-aluan penyertaan kami dalam penganjuran seminar berkaitan bisnes sepanjang hari tadi. smile emoticon
 — at Grand Kampar Hotel.

Kurma Batang Kali


25 Februari 2015 - Pernah terlepas dalam pemilikan sebelum ini dalam kunjungan beliau ke Utara, akhirnya hajat Tuan Aswandi untuk memiliki Pepohon Tamar, tertunai pada awal petang tadi.

Dari Batang Kali, Tuan Aswandi kunjung temu dengan wakil kami di Setapak, Alif Aizat, bagi pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu.

Tahniah dan terima kasih Tuan Aswandi atas keperihatinan Tuan terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini merupakan pemilikan kedua selepas suntikan stok baru kepada wakil Setapak pada 22 Februari tempoh hari. smile emoticon
 — at Kem Wardieburn.

Kurma Bandar Tasek Selatan


24 Februari 2015 - 2 Pokok Kurma Madu dan 2 Pokok Kurma Mariami menjadi milik Tuan Adnan dari Bandar Tasik Selatan pada jam 12.30 tengahari tadi.

Pemilikan stok 'fresh' daripada wakil kami di Setapak, yang baru 'top up' Pepohon Tamar dan Supplimen BIO ORGANIK yang berasaskan 5 nutrien sunnah pada 22 Februari tempoh hari.

Tahniah dan terima kasih Tuan Adnan atas pemilikan tersebut. Juga tahniah Tuan Alif Aizat, wakil Setapak kami atas pemudahcara pemilikan warga Lembah Klang. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tuan Alif, cukup ke stok untuk perlestarian Pepohon Tamar di Lembah Klang...? wink emoticon
 — at Kem Wardieburn.

Kurma Masjid Negeri, Selangor


20 Februari 2015 - Selesai peninjauan Pokok Kurma berbuah dan 5 Pepohon Tamar lain yang mati di Kompleks Taman Seni Islam, kami menelusuri pula Pepohon Tamar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 10, Shah Alam.

Pada pengamatan kami secara rawak, di sini juga punyai 5 Pokok Kurma. Mungkin juga lebih, tidak dapat dikesan secara teliti oleh kami.

Merujuk kepada gambar, ianya adalah salah satu Pokok Kurma yang ada di situ dan merupakan yang paling tinggi. Ketinggian 4 Pokok Kurma yang lain lebih rendah dan renek lagi.

Tapi rupa paras dan keterampilan Pepohon Tamar di situ sama sahaja - berserabut, tiada cantasan pelepah usang, dihuni pokok-pokok tumpang, tiada kemasan pemotongan pelepah dan beberapa kriteria lain yang tidak sepatutnya 'dimiliki'.

Pepohon Tamar boleh hidup dalam keadaan sedemikian. Namun sekadar hidup, tiada potensi bagi pengeluaran hasil. Jika ada, itupun mengambil masa puluhan tahun bagi kemunculan bunganya.

Bagi warga Shah Alam khususnya, dan rakyat Selangor amnya, yang prihatin akan perihal ini, bolehlah indahkan semula Pepohon Tamar masjid negeri anda itu dengan mengaplikasi perkongsian percuma tentang Penjagaan dan Pembajaan Khusus Pokok Kurma pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Persekitaran dan perlanskapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sangat best... smile emoticon

Kurma Tenat Menyayat Hati


20 Februari 2015 - Dalam 'post' kami sebelum ini, kami tampil dengan rangkuman Kurma berbuah di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Juga disentuh secuit tentang 5 Pokok Kurma lain di lokasi yang sama, berada dalam keadaan yang menyayat hati.


Pada pengamatan kami, kelima-lima Pokok Kurma tersebut, tidak diberi perhatian khusus tentang penjagaan dan pembajaan secara berkala. Juga tidak disantuni secara intim.


Pelepah layu tidak dicantas rapi. Menjadi 'port' permastautinan anai-anai dan lain-lain mikroorganisma. Hingga berlaku pereputan kronik pada komponen-komponen penting pokok terutamanya teras pucuknya.


Bagaimana kaedah dan teknik Penjagaan serta Pembajaan Khusus dan Berkala Pokok Kurma..? Apa pula yang dimaksudkan dengan penyantunannya..?


Kami nukilkan perkongsiaan tersebut 100% secara PERCUMA pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html.


Ianya khusus kepada pemilik yang sedia ada supaya dapat merawat semula kedaifan atau ketidaktampanan Pokok Kurma anda agar terdorong kembali bermaya. Ianya juga khas kepada bakal pemilik bagi persediaan dalam pemilikan Pokok Kurma supaya mampu mengekalkan tempo subur dan segar bugar Pokok Kurma anda secara istiqomah kelak.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Moh 'make over and grooming' Pokok Kurma anda. smile emoticon

Kurma Berbuah di Shah Alam

20 Februari 2014 - Siar santai permusafiran petang hari telah mendorong kami menelesuri laman pintu hadapan Kompleks Taman Seni Islam di Seksyen 10, Shah Alam.
Kompleks yang bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini, punyai Pepohon Tamar di halamannya. Apa yang menyedihkan, 5 Pokok Kurma di situ ada yang sudah mati, ada juga sedang tenat menanti mati. Tapi, apa yang mengagumkan, satu-satunya Pokok Kurma dewasa yang masih hidup di situ sudah berbuah..! smile emoticon


Buahnya tidak lebat, sama seperti Pohon Kurma yang berbuah di Masjid Negeri Sabah. Namun lebih besar saiznya berbanding buah pada 4 Pohon Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.

Sempat kami bergambar dengan Pokok Kurma tersebut. Kami juga kutip buah-buah muda yang gugur di tanah. Jika anda singgah ziarah kelak, jangan pula ada yang gatal tangan petik buahnya dari pokok. Minta izin daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.


Mengapa 5 Pokok Kurma lain di situ mati dan uzur..? Mengapa pula buah daripada pokok tunggal itu gugur tak sempat ranum..? Kami ada kupaskan perihal ini pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html. Scroll down hingga topik 1. 'MAKE OVER' POKOK KURMA dan 2. POKOK KURMA JANTAN DAN BETINA. In Shaa Allah anda bakal dibantu dengan pencerahan jitu.


Dengan izin-Nya, kami juga berjaya mengesan satu mayang bunga yang masih baru berputik. Kami mohon, jika sesiapa yang punyai bunga Kurma jantan, sila berlapang dada menyumbang untuk berkongsi pendebungaan dengan bunga Kurma betina di situ. Atau juga anda boleh berunding dengan pihak pengurusan agar membeli bunga Kurma jantan daripada anda. Masyuk kan.. smile emoticon


Bagaimana perlaksanaan pendebungaannya..? Bagaimana pula Pokok Kurma jantan pun mampu membawa hasil pulangan lumayan walaupun tidak berkeupayaan mengeluarkan buah..? Juga terpahat infonya pada pautan yang sama seperti di atas.


Tahniah secara khusus kepada pengurusan Kompleks Taman Seni Islam dan sekalian warga Shah Alam secara amnya, atas kurniaan rezeki Kurma berbuah. 
smile emoticon
Namun tak lekang juga ucapan takziah daripada kami atas keuzuran dan kematian begitu sahaja Pepohon Tamar yang lain. frown emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Bagi meninjau lokasi-lokasi lain Pepohon Tamar yang berbuah di serata negara, sila klik pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.ht

Kurma ke Teluk Intan


19 Februari 2015 - Selepas Zohor, Nurseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh dikunjungi oleh Puan Nor dan keluarga dari Teluk Intan.
Kunjungan bertujuan bagi memiliki 2 Pokok Kurma Madu. smile emoticon



20 Februari 2015 - Nurseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh dikunjungi oleh Tuan Khairuddin Nawawi dan isteri pada pagi tadi.
Empunya empayar PERNIAGAAN SAWIT MAJU dari Teluk Intan ini berkenan memiliki 2 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.
Terima kasih dan tahniah Tuan serta isteri atas pemilikan tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : 2 hari berturut-turut kunjungan warga Teluk Intan. smile emoticon

Misi Khas Kampung Delek


19 Februari 2015 - Selesai pagi tadi, penghantaran khas Supplimen BIO ORGANIK kepada Puan Azizah Ahmad di Kampung Delek Kanan, Klang.

Moga dengan kapasiti 500ml supplimen tersebut yang berasaskan 5 nutrien sunnah, menviralkan manfaat semaksima mungkin buat tanaman di sekitar kediaman beliau. smile emoticon



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Air Zam Zam, Madu Yaman, Serbuk Habbatussauda, Garam Bukit dan Pati Delima. Inilah senarai kandungan Supplimen BIO ORGANIK. Pencerahan lanjut tentang kefungsiannya ada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

Thursday, February 19, 2015

Gau Gau Ayo Diye...


Air GAU, keluaran Gau Baru Sdn Bhd, merupakan air bawah tanah (mineral), sumber dari Kampung Sungai Gau, Temerloh.
Air GAU, walaupun takrif harganya tidak semurah air sumber semulajadi lain yang setara dengannya, namun kualiti halal lagi thoyyibnya sangat bernilai tinggi dan maksima berbaloi.
Air inilah menjadi pengiring tamu bagi prospek yang berkunjung 'shopping' di Nurseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.
Air inilah yang bertindak sebagai pembasmi haus merangkap pemulih tenaga ketika kami melaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma, menerajui Simbolik Penanaman Pokok Kurma dan menekuni Adab Khusus Penyelenggaraan Pokok Kurma para pemilik individu, masjid, sekolah, jabatan kerajaan serta badan berkanun.
Air inilah yang berfungsi sebagai pembasah tekak para wartawan dan krew penerbitan yang menyantuni kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian serta Penanaman Pokok Kurma.
Dibotolkan dalam pelbagai kapasiti isipadu, Air GAU di Ipoh dan Kuala Kangsar boleh didapati di :
1. Pasaraya KOHALAL Medan Gopeng, Ipoh (sebelah Jabatan Pertanian).
2. Pasaraya KOHALAL Taman Sultan Idris Shah, Kuala Kangsar (bawah pejabat RELA).
Inilah 2 lokasi lazim pembelian kami. Atau lebih mudah lagi, anda terus hubungi Tuan Haji Fadhil, pemilik KOHALAL di talian 0195732321.
Bagi mengetahui khasiat lanjut Air GAU dan meninjau deretan lokasi lain bekalannya, sila klik laman sesawang http://www.airgau.com

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Pasaraya KOHALAL merupakan peruncit dan pengedar produk keluaran Muslim tempatan serta luar negara.

Kurma Beralih Lokasi


Segerombolan Pepohon Tamar dan deretan semburan Supplimen BIO ORGANIK ini bakal memenuhi bonet kereta sempena permusafiran kami ke Klang pada esok tengahari.
Sedia memuat semula stok yang licin sepenuhnya dalam simpanan wakil edaran kami di Setapak. Juga memenuhi pesanan pemilikan beberapa individu di Klang.
Perjalanan kami melalui lebuhraya PLUS dari Ipoh hingga ke Bukit Raja. Singgah inap di kediaman di Sentosa, Klang bagi beberapa malam.
Jika para sahabat lain juga berhajat dalam pemilikan, berada pada laluan dan persinggahan seperti yang disebutkan, boleh WhatsApp atau hubungi kami di talian 0195709334.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : In Shaa Allah kita bertemu sua. Kami hanya bertindak sebagai pemudahcara. smile emoticon

Waris Cilik Empayar


Salah seorang waris empayar Syful Tamar kelak.
In Shaa Allah. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Pengurus Operasi barangkali. wink emoticon

Kurma Wakaf Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

15 Februari 2015 - Dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/…/jengka-sekeluarga.html, dicoret tentang kunjungan Tuan Abdul Rahman Ahmad dari Jengka, ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh.
Kemudian, pada sebelah pagi hari ini, dalam waktu yang hampir sama penglibatan kami dalam program kuliah bulanan di Kediaman Rasmi MB Perak, Tuan Abdul Rahman dengan kerjasama anak-anak tahfiz dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Alauddin, telah melaksanakan penanaman Pepohon Tamar Madu di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Jengka.


Tuan Abdul Rahman (baju t lengan panjang hitam) telah 'memasak teguh' saham akhirat beliau dengan perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma.



Masjid Sultan Ahmad Shah dilestarikan dengan penanaman Pepohon Tamar.


Warga Maahad Tahfiz Alauddin mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang Pokok Kurma yang mampu dikaitkan dengan silibus pendidikan; mungkin sains, mungkin pertanian, mungkin juga berkaitan penekunan ilmiah Islam.


Kami pula menjadi pemudahcara akan setiap peringkat dan peristiwa ketiga-tiga pihak tersebut.
Kolaborasi yang tampak harmoni. Syukur. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Tahniah kepada sekalian anda, kerana menggerakkan aktiviti hujung minggu yang penuh bermanfaat itu. Moga sentiasa dinaungi rahmat Allah dalam setiap urusan kalian. smile emoticon

Tuesday, February 17, 2015

Pemamer

15 Februari 2015 - Pameran Pokok Kurma Ajwah, Madu, Mariami, Shafawi dan Deglet Nour serta Supplimen BIO ORGANIK telah menggamit ramai pengunjung singgah tinjau di tapak jualan kami sempena "Kuliah Bulanan Bersama Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias" di Kediaman Rasmi MB Perak.
Begitu asyik 'fall in love' terhadap Pepohon Tamar, ianya telah menyebabkan dibawa pulang oleh 3 individu ini :


1. Tuan Siratman (bersongkok, baju lengan panjang oren), Johor - pemilikan 2 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK untuk khairiah masjid di Simpang Renggam.
2. Tuan Haji Md Ariffin (berkopiah hitam, kemeja lengan pendek oren), Manjoi - pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu.
3. Ustaz Haji Raden Al-Hambali (berserban putih, jubah hitam), Taiping - pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.
Tahniah dan terima kasih ketiga-tiganya atas pemilikan tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Dakapan ilmu dapat, tautan ukhuwwah dapat, kautan prospek serta jualan pun dapat. In Shaa Allah, join lagi bulan hadapan. smile emoticon

13 Februari 2015 - Tuan Shafie (bertopi), dari lokasi kerja beliau di Cheras, menuju ke rumah beliau di Parit Buntar, berhenti di susur keluar Simpang Pulai.
Singgah sua bagi pemilikan 2 Pokok Kurma Ajwah, 2 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.
Keesokan tengahari (14 Februari) bertemu sapa pula dengan Tuan Azman di Changkat Jering. Daripada Melaka, mewakili anakanda beliau yang tinggal di Johor, Tuan Zamri.
Kebetulan Tuan Azman berada di Changkat Jering, lantas memudahkan pemilikan 3 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu buat anakanda beliau. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Shafie serta Tuan Zamri atas pemilikan tersebut. smile emoticon

Pergi Sudah


Pertama kali kami berhadapan secara bersemuka dengan insan ini, ketika Allahyarham mengimamkan solat Jumaat di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh pada 2008.
Itulah kali pertama dan itulah juga yang terakhir. frown emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : In Shaa Allah, beliau ke jannah. Al-Fatihah..

Adab Penyelenggaraan Khusus Pokok Kurma di ILKM Jawi


12 Februari 2015 - Beberapa jam sebelum rakyat Malaysia berduka menerima perkhabaran sedih pada sebelah malam, kami berjaya menyempurnakan Adab Penyelenggaraan Khusus Pokok Kurma di Sungai Jejawi, Pulau Pinang.

Misi selama 2 hari berturut-turut di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi yang melibatkan 220 Pokok Kurma Madu dan 30 Kurma Ajwah itu berakhir sejurus sebelum Asar.

Syukur, dipermudahkan tugasan kami, sang musafir, para kontraktor penyelenggaraan Pokok Kurma. In Shaa Allah, kami sedia mengaplikasikan lagi kepakaran kami secara berkala di ILKM Jawi. smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Al-Fatihah buat Allahyarham TGNA.

Tuesday, February 10, 2015

Masuk Jawi Lagi


Walaupun ketika ini bukan musim cuti sekolah, kami tetap masuk Jawi. Moga masuk Jawi kali kedua esok, dipermudahkan sepertimana kali pertama dolu-dolu.

Oh, ya! Kami maksudkan esok masuk berkhidmat di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi.wink emoticon

Kali pertama tempoh hari, Disember 2014, melaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma sebanyak 220 Pokok Kurma Madu dan 30 Pokok Kurma Ajwah.

Kali ini bermula esok melaksanakan pula Adab Khusus Penyelenggaran Berkala Pokok Kurma ke atas 250 Pepohon Tamar di situ.

Bermusafir buat kali pertama pada tahun 2015, dalam konteks misi Hang Kebun, yang dijangka selesai selewat-lewatnya pada hari Jumaat.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Paparan Adab Penanaman Pokok Kurma di ILKM Jawi boleh ditekuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/12/kurma-pertama-ilkm-jawi.html
 — at Taman Klebang Putra.

Kurma Malaysia Agro Jurnal


Terima kasih kepada sekalian anda yang menonton "Kurma Malaysia" di Agro Jurnal, TV1 pada petang semalam. Sangat positif sambutan dan respon balas para penonton atas dokumentari terbitan RTM tersebut.

Kami hanyalah Hang Kebun marhaen, yang tidak punyai apa-apa. Namun garapan teliti dan 'awesome' oleh pihak penerbitan Agrojurnal telah menonjolkan seri dan seni perkongsian info oleh kami tentang Pepohon Tamar, sekaligus mengangkat kami ke tahap berbeza sama sekali berbanding sebelum ini. smile emoticon

Kami tak sempat pun menonton sampai habis semalam. Tidak tahu apa pertengahan dan bagaimana penamatnya. Sebabnya saling bekerjasama menyambut masuk panggilan telefon para responden. Jam 11.30 malam baru berhenti, termasuk penyantunan responden melalui sms, WhatsApp dan FB. Itupun sebab baik punya tertidur.wink emoticon

Tahniah kepada penerbit, Puan Aida dan penulis skrip, Puan Julie Jamaluddin serta krew penerbitan yang berkomitmen tinggi. Tahniah delegasi Syful Tamar keseluruhannya, samada yang terbabit secara langsung dalam penggambaran mahupun bertindak sebagai pemudahcara di belakang tabir.

Tak ketinggalan juga penghargaan tahniah dan terima kasih buat penonton serta responden yang prihatin terhadap kepakaran serta perkhidmatan kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sedang siap siaga sambung berhubung para responden. Moh le. smile emoticon
 — feeling thankful atTaman Klebang Putra.

Jengka Sekeluarga


Minat yang mendalam kepada Pokok Kurma, telah membawa Tuan Abdul Rahman Ahmad dan keluarga ke Ipoh. Biarpun terpaksa bermalam di hotel pada hari sebelumnya, kedatangan keluarga dari Jengka ini ke RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, kira-kira 7 jam sebelum tayangan "Kurma Malaysia" di Agro Jurnal TV1, adalah semata-mata mahu melihat sendiri Nerseri Mini Pokok Kurma kami.
Saling berkongsi info dalam luangan masa hampir 1 jam setengah, memberi kedua-dua pihak lebih kefahaman dan input tentang tanaman yang menjadi simbolik Tanah Arab serta Timur Tengah ini.
Walaupun telah sedia miliki Pepohon Tamar dewasa dan matang iaitu 2 pokok jantan dan 1 pokok betina, keluarga ini tetap juga membawa pulang 2 Pokok Kurma Ajwah, 16 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK. Sebahagiannya mahu diwakafkan kepada masjid dan sebahagian lagi sebagai peneman 3 Pokok Kurma mereka di Jengka.
Tahniah dan terima kasih Tuan Abdul Rahman serta keluarga atas pemilikan tersebut. In Shaa Allah bertemu kita pada lain waktu. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Inilah impak jalinan perkenalan di alam maya, kepada tautan erat dalam talian WhatsApp, dan seterusnya pertemuan mesra atas titian ukhuwwah sesama insan. Aturan Dia. smile emoticon

Sunday, February 8, 2015

Pemuda Kurma ;-)


Anak Muda

Pertumbuhan sel-sel baru membentuk dengan sangat produktif bagi menjelmakan semula riang ria remaja kami apabila membaca kenyataan FB Agro Jurnal ini. wink emoticon

Walaubagaimanapun, kelibat kami dalam Agro Jurnal petang ini, tidaklah kelihatan muda bergaya. Kerna pada masa itu, pada ketika rakaman penggambaran dibuat tempoh hari, kenyataan Agro Jurnal ini belum lagi keluar. wink emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ada ke orang muda tapi tua..? Ada.. Sila tekuni Surah Al-Kahfi. smile emoticon