Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
Hit by Crews
Saturday, January 31, 2015
Utusan Melaka ;-)
28 Januari 2015, Utusan Malaysia
Selepas mendapat liputan akhbar harian MELAKA HARI INI terbitan kerajaan negeri Melaka, Utusan Malaysia pula menyantuni simbolik penanaman Pokok Kurma di Masjid A-Hasanah, Sungai Rambai tempoh hari dengan paparan artikel di akhbar tersebut.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka dan Jabatan Pertanian Melaka atas keberkesanan program berkenaan.
Sekali lagi juga, kami doakan agar inisiatif kolaborasi di antara kerajaan negeri Melaka dengan Jabatan Pertanian Melaka serta agensi-agensi yang berkaitan dalam menerapkan perlanskapan nilai estetika Islamik di seluruh masjid di negeri Hang Tuah itu, direalisasikan oleh-Nya dengan segera dan lancar. smile emoticon
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Artikel simbolik penanaman Pokok Kurma di akhbar MELAKA HARI INI berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/melaka-tempoh-hari.html
Friday, January 30, 2015
Melaka Tempoh Hari...
26 Januari 2015, Melaka Hari Ini (MHI)
Kami tiada di dalam gambar artikel tersebut. Hanya hantar wakil untuk 'berpossing', iaitu Pokok Kurma Madu yang disiram oleh TYT YDP Melaka. smile emoticon
In Shaa Allah misi dan visi kerajaan negeri Melaka dalam melestarikan perlanskapan masjid-masjid di bumi Melaka dengan Pepohon Tamar, sentiasa diberkati dan dirahmati serta dipermudahkan oleh Dia. smile emoticon
Kami tiada di dalam gambar artikel tersebut. Hanya hantar wakil untuk 'berpossing', iaitu Pokok Kurma Madu yang disiram oleh TYT YDP Melaka. smile emoticon
In Shaa Allah misi dan visi kerajaan negeri Melaka dalam melestarikan perlanskapan masjid-masjid di bumi Melaka dengan Pepohon Tamar, sentiasa diberkati dan dirahmati serta dipermudahkan oleh Dia. smile emoticon
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Rangkuman peristiwa simbolik penanaman Pokok Kurma oleh TYT ada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/kurma-simbolik-kerajaan-negeri-melaka
— feeling thankfulPOKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Rangkuman peristiwa simbolik penanaman Pokok Kurma oleh TYT ada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/kurma-simbolik-kerajaan-negeri-melaka
Mak, Maafkan Kami...
25 Januari 2015 - Sehari sebelum penglibatan kami dalam penggambaran dokumentari bertajuk "Kurma Malaysia" dengan Agro Jurnal RTM, kami semburkan tanaman di sekitar halaman rumah Mak di Taman Chepor Impian, Chemor dengan Supplimen BIO ORGANIK yang kami formulakan sendiri berasaskan 5 nutrien sunnah.
Kini, setelah genap 2 minggu dari tarikh semburan, buakan putik hasil, tunasan baru dan kadar pembungaan muncul mendadak. Cili api, kaktus, burberi, belalai gajah, ros, kari, bunga kertas, limau purut, delima, ciku dan belimbing serta beberapa tanaman lain terdorong dalam 'pembuakan dan pendadakan' tersebut.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Info Supplimen BIO ORGANIK berada pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html
Kaki dan Belanda
Sangat cepat tunas durian belanda (kanan) naik berbanding pisang kaki (kiri). Tunasnya sudah sedikit melebihi ketinggian pisang kaki yang kini berstatus anak pokok. Sedangkan durian belanda disemai selepas 2 minggu pisang kaki bercambah.
Inilah 2 'sahabat baru' di Nerseri Mini Pokok Kurma. Cuma ada 12 benih pisang kaki dan 13 benih durian belanda. Saja syok-syok buat pendamping 1800 Pokok Kurma yang ada. smile emoticon
Inilah 2 'sahabat baru' di Nerseri Mini Pokok Kurma. Cuma ada 12 benih pisang kaki dan 13 benih durian belanda. Saja syok-syok buat pendamping 1800 Pokok Kurma yang ada. smile emoticon
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Kurma berasal dari Timur Tengah dan sebahagian benua Afrika. Pisang kaki dan durian belanda pula dari mana ya..?
— at Taman Klebang Putra.POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Kurma berasal dari Timur Tengah dan sebahagian benua Afrika. Pisang kaki dan durian belanda pula dari mana ya..?
Tuesday, January 27, 2015
Kolaborasi Lelongan Amal
24 Januari 2015 - Kami turun berkempen dalam lelongan amal Tabung Bencana PERDASAMA Perak, sempena Hari Pembukaan BUTIK LANGSIR AZIATI di Arked MARA, Kuala Kangsar. Syukur, sambutan dan sokongan yang diterima sangat menggalakkan. smile emoticon
Pemilik butik tersebut, Puan Aziati (baju kurung merah) mengelola lelongan amal langsir dan sarung bantal baru. Tuan Muhammad Haznul (baju hijau), mewakili Perdasama Perak, mengepalai lelongan amal pakaian dan barangan terpakai. Dan kami pula menyelit satu Pokok Kurma Madu, yang kebetulan kami bawa bersama dalam bonet kereta.
Lelongan amal langsir dan sarung bantal, laku keras 'tak hengat'. Pakaian dan barangan terpakai berbaki 1/3 sahaja daripada kuantiti asal. Manakala Pokok Kurma Madu tunggal dimiliki oleh Puan Azmah dari Seri Manjung.
100% hasil daripada jualan amal tersebut dimasukkan ke dalam Tabung Bencana PERDASAMA Perak. Bakal diserahkan oleh rombongan Perdasama Perak sendiri kepada penduduk yang terjejas banjir di Kelantan dalam masa terdekat ini.
Terima kasih dan tahniah BUTIK LANGSIR AZIATI dan Perdasama Perak atas penganjuran lelongan amal ini. Terima kasih dan tahniah juga pengunjung yang bukan sekadar memeriahkan majlis pembukaan, malah turut sama menyumbang wang tunai ke dalam Tabung Bencana PERDASAMA Perak.

ST : Bagi sesiapa yang ingin turut menyumbang, samada wang tunai mahupun barangan lain, boleh terus hubungi Ketua Unit Tabung Amal PERDASAMA Perak, Tuan Haznul di talian 017.552.0039
Kurma Cabutan
23 Januari 2015 - Inilah barisan pemenang cabutan bertuah Pokok Kurma Madu sempena Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan dan Sukan SSM Perak. Wanita semuanya. smile emoticon
Sebenarnya memang telah termaktub Pepohon Tamar itu adalah rezeki ketiga-tiga wanita tersebut. Cabutan bertuah itu hanyalah perantara kurniaan-Nya.
smile emoticon
Tahniah Puan Nurul Huda (busana serba merah), Puan Norihan Elias(tengah) yang juga merupakan Pengarah Negeri SSM Perak dan Cik Mahfuzah, atas pemilikan Pokok Kurma Madu setiap seorang.
Terima kasih tidak terhingga kepada Kelab Kebajikan dan Sukan SSM Perak, atas kepercayaan yang diberi kepada kami bagi menyuntik keunikan dalam majlis tersebut. Inilah adalah kali kedua POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dijadikan hadiah dalam program yang melibatkan SSM Perak. smile emoticon
Tahniah Puan Nurul Huda (busana serba merah), Puan Norihan Elias(tengah) yang juga merupakan Pengarah Negeri SSM Perak dan Cik Mahfuzah, atas pemilikan Pokok Kurma Madu setiap seorang.
Terima kasih tidak terhingga kepada Kelab Kebajikan dan Sukan SSM Perak, atas kepercayaan yang diberi kepada kami bagi menyuntik keunikan dalam majlis tersebut. Inilah adalah kali kedua POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dijadikan hadiah dalam program yang melibatkan SSM Perak. smile emoticon
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Tautan kerjasama pertama dengan SSM Perak adalah Bonsai Tamar buat PU Yeop, pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/10/bonsai-tamar-pu-yeop.html
— with Ummi Diera at Restoran Shabu Shabu Ipoh.POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Tautan kerjasama pertama dengan SSM Perak adalah Bonsai Tamar buat PU Yeop, pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/10/bonsai-tamar-pu-yeop.html
Kurma Simbolik Kerajaan Negeri Melaka
23 Januari 2015 - "KUNJUNGAN KASIH DAN SOLAT JUMAAT TYT". Itu tema program kerajaan negeri Melaka sempena lawatan Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakub, Yang Dipertua Negeri Melaka ke masjid baru, Masjid Al-Hasanah di DUN Sungai Rambai. TYT berkenan membuat lawatan di sekitar dalam dan luar masjid, bagi meninjau senibina serta lanskap masjid. Dan seterusnya menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat DUN Sungai Rambai.
Selepas solat Jumaat, TYT bersama-sama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris Bin Hj Haron dan EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, YAB Datuk Hasan Bin Abd. Rahman serta 4 lagi tetamu kehormat yang lain, berkenan melaksanakan simbolik penanaman Pokok Kurma bagi program tersebut.
Tahniah kerajaan negeri Melaka dan juga tahniah Jabatan Pertanian Negeri Melaka atas inisiatif tersebut. Bagaimana tautan kerjasama di antara kami dengan kerajaan negeri Melaka boleh terjalin..? smile emoticon Butirannya ada di pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/kurma-simbolik-ke-melaka.html
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Ini adalah kali ketiga kami membantu dan menjadi pemudahcara simbolik penanaman Pokok Kurma bagi majlis rasmi, selepas perasmian Masjid Al-Ghufraniah di Sungai Siput (U) oleh baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Julai 2014 dan penutup program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah oleh YAB Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Bin Malek pada Disember 2014.
— at Masjid Al-Hasanah, Sungai Rambai, Melaka.POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Ini adalah kali ketiga kami membantu dan menjadi pemudahcara simbolik penanaman Pokok Kurma bagi majlis rasmi, selepas perasmian Masjid Al-Ghufraniah di Sungai Siput (U) oleh baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Julai 2014 dan penutup program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah oleh YAB Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Bin Malek pada Disember 2014.
Sunday, January 25, 2015
Situasi Medjoul
Berbanding Ajwah (Kurma Nabi), buah Medjoul (Kalahari) sangat jarang berada di pasaran Malaysia.
Ini kerana, lebih 50% pengeluaran buahnya di pasaran dunia, dihasilkan oleh Israel di atas tanah yang diceroboh dan dirampas daripada Palestin.
Oleh sebab itulah para pemborong dan pembekal di negara-negara Islam Sunni terutamanya, termasuklah Malaysia, sangat berhati-hati mengenalpasti negara pengeluar Medjoul. Impaknya, sangat sukar kita dapati buah Medjoul di pasaran Malaysia.
Sebagai pilihan, kita boleh dapatkan Medjoul keluaran Palestin daripada NGO Aqsa Syarif. Buah Medjoul daripada saki baki tanah subur Palestin yang masih belum dijajah Zionis.
Ini kerana, lebih 50% pengeluaran buahnya di pasaran dunia, dihasilkan oleh Israel di atas tanah yang diceroboh dan dirampas daripada Palestin.
Oleh sebab itulah para pemborong dan pembekal di negara-negara Islam Sunni terutamanya, termasuklah Malaysia, sangat berhati-hati mengenalpasti negara pengeluar Medjoul. Impaknya, sangat sukar kita dapati buah Medjoul di pasaran Malaysia.
Sebagai pilihan, kita boleh dapatkan Medjoul keluaran Palestin daripada NGO Aqsa Syarif. Buah Medjoul daripada saki baki tanah subur Palestin yang masih belum dijajah Zionis.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Kepada Tuan Ir Md Nasir Hashim, In Shaa Allah hajat dan impian Tuan untuk miliki deretan Pokok Kurma Medjoul di tanah dusun Tuan di Johor, bakal dipermudah dan dimakbulkan oleh Dia pada tahun ini juga. smile emoticon

Friday, January 23, 2015
Risalah Bisnes Bergerak
5 helai baju T berwarna putih berlainan saiz. XXL, XL, S, 24 dan 28.
Jemaah Niaga SYFUL TAMAR. Itu yang tertera di bahagian hadapan. Manakala di bahagian belakang dicetak risalah bisnes rasmi SYFUL TAMAR.
Ini salah satu rangka strategi pemasaran dan pengiklanan bergerak menggunakan susuk tubuh manusia sebagai perantara.
Lazimnya, kami pakai tatkala melaksanakan Adab Khusus Penanaman Kurma dan juga kerja-kerja penyelenggaran berkala tanaman Kurma milik pelanggan.
Juga digayakan dalam setiap penampilan kami dalam media cetak dan penyiaran. Terbaru pada 2 minggu lepas, ketika bekerjasama dengan RTM dalam penggambaran Agro Jurnal selama 3 hari di 5 lokasi berlainan di sekitar Ipoh, Kuala Kangsar dan Semanggol.
Malam ini pula bakal digayakan dalam jemputan khas rasmi makan malam oleh sebuah badan berkanun di Ipoh. Kami 5 sekeluarga. Sebab itu berlainan saiz. wink emoticon
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Terima kasih Tuan Muhammad Azizi atas sentuhan imaginasi kreatif desain logo ST. Terima kasih ANW Biz atas daya kreativiti desain risalah ST. Juga terima kasih Alif Aizat Nite Studio atas inovasi cetakan baju ST, harga rendah, apa jua desain, tanpa had warna cetakan. smile emoticon
Pencinta Pokok Manjoi
21 Januari 2014 - Kunjungan mesra kami ke Manjoi, bertemu sua pencinta pokok dan tanaman. Pokok dan tanaman yang 'menghuni' empunya rumah di Lorong Mutiara ini adalah dalam kategori yang sangat jarang dimiliki bagi kebanyakan individu bagi menghiasi halaman serta lanskap.
Puan Hajjah Hamizan dan suami, mengisi masa terluang dengan menanam, memulihara dan membelai pokok serta tanaman di sekitar rumah mereka. Yang paling menarik perhatian adalah pepohon tin, pokok avokado dan deretan Pokok Kurma Ajwah.
Pelbagai input Pokok Kurma kami kongsikan. Manakala pelbagai info lain-lain tanaman kami dapat dalam perkongsian balas Puan Hamizan. Saling berkongsi manfaat. smile emoticon
Puan Hajjah Hamizan dan suami, mengisi masa terluang dengan menanam, memulihara dan membelai pokok serta tanaman di sekitar rumah mereka. Yang paling menarik perhatian adalah pepohon tin, pokok avokado dan deretan Pokok Kurma Ajwah.
Pelbagai input Pokok Kurma kami kongsikan. Manakala pelbagai info lain-lain tanaman kami dapat dalam perkongsian balas Puan Hamizan. Saling berkongsi manfaat. smile emoticon
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultmar.blogspot.com/
ST : Sebelum pulang, pasangan suami isteri ini berkenan memiliki 500 ml Supplimen BIO ORGANIK. Terima kasih dan tahniah atas pemilikan tersebut.smile emoticon
— at Kg Dato Ahmad Said, Manjoi.POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultmar.blogspot.com/
ST : Sebelum pulang, pasangan suami isteri ini berkenan memiliki 500 ml Supplimen BIO ORGANIK. Terima kasih dan tahniah atas pemilikan tersebut.smile emoticon
Kurma Simbolik ke Melaka
20 Januari 2014 - Sua temu delegasi Jabatan Pertanian Melaka, yang diketuai oleh Pengarahnya sendiri, Tuan Rusdan Bin Abdul Talib (baju T kolar biru) di Jalan Pasir Puteh Pengkalan, Ipoh. Siapa sangka, 'big boss'nya pun turut serta dalam delegasi seramai 4 orang ini.
Tuan Rusdan yang 'low profile' ini, mengingatkan kami kepada Pengarah Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi, Puan Norhuda Binti Abdul Razak. Persamaan yang sangat ketara kedua-dua Pengarah ini adalah dari sudut kerendahan hati. smile emoticon
7 Pokok Kurma Simbolik Penanaman PAKEJ DINAR (wakaf kepada masjid), 1 pasu Bonsai Tamar + 500ml Supplimen BIO ORGANIK (cenderahati VIP) dan 5 Pokok Kurma Madu + 4 botol Supplimen BIO ORGANIK (pemilikan individu delegasi). Inilah senarai pemilikan delegasi Jabatan Pertanian Melaka.
Delegasi ini menggalas tanggungjawab besar, bagi misi membawa pulang senarai item pemilikan tersebut bagi program perasmian masjid baru di Melaka pada Jumaat ini. Programnya bakal berlangsung sejurus selesai solat Jumaat.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Syukur, kami diizinkan oleh Dia, menjadi pemudahcara pemilikan tersebut. Insha Allah program perasmian itu bakal berjalan lancar dengan kurniaan rahmat dan berkat daripada-Nya. smile emoticon

Kurma Simbolik yang Berbaki
Pokok Kurma khusus untuk simbolik penanaman samada sempena majlis perasmian mahupun majlis keraian, sangat terhad dalam simpanan.
Bagaimana paras Pokok Kurma simbolik penanaman? Berketinggian 15 inci ke atas, dedaun pelepahnya sudah pecah cabang, kelihatan 'tegap dan segak' di pandang, umpama Pokok Kurma dewasa.
Esok, lagi 7 Pokok Kurma simbolik penanaman bakal mengosongkan ruang penempatan Nerseri Mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Destinasi baru Pepohon Tamar tersebut adalah Melaka. Ianya bagi menyempurnakan sebuah majlis perasmian yang direncanakan oleh pihak berkaitan dengan sedikit perkongsian dan khidmat nasihat kami tentang modus operandi penanaman yang bakal dilaksanakan.
Pihak mana yang merencana? Majlis perasmian apa? Siapa tetamu kehormatnya? Bila? Esoklah kami kongsikan, selepas bergambar semasa penyerahan Pepohon Tamar tersebut di Ipoh.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Melaka adalah negeri kelahiran Tuan Rasidi Abu Hassan. Apa khabarlah gamaknya Bonsai Tamar beliau ya..? smile emoticon
Pelepah Kurma
Inilah pelepah Kurma. Yang kecil-kecil di sebelah kiri merupakan cantasan pelepah anak Pokok Kurma di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Manakala 2 pelepah dewasa itu adalah cantasan daripada salah satu Pokok Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah (sebelah hospital), Ipoh. Dihadiahkan oleh Imam Besar, Ustaz Syed Muzaffar ketika penggambaran Agro Jurnal RTM pada 14 Januari 2015 tentang Pepohon Ajwah yang berbuah di masjid tersebut.
Samada pelepah kecil mahupun dewasa, kedua-duanya mampu bermanfaat sebagai alat siwak. Cuma pelepah dewasa punyai nilai tambah lain iaitu berupaya menjadi pemberat. Setidak-tidaknya menjadi pemberat kertas agar tidak melayang ketika angin bertiup.
Pelepah Kurma punyai ketumpatan serat yang lebih daripada pelepah sawit dan kelapa. Sebab itulah ia berkeupayaan menjadi pemberat berbanding pelepah 2 tanaman terbabit.
Selain daripada itu, sejarah menyaksikan bahawa pelepah Kurma menjadi salah satu item catitan yang sangat popular dalam penulisan ayat-ayat suci Al-Quran pada zaman Nabi kita, Rasulullah SAW. Dicatit dan ditulis pada pelepah kurma oleh para sahabat.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Fakta tentang pelepah Kurma menjadi alat siwak, ada pada pautan http://
Rangkuman Penggambaran Agro Jurnal RTM
Kerjasama kami dengan RTM dalam program Agro Jurnal telah bertautan selama 3 hari pada 13-15 Januari 2015. Penggambaran bagi naskah yang berjudul "Kurma Malaysia" itu dibuat di 5 lokasi berbeza di sekitar Ipoh, Kuala Kangsar dan Semanggol.
13 Januari 2015
Nerseri Mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh
(untuk info penggambaran dan peristiwa bergambar, sila klik di sini dan di sini)
14 Januari 2015
Masjid Muhibbuddin Shah (sebelah hospital), Ipoh
(untuk info penggambaran dan peristiwa bergambar, sila klik di sini)
Kediaman Tuan Mohd Azhan Bin Md Zain, Ampang, Ipoh
(untuk info penggambaran dan peristiwa bergambar, sila klik di sini)
Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar
(untuk info penggambaran dan peristiwa bergambar, sila klik di sini)
15 Januari 2015
SMKA Kerian, Semanggol
(untuk info penggambaran dan peristiwa bergambar, sila klik di sini)
Syukur, selesai dengan jayanya. Moga tayangannya di RTM1 kelak, menviralkan manfaat yang sangat baik kepada masyarakat. Apa-apa perkongsian yang bermanfaat daripada kami itu diilhami Allah. Apa-apa perkongsian yang sebaliknya adalah daripada kekhilafan kami sendiri.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Cut..! ;-)
Nampok Beno Belakonnye..
12 Januari 2015 - Siap sudah didekorasikan salah satu lokasi 'mock up' bagi penggambaran esok. Modus operandi impak daripada lawatan oleh penerbit Agro Jurnal, Puan Aida bersama krew RTM yang lain pada petang tadi.
Taklimat daripada Puan Aida, bukan sahaja penggambaran 'mock up' rutin kerja kami di Nerseri Mini Pokok Kurma, malah esok kami juga perlu buat lakonan semula daripada beberapa babak 'story telling' penglibatan awal kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma.
Aduyai.. Kena juga berlakon rupanya. Sisi yang sangat berbeza daripada bidang 'perchangkholan' kami selaku Hang Kebun selama ini.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Lakonan yang nampok beno berlakonnye esok.. tongue emoticon
Monday, January 12, 2015
Komitmen Hang Kebun
Kami mula amalkan minum SUPERBEST POWER sejak September 2014. Rutin ini kami praktiskan khusus pada setiap kali sebelum perlaksanaan kerja-kerja penanaman Pokok Kurma.
Pada penilaian kami, memang terbukti SUPERBEST POWER membantu getaran stamina dan daya fokus ketika perlaksanaan kerja-kerja Hang Kebun.
Insha Allah, kami 'dampingi' sekali lagi kopi pracampur tersebut pada minggu ini, bagi membantu komitmen kami dalam penggambaran Agro Jurnal yang bertajuk 'Kurma Malaysia'.
Penggambaran mengambil masa selama 4 hari pada 13-16 Januari 2015 di 6 lokasi yang berlainan di sekitar Ipoh, Kuala Kangsar dan Semanggol.
Tidak berbakat kami berlakon dalam program terbitan RTM itu, tetapi hanya berkongsi tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma.
Pada penilaian kami, memang terbukti SUPERBEST POWER membantu getaran stamina dan daya fokus ketika perlaksanaan kerja-kerja Hang Kebun.
Insha Allah, kami 'dampingi' sekali lagi kopi pracampur tersebut pada minggu ini, bagi membantu komitmen kami dalam penggambaran Agro Jurnal yang bertajuk 'Kurma Malaysia'.
Penggambaran mengambil masa selama 4 hari pada 13-16 Januari 2015 di 6 lokasi yang berlainan di sekitar Ipoh, Kuala Kangsar dan Semanggol.
Tidak berbakat kami berlakon dalam program terbitan RTM itu, tetapi hanya berkongsi tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Kami hanyalah pengguna, tidak membekalkan SUPERBEST POWER. Sila PM Kakju Superbest bagi urusan tersebut.
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Kami hanyalah pengguna, tidak membekalkan SUPERBEST POWER. Sila PM Kakju Superbest bagi urusan tersebut.
Mock Up
Merujuk kepada Mr Google, 'mock up' membawa erti kepura-puraan.
Mengikut pengalaman jemaah niaga kami pula, Tuan Mustafa Kamal Bin Mat Isa yang pernah menyandang jawatan Pengurus Operasi di Mydin Mohamed Holdings Berhad pada tahun 2005-2010, dari sudut organisasi, 'mock up' adalah 'presentation'.
Manakala menurut pihak penerbitan Agro Jurnal RTM kepada kami, dari sudut penggambaran, 'mock up' membawa maksud laksanakan rutin dalam sesuatu kerja seperti biasa, tanpa menghiraukan atau buat-buat tak nampak pergerakan rakaman kamera.
Barulah kami tahu, 'mock up' juga merupakan salah satu perkataan lazim bagi pembikinan penggambaran. Selama ini hanya tahu 4 perkataan ini sahaja dalam penggambaran; 'shooting', 'ready for take', 'action!' dan 'cut!'.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Tuan Mustafa Kamal merupakan pencetus formula Supplimen BIO ORGANIK yang berasaskan 5 nutrien sunnah khusus untuk tanaman Kurma.
Stok Pokok Sifar
8 Januari 2015 - Walaupun gambar kiriman wakil kami di Setapak ini tidak berapa jelas, namun apa yang jelas adalah stok Pokok Kurma yang ada pada beliau habis sepenuhnya.
Ini kerana, individu di dalam gambar tersebut, yang lebih mesra disapa Abang Ali dari Sungai Buloh, datang bersama anak beliau, memborong kesemua stok Pokok Kurma di kala petang. 5 Pokok Kurma Madu dan 1 Pokok Kurma Ajwah menjadi milik beliau.
Stok yang ada dalam simpanan Tuan Alif Aizat wakil kami di Setapak kini cumalah beberapa botol Supplimen BIO ORGANIK 500 ml sahaja yang berbaki.
Insha Allah, selewat-lewatnya lagi 3 minggu suntikan stok baru kepada beliau bakal mengisi ruang yang dikosongkan oleh stok terdahulu. Kami cuma bertindak sebagai pemudahcara pemilikan di sekitar Lembah Klang.
Ini kerana, individu di dalam gambar tersebut, yang lebih mesra disapa Abang Ali dari Sungai Buloh, datang bersama anak beliau, memborong kesemua stok Pokok Kurma di kala petang. 5 Pokok Kurma Madu dan 1 Pokok Kurma Ajwah menjadi milik beliau.
Stok yang ada dalam simpanan Tuan Alif Aizat wakil kami di Setapak kini cumalah beberapa botol Supplimen BIO ORGANIK 500 ml sahaja yang berbaki.
Insha Allah, selewat-lewatnya lagi 3 minggu suntikan stok baru kepada beliau bakal mengisi ruang yang dikosongkan oleh stok terdahulu. Kami cuma bertindak sebagai pemudahcara pemilikan di sekitar Lembah Klang.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Terima kasih dan tahniah Abang Ali sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut.
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Terima kasih dan tahniah Abang Ali sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut.
Friday, January 9, 2015
Kurma Gelung Konkrit
Menyantuni Pokok Kurma yang tersergam indah dalam gelung konkrit di surau RPA3, Jalan Kenas, Kuala Kangsar. Mengingatkan kami kepada Pepohon Tamar Ajwah muda, simbolik penanaman perasmian Masjid Al-Ghufraniah, Sungai Siput (U) yang juga turutn 'menginap' di gegelung konkrit.
Pada pengamatan kami, Pokok Kurma itu subur dan segar bugar. Dedaun yang sihat tumbuh mencanak. Cantasan pelepah juga menepati piawaian.
Cumanya, boleh diperbaiki lagi tentang kaedah merumput, pembajaan organik dan penjagaan berkala yang lain khusus untuk tanaman Kurma.
RPA3, Jalan Kenas merupakan tempat membesar dan berjemaahnya TuanKenny Wan serta Tuan Lokman Man. Mohon inisiatif Tuan berdua apabila sesekali pulang ke kampung halaman agar mempraktiskan penambahbaikan tentang penjagaan serta pembajaan Pokok Kurma seperti pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html, dan kongsikan kepada para jemaah surau tersebut.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Tahniah warga RPA3, Jalan Kenas atas kurniaan-Nya bagi pemilikan Pokok Kurma subur di surau sekalian anda.
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Tahniah warga RPA3, Jalan Kenas atas kurniaan-Nya bagi pemilikan Pokok Kurma subur di surau sekalian anda.
SMKA Kerian : Ganti Tanam dan Selenggara
6 Januari 2015 - Ganti tanam baru dan penyelenggaraan Pokok Kurma Madu. Inilah 2 skop taggungjawab kami di SMKA Kerian sepanjang pagi.
2 Pokok Kurma Madu SMKA Kerian telah mati. Kami ganti tanam dengan yang baru. Bagaimana pula boleh diganti baru..? Ini kerana SMKA Kerian membuat pilihan PAKEJ DINAR semasa perlaksanaan penanaman pada September dan Oktober 2014. Inilah keistimewaan pemilikan PAKEJ DINAR.
SMKA Kerian juga menempah khas perkhidmatan kami untuk penyelenggaraan Pepohon Tamar Madu di sini. 99 pokok, simbolik kepada Asma Ul Husna, pernah disantuni oleh RTM bagi slot Nasional 5, Sinar Harian bagi Edisi Perak dan Harian Metro bagi sisipan Metro Plus.
Syukur, selesai dengan jayanya melalui pemantauan Ketua Projek Penanaman Pokok Kurma SMKA Kerian, Ustaz Mat Isa. Insha Allah bertemu lagi kami pada minggu hadapan bagi tautan kerjasama yang baru pula.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Apakah wacana yang tersisip rapi dalam pemilikan Pokok Kurma bagi PAKEJ DINAR..? Di sini pencerahannya - http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html

Subscribe to:
Posts (Atom)