Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, December 31, 2014

Pohon Tin JB Berbuah


Post yang dinukilkan oleh Puan Hajjah Tinah Saclan pada pertengahan Disember 2014, berkongsi rasa syukur dan gembira atas berbuahnya Pohon Tin milik beliau.

Apa kaitannya dengan kami..? 

Kami hanya menjadi pemudahcara pemilikan Pohon Tin beliau bersama suami, Tuan Haji Mazlan Bin Noordin, ketika membuat penghantaran pemilikan Pokok Kurma Ajwah, Pokok Kurma Madu dan Supplimen BIO-ORGANIK kepada pasangan suami isteri ini.

Pohon tin tersebut dibekalkan oleh salah seorang daripada jemaah niaga kami, Tuan Mustafa Kamal Mat Isa dari Seri Kinta, Ipoh. Beliau boleh terus dihubungi di talian 019-5498638. Insha Allah beliau tidak lokek berkongsi info tentang Pohon Tin.

Tahniah Puan Hajjah Tinah dan Tuan Haji Mazlan sekeluarga. Pokok Kurma subur ada, Pohon Tin berbuah pun turut ada. Bolehlah diikhtiarkan pemilikan Pokok Zaitun dan Delima pula selepas ini. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Peristiwa pemilikan Puan Hajjah Tinah dan Tuan Haji Mazlan berada pada pautan berikut - http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/rangkuman-kembara-musafir-ipoh-jb-ipoh.html

Antara Tunai dan Lambai

Di Shah Alam ini :

Jika bawa barang ke Cash Converter di Seksyen 9, dapat tunai. Boleh guna atau simpan atau derma.


Jika bawa barang ke Richwell di Seksyen 13, dapat lambai. Iringi penghantaran kepada mangsa bencana.


Kedua-dua situasi di 2 lokasi di Shah Alam itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan individu lain samada yang dekat mahupun jauh.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pokok Kurma merupakan item yang tidak praktikal untuk diaplikasikan kepada 2 situasi di 2 lokasi tersebut.

Garapan Petang


29 Disember 2014 - Selesai sahaja penyerahan pemilikan 2 Pokok Kurma Madu kepada Cik Tinie di Ibu Pejabat SSM, kami bergegas pula ke NU Sentral untuk temu sua dengan penulis skrip, Puan Julie Jamaluddin yang hadir bersama suami.

Pelbagai informasi dan cerita pengalaman saling kami tukar kongsi dalam diskusi hampir 2 jam pada petang semalam.

Beliau bantu kami sepenuhnya mengenali lanjut selok belok kewartawanan dan penggambaran televisyen, kami pula bantu dengan serba sedikit input bagi melengkapkan garapan naskah beliau yang terbaru.

Saling berkongsi manfaat. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami berlakon..? Heshh.. idok. Kalo kami berlakon, nampok beno berlakonnye. 

Monday, December 29, 2014

The Power of Microphone


Hanya berkesempatan bertalaqi sampai ke petang, tidak turut serta kami dalam perkongsian Dato' Roslan Abd Hamid yang bersambung hingga ke malam. Ini merupakan bonus yang kami terlepas daripada Tok Guru 'The Power of Microphone' semalam.


Input dan informasi pengucapan awam yang disampaikan oleh Dato' Roslan mengisi ruang-ruang lopong kami dalam pengetahuan ilmu seni bercakap dan berucap.


Dapat juga kami berkumpul dan merasa energi luar biasa bukan sahaja Tok Guru, malah daripada barisan penuntut yang turut serta hadir pada sessi semalam.



Insha Allah, kami bakal praktikkan curahan elmu Dato' dan 'abang long' kami sebelum ini, Tuan Badrul Sani, sedaya yang boleh dalam sessi perkongsian dan penggambaran oleh salah satu media televisyen selama 4 hari di Ipoh bermula pertengahan Januari ini, bagi tayangan siaran pada bulan Februari 2015.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : "Prepare, prepare, prepare..!" Itu Dato' tekan. "Fokus kongsi apa yang anda tahu." Itu 'abang long' pesan.

Sunday, December 28, 2014

Reunion Elmu

27 Disember 2014

8.30 pagi

Di sini kami pagi ni. Hingga petang bertalaqi.


Majlis perkongsian elmu. Sedut sedaya mahu. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kome kat mane..? 



5.30 petang



Selesai sesi perjumpaan semula. Recharge..!



Tak rugi apa-apa jika tidak turut serta, tapi sangatlah beruntung anda tatkala santai sama. 




Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Esok kembali lagi ke Shah Alam. Talaqi lagi. Dengan DRAH pula. 


Saturday, December 27, 2014

'Sahabat Lama' Tenggelam


Sukar diramal apa yang berlaku ketika ini kepada para 'sahabat lama' kami, yang tenggelam 'didakap' banjir. Masih teguh lagikah akar memaut rimbunan perdu mudanya..? Atau sudah tamatkah 'tempoh perkhidmatan' mereka di mukabumi ini..?

Kami terima semalam, gambar kiriman Tuan Abd Manap Abd Rahman, yang memaparkan pemandangan dari Jambatan Sultan Azlan Shah, yang menghubungkan Bandar DiRaja Perak dengan perkampungan Lembah Sayong.

Jelas kelihatan 'lokasi penghunian para sahabat lama' kami di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar, yang 'disantuni' limpahan air sungai. Bangunan penginapan berwarna kuning dan bangunan pentadbiran berwarna putih di situ, berbaki tingkat atas sahaja yang tidak 'dijejaki' banjir.

Insha Allah, kami akan menelesuri lokasi tersebut selepas keadaan kembali normal bagi meninjau situasi 'sahabat lama' kami, yang merupakan Pepohon Ajwah yang melanskapi Resort Sungai Perak.

Moga pemilik resort tersebut, Tuan Abdul Hamid dan warga kerjanya, dikurniai Allah akan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini dan juga kegigihan dalam menghadapi ujian selepas banjir.

Moga juga, ketabahan dan kegigihan tersebut, bukan sahaja terbias viralnya kepada sekalian penduduk Kuala Kangsar, malah kepada sekalian individu yang dipilih oleh Dia di seluruh Malaysia, yang sedang menghadapi situasi banjir pada ketika ini, sehingga keadaan pulih seperti sediakala kelak.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Info berkenaan penghunian 'sahabat lama' kami di Resort Sungai Perak berada di pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/11/pepohon-ajwah-resort-sungai-perak.html

Wednesday, December 24, 2014

KEMBARA MUSAFIR Akhir Tahun



KEMBARA MUSAFIR Syful Tamar kembali lagi. Ini adalah KEMBARA MUSAFIR terakhir bagi tahun 2014. Dan apa yang uniknya pada kali ini, KEMBARA MUSAFIR dilaksanakan serentak ke dua carta lokasi iaitu :

1. IPOH - KLANG - SHAH ALAM - IPOH
2. IPOH - KUANTAN - KL - IPOH

Seperti biasa, modus operandi KEMBARA MUSAFIR adalah membuat penyerahan pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dan Supplimen BIO-ORGANIK di lokasi-lokasi dan pada tarikh-tarikh seperti yang tertera pada paparan gambar.

Caj Perkhidmatan dan Henti Singgah :

a. RM35 : Mana-mana susur keluar tol PLUS
b. RM25 : Mana-mana R&R / Hentian PLUS
c. RM70 : Masjid Kuantan (atau mana-mana lokasi di Kuantan)
d. RM25 : Anggerik Mall Shah Alam (atau mana-mana lokasi di Shah Alam)
e. RM25 : Petronas Sri Andalas (berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, bersebelahan Masjid Sri Andalas)
f. PERCUMA : Pasaraya NSK Sentosa / Sentosa Specialist Hospital (sebab kami menginap di kawasan berhampiran)

Bagi urusan penyerahan pemilikan, sila telefon/WhatsApp :

019-570 9334

Kuantiti item yang dibawa adalah berdasarkan tempahan anda. Tiada lebih, tiada kurang.

Kami hanya bertindak sebagai pemudahcara pemilikan Pokok Kurma pelbagai pilihan spesis kepada anda. Juga supplimen BIO-ORGANIK yang bertindak sebagai tonik dan antibiotik tanaman anda. Selamat bertemu kelak.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/


ST : Moh bersiap mengembara bermusafir.  :-)

Tuesday, December 23, 2014

Nilaitambah Pokok Berpasu

Dalam dunia global kini, tiada lagi cetusan baru, hanya inovasi kepada platform yang sedia ada samada bidang rekacipta, akademik, perniagaan mahupun kajian saintifik dalam setiap perincian kehidupan dan item kebendaan yang lain.

Pada kesempatan ini, suka kami paparkan satu inovasi yang tersangatlah biasa, hanya untuk pengetahuan asas kepada yang baru tahu dan menjadi sumber rujukan lapuk kepada yang pakar.

Tambahnilai paras rupa pokok dalam pasu anda mengikut citarasa dan tema tertentu samada untuk koleksi hiasan peribadi mahupun dijadikan cenderahati atau hadiah kepada individu yang dirai. Inilah tajuk paparan yang kami maksudkan. 




Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan juga mudah didapati, memang sedia ada di rumah bagi majoriti anda :

1. Pokok dalam pasu
2. Kain (ikut kegemaran anda atau mengikut tema majlis tentang jenis dan corak serta gabungan warna kain pilihan)
3. Gunting
4. Gam lilin (pistol)
5. Renda hiasan
6. Gelang getah (untuk ikatan sementara sebelum gam)

Proses kerjanya begini :


1. Bersihkan pasu dengan teliti daripada habuk dan kotoran tanah.
2. Baluti pasu dengan kain yang telah digunting. Corakkan balutan tersebut mengikut kreativit anda. Gamkan pada badan pasu setelah memuktamadkan cara balutan.
3. Gamkan pula hiasan renda di sekeliling bibir pasu.

Sudah siap..!  Jika anda mahu 'touch up' dengan hiasan mahupun item lain, boleh juga dizahirkan. Pasu contoh paparan kami yang berpohonkan Bonsai Tamar ini ringkas sahaja, kerana bertemakan korporat, cenderahati tempahan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat YAB Menteri pada minggu lepas.

Peringatan kepada anda :


1. Berhati-hati tatkala menggunakan gam lilin berkenaan. Ianya sangat panas. Lecuran kekal jika terkena tubuh.
2. Jangan disiram pokok berkenaan seperti lazim siraman harian kita. Ianya bakal mengotorkan balutan kain dengan kesan basahan tanah. Cukup sekadar sembur dengan air atau supplimen BIO ORGANIK melalui botol semburan pada bahagian rimbun/perdunya. Basahkan juga sedikit tanahnya dengan semburan tersebut, sebaik-baiknya 3 kali sehari.

Moga paparan kerdil ini dapat membantu serba sedikit dalam refleksi minda anda samada menjadi pemudahcara supaya anda lebih berinovasi atas apa yang anda sedang laksanakan sekarang mahupun sebagai info serta input santai tambahan kepada masa lapang anda. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Cenderahati Bonsai Tamar oleh SSM buat YAB Menteri ada di pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/bonsai-tamar-buwek-yab-montori.html

Singgah Diskusi di Jawi


17 Disember 2014 - Selepas membantu Tuan Mohd Noor dalam pemilikan Pepohon Tamar di Padang Serai, kami singgah ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi. Kedatangan kali ini turut disertai Abah, anak-anak dan adik bongsu kami.

Sekali lagi kami disambut dengan layanan 'Supreme VIP' oleh Pengarahnya, Puan Norhuda Binti Abd. Razak (berbaju kurung), sama seperti lawatan pertama sebelum ini. Menaiki kenderaan khas pelawat, kami dibawa meninjau mengelilingi perlanskapan di tanah seluas kira-kira 80 ekar ILKM Jawi.

Kunjungan kami kali ini turut membincangkan tentang tautan kerjasama terbaru pada Januari 2015 bersama ILKM Jawi. Juga menunaikan hajat Puan Norhuda dan seorang warga kerja ILKM Jawi dalam pemilikan 2 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Shafawi, 1 Pokok Kurma Safia dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.

Terima kasih sekali lagi Puan Norhuda dan keseluruhan tenaga kerja ILKM Jawi. Insha Allah, bersua lagi kita Januari depan. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pautan berikut merupakan detik kunjungan pertama kami di ILKM Jawi - http://syfultamar.blogspot.com/2014/11/gem-of-jungle.html

Klasik 3 Beranak


17 Disember 2014 - Selepas bermusafir ke Kuala Pilah pada 12-14 Disember lepas, permusafiran kami bersambung pula ke Padang Serai, Kedah.

Kali ini membantu Tuan Mohd Noor (tengah) bersama anak sulung beliau, Mohd Azlan (kanan) dan anak kedua, Mohd Asrol (kiri) mencipta sejarah sebagai individu pertama melestarikan penanaman Pokok Kurma di bumi Kampung Teluk Sira dengan pemilikan 1 Pokok Kurma Madu dan 1 Pokok Kurma Shafawi.

Sepanjang perjalanan dari susur keluar Sungai Dua hingga ke Padang Serai, kami 'ditemani' sawah bendang yang luas terbentang dan kehijauan ladang sawit yang tersusun molek. Hanya di rumah Tuan Mohd Noor sahaja buat masa ini, anda berpeluang cuci mata melihat Pepohon Tamar.

Tahniah Tuan Mohd Noor, atas terciptanya sejarah klasik sebagai individu pertama memiliki Pepohon Tamar di Kampung Teluk Sira. Manakala kedua-dua anak beliau pula merupakan pengumpul koleksi motorsikal klasik. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami turut dijamu makan tengahari dan laksa Kedah, dihadiahkan sebiji durian belanda bersaiz besar serta diberi peluang 'test power' dan bergambar dengan deretan koleksi motorsikal klasik yang ada. Terima kasih bebanyak naaa... 

Ngam-Ngam Satu


12 Disember 2014 - Sejurus selesai menyerahkan Pepohon Tamar kepada 43 keluarga angkat di Kg Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah sempena program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" tempoh hari, 1 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK sempat dimiliki oleh Puan Norhasimah Mahmud.

Memang rezeki wanita yang berasal dari Pahang ini dan anaknya, kerana kami hanya bawa lebih satu sahaja bagi kedua-dua item tersebut. Selebihnya 57 Pokok Kurma Madu dan 3 botol 500ml Supplimen BIO ORGANIK adalah tempahan milik SSM.

Walaupun ada lagi 7 individu lain yang berkeinginan memiliki Pokok Kurma dan supplimen berkenaan, tidak terdaya kami penuhi kerana Puan Norhasimah adalah orang yang paling awal menyatakan hasrat pemilikan. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih dan tahniah Puan Norhasimah sekeluarga. 

UTUSAN : Simbolik Penanaman YAB Menteri

15 Disember 2014 - Peristiwa simbolik penanaman Pokok Kurma Madu oleh YAB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Sri Hasan Bin Malek yang diiringi oleh Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Bin Ahmad dan tetamu kehormat lain serta masyarakat setempat, menjadi gambar sokongan kepada liputan tentang perkhidmatan SSM.


Diberi penghargaan dimuatkan dalam artikel Utusan Malaysia (mukasurat 14) dan Utusan Online.



Tahniah SSM atas gerakerja sempena program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" tempoh hari. Kami Hang Kebun hanyalah menjadi pemudahcara atas tanggungjawab yang diamanahkan. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukur, bertambah lagi koleksi liputan dan artikel di pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html 

Pepohon Tamar Kampung Talang


14 Disember 2014 - Sejurus selesai penyampaian cenderahati Bonsai Tamar di pentas utama oleh Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner kepada Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YAB Dato' Sri Hasan Bin Malek, kedua-dua tetamu kehormat ini berserta 3 lagi tetamu kehormat yang lain iaitu Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Bin Ahmad, YDP Majlis Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Ali Bin Haji Luman dan Tok Ketua Kampung Talang, berkenan menyempurnakan simbolik penanaman Pokok Kurma masing-masing di tepi padang SK Talang, Tanjung Ipoh.






Modus operandi simbolik penanaman yang sama dilaksanakan oleh kelima-lima tetamu kehormat iaitu mencedok tanah ke Pokok Kurma agar kelihatan gembur menggebu, sirami Pokok Kurma dengan air dan menyembur Supplimen BIO ORGANIK kepada rimbunan keseluruhan Pokok Kurma agar ia hidup subur dan segar bugar kelak. 





Walaubagaimanapun, lensa kami Hang Kebun hanya sempat merakamkan perlaksanaan simbolik penanaman Pokok Kurma oleh YAB Menteri, Puan Zahrah dan Tok Ketua sahaja.





Syukur, selesai urusan utama 'team' Hang Kebun di sini yang menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh 'event team' SSM sejak hari pertama pada 12 Disember. Amanah inilah juga yang telah membawa kami ke Kuala Pilah buat pertama kali. 







Tahniah kepada seluruh warga SSM seluruh Malaysia atas kejayaan penganjuran "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah". Terima kasih daun kurma, atas tautan kerjasama. 




Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Nampak gayanya Tok Ketua Kg Talang yang perlu menjaga Pepohon Tamar ini dengan seadanya, sebab beliau yang paling dekat. 

Tuesday, December 16, 2014

Bonsai Tamar buwek YAB Montori


14 Disember 2014 - Penyampaian cenderahati Bonsai Tamar oleh Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner kepada YAB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Sri Hasan Bin Malek selepas ucapan perasmian penutup beliau sempena "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di SK Talang, Tanjung Ipoh,Kuala Pilah.

Peristiwa penyerahan cenderahati Bonsai Tamar itu turut disaksikan di pentas utama oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Bin Ahmad (dua dari kiri), YDP Majlis Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Ali Bin Haji Luman (dua dari kanan) dan Tok Ketua Kampung Talang (kanan sekali).

Kelima-lima jemputan kehormat yang sempat membelek-belek cenderahati tersebut diberi penghormatan selepas itu bagi menyempurnakan simbolik penanaman Pokok Kurma setiap seorang di tepi padang SK Talang.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Moh ke lokasi simbolik penanaman. 

Dari Ipoh ke Tanjung Ipoh


14 Disember 2014 - Ini kali kedua kami, Hang Kebun dari Ipoh, berada di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dalam tempoh 3 hari. Sekali lagi diperlukan bagi penekunan Adab Penanaman Pokok Kurma dalam dalam tempoh 2 minggu, selepas di ILKM Jawi pada minggu lepas.

Kali ini penglibatan kami adalah mengurus selia simbolik penanaman yang bakal disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hasan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama 4 lagi tetamu VIP yang lain, sempena program "Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di SK Talang, Tanjung Ipoh pada pagi ini.

Moh, bersiap siaga..!

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Changkholku mana, changkhol..? 

Saturday, December 13, 2014

Lambaian Kurma di Kuala Pilah

Lambaian Pokok Kurma Madu menggamit 45 keluarga angkat ke meja penyerahan yang menjadi pemilikan mutlak kepada setiap keluarga berkenaan.



Sebelum itu, meja penyerahan Pokok Kurma Madu sempat dilawati oleh ADUN Seri Menanti, Dato' Abd Samad Bin Haji Ibrahim, Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner dan para pegawai SSM lain. Pelbagai perkongsian info tentang Pokok Kurma dititipkan melalui soal jawab dan respon balas diantara para tetamu VIP itu dengan kami.



Selepas daripada itu, 'penyerbuan' keluarga angkat mengeluarkan kami daripada zon santai. Sambil mengambil giliran pemilikan dan membelek-belek Pokok Kurma Madu yang mana berkenan, setiap keluarga angkat 'mengasak' dengan pelbagai pertanyaan tentang Pokok Kurma. Syukur, setiap pertanyaan itu kami santuni dengan pencerahan jitu. 




Pada pandangan kami, ini adalah satu lagi program cetusan inisiatif kreatif warga SSM keseluruhan. Tahniah, moga SSM diilhami dengan lebih banyak idea yang 'menviralkan' buakan manfaat kepada masyarakat Malaysia. 




Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" bakal berakhir esok. Poei yo Jang..! 

Santai Selesa Peringkat Mula


12 Disember 2014 - Tempoh bertenang dan santai yang dilalui kami di sebelah pagi pada program "Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Masyarakat Kuala Pilah".


Pada ketika ini, ramai yang tidak mengetahui pokok-pokok yang disusun aturitu adalah Pokok Kurma Madu. Pada masa ini juga belum diumumkan tentang penyerahan pemilikannya kepada peserta program keluarga angkat kelolaan SSM.


Apa yang terjadi selepas fasa persantaian panjang tersebut..? 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Program di SK Talang, Tanjung Ipoh ini bakal berakhir pada esok hari. Pelbagai aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan disediakan buat warga Kuala Pilah. Moh le..! 

1 Keluarga, 1 Pokok Kurma :-)


12 Disember 2014 - Selesai sessi taklimat Adab Penanaman, Penjagaan dan Pembajaan Khusus Pokok Kurma pada tengahari tadi sempena program "Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di padang SK Talang, Tanjong Ipoh.

Perkongsian info di pentas utama tersebut turut dihadiri ADUN Seri Menanti, Dato' Abd Samad Bin Haji Ibrahim, Memangku Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Puan Zahrah Binti Abd Wahab Fenner, ketua-ketua kampung dan para peserta program keluarga angkat yang melibatkan penduduk dengan pelajar UiTM serta warga SSM dan agensi lain.

Ianya merupakan simbolik kepada penyatuan 45 keluarga angkat yang baru disatukan pada sebelah pagi yang kemudiannya diserahkan 1 Pokok Kurma Madu bagi setiap keluarga angkat tersebut selepas selesai sahaja sessi taklimat.

Gementar..? Ada.. Gugup..? Ada.. Geletar..? Pun ada.. Gagap..? Hampir-hampir nak ada..  4G.. 

Terima kasih kepada Tuan Mohd Zawawi Ahmad, pengerusi majlis program tersebut yang memberi peluang kepada kami meredah 'fear factor' 4G berkenaan. Ini adalah satu dimensi unik dan nilai tambah baru dalam kepakaran serta perkhidmatan kami. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Idea yang sangat baik kan..? 1 keluarga, 1 Pokok Kurma..